B77

5.9K 587 69
                                    

"NAH." Bunga api besi yang sudah siap dinyalakan diberikan kepada Yasmeen walaupun gadis itu memandangnya pelik. Yalah. Mesti tertanya-tanya, mana dapat bunga api tiba-tiba ni?

"Buat apa?" Soal Yasmeen. Pun begitu, bunga api besi yang menyala itu tetap juga diambil.

"Enjoy the scenery with a little touch." Jawab Yaseer yang sedang membakar sumbu bunga api besi lagi. Entah berapa banyak nak dibakarnya pun tak tahu.

Yasmeen hanya memerhati Yaseer sebelum pandangan dihalakan ke langit. Langit sudah mula bertukar warna. Dari biru tadi bertukar menjadi warna kekuningan bercampur dengan cantiknya warna ungu dan oren.

Indah sungguh ciptaan Tuhan.

Yaseer yang bangun dari duduk secara tiba-tiba, menarik perhatian Yasmeen dari langit senja. Yaseer dipandang dan bila pandangan mereka bertemu, lelaki itu pantas menghulurkan tangannya yang bebas dari memegang bunga api.

"Jom."

"Pergi mana?"

"Pergi cari momen bermulanya kisah cinta kita."

SUASANA senyap di antara mereka walaupun keadaan sekeliling riuh dengan pengunjung. Semacam berada dalam dunia mereka sendiri, keriuhan itu langsung tidak dirasai. Yang mereka rasa hanyalah kehadiran masing-masing. Jalan sebelah-menyebelah tanpa bersentuhan, namun terasa sungguh mereka sangat dekat.

Kaki yang memijak pasir, Yasmeen pandang. Seakan lambat masa terhenti. Tak sama sungguh rentak masa dengan rentak jantungnya kini.

"Kau dah move on?" Soalan lembut Yaseer memecahkan ruang senyap mereka.

Senyum kecil terbentuk sendiri seiring dengan wajah Umar terlayar di fikiran.

"Dah." Katanya jujur.

Siapa sangka, sejak perkahwinan dua minggu lalu, hanya tiga hari, tiga hari sahaja dia bersedih akan nasibnya dengan Umar. Dia fikir, masa akan diambil sangat lama untuk merubah hati namun...

Yaseer dipandang sekilas.

... lelaki ini. Ahmed Yaseer. Kehadirannya di sisi semacam melenyapkan kesedihan yang cuba bertandang. Fikiran yang kadang-kadang terarah kepada Umar, terus lenyap bila Yaseer datang menyapa. Seolah-olah lelaki ini tahu bahawa ke mana arah tuju fikirannya akan pergi.

Dan siapa sangka juga, lelaki ini... Ahmed Yaseer, kadang-kadang boleh buat dia rasa seperti dia berada di zaman persekolahan dahulu. Di zaman hati masih menaruh rasa suka buat Si Ketua Pengawas.

Dada berdebar. Jantung berdegup laju. Perut kegelian. Organ mengecut. Rama-rama biru di dalam perut. Pipi merah. Terpukau.

Siapa sangka secepat ini Yaseer boleh masuk semula ke dalam hatinya sedangkan dia mengambil masa hampir lima tahun untuk melupakan lelaki ini dengan membina hubungan dengan Umar.

Kadang, hati tertanya. Bila dia mulut berkata, 'aku sudah move on,' adakah hatinya berkata yang sama? Dan jawapannya muncul perlahan-lahan.

Tidak. Sesuai dengan kata, mulut boleh berkata, namun hati yang merasa.

Dia baru sedar yang sebenarnya dia tak pernah berjaya move on daripada seorang Ahmed Yaseer.

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now