B63

6K 642 40
                                    

YASEER terkaku seketika. Batang tubuh Natasya yang sedang berdiri di hadapannya dipandang tidak percaya. Berkali-kali juga dia tenyeh mata, nak hilangkan bayangan dia nampak sekarang, tapi nampak macam real doh Natasha depan dia sekarang ni.

"Nak tenyeh mata lagi?" Tanya Natasha sinis. Dia pandang wajah terkejut Yaseer dengan wajah tanpa riak.

Luluh betul hatinya sekarang. Semacam tak boleh terima dengan hakikat yang satu ini.

Yaseer. Dah. Berkahwin.

Dia dapat tahu daripada Opah Yaseer. Katanya Yaseer tak balik sini, tapi balik kampung isterinya. Ada kenduri doa selamat.

Yaseer telan air liur.

"Errr..." Kelu terus lidah nak melontar kata. Tak tahu daripada mana dia perlu terangkan kepada Natasha.

Natasha senyum sinis.

"Sejak bila tak petah bercakap ni?" Tanya Natasha. Makin lama, makin sinis pula. Tak sesuai pula dengan penampilannya yang berbaju kurung merah jambu sekarang.

"Aku boleh terangkan." Itu sahaja yang terluah dek mulut Yaseer.

"Apa? Terangkan yang kau dah kahwin tanpa aku tahu. Macam tu?"

Yaseer gigit bibir bawah. Adoi, kuat pula suara Natasha ni. Orang boleh salah faham nanti.

"Ish, kau ni! Cuba chill. Aku ada sebab kenapa aku tak bagitahu kau, tak bagitahu yang lain!" Yaseer cekak pinggang. Wajahnya sedikit tegang memandang Natasha yang dah masuk fasa annoying.

Annoying lah sebab cara dia cakap tadi macam mereka ini ada hubungan istimewa pula. Macam dia kekasih Natasha dan Natasha kekasih dia.

Natasha genggam penumbuk.

"Macam mana aku nak chill kalau... kalau..." Jeda sekejap. Patah terus hatinya nak menyambung ayat seterusnya.

Yaseer pandang Natasha tanpa lepas. Pelik sekejap tengok Natasha yang seperti sedang mengumpul kekuatan.

"Kalau apa?"

'Kalau kau kahwin dengan perempuan lain selain aku...' Sambung Natasha dalam hati.

"... Kalau kau tak ajak aku pergi akad kau!" Segera Natasha layangkan sling bagnya pada bahu Yaseer. Sengaja nak lepaskan geram dengan alasan begitu. Walhal...

Yaseer mengaduh sakit sambil cuba untuk mengelak setiap pukulan sling bag Natasha.

"Janganlah! Aku bukan sengaja tak nak ajak okay!" Kata Yaseer geram. Sling bag yang masih melayang pantas ditangkap oleh Yaseer.

Natasha cebik. Kononnya menyampah tapi dalam diam sedang cuba menahan rasa patah hatinya.

"Hebat sangat bini kau tu sampai sorok-sorok kahwin. Kan?" Tangan dibawa silang ke dada.

Yaseer geleng kecil. Mula dah drama si Natasha ni.

"Yalah. Dah lah, masuk. Alang-alang kau dah terlanjur datang ni, meh lah makan nasi minyak aku." Ajak Yaseer. Sling bag Natasha dibawa bersama sambil tangan melambai mengajak kawannya itu masuk. Nak cover apa pun tak boleh sebab Natasha memang dah tahu tentang statusnya.

Natasha gigit bibir bawah. Yaseer ni memang takde perasaan ke macam mana? Selamba aje ajak dia yang tengah patah hati ni makan nasi minyak dia.

Dengan langkah longlai yang cuba digagahkan, Natasha membuntuti langkah Yaseer sampailah mereka sampai ke sebuah meja kosong. Terus Yaseer tarikkan kerusi untuk Natasha.

Melihatkan perbuatan Yaseer itu, Natasha tahan rasa hati. Tengok. Macam mana dia tak boleh simpan perasan kalau macam ini lah layanan Yaseer walaupun lelaki itu dah berkahwin? Dia ni memang pakar nak bagi orang susah move on ke, apa?

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now