Bab 1 - Stare

17.6K 1K 36
                                    

Bab 1

SEMASA mesyuarat dijalankan, semua pekerja mendengar dan memerhati dengan penuh khusyuk hanya aku seorang sahaja yang tidak. Kadangkala fokus, kadangkala tidak. Fokus pada hanya maklumat penting. Selain daripada itu, mereka hanya membebel sahaja. Dengan peluang emas yang ada, aku mengintai dari ekor mata ke arah lelaki yang bernama Kim Rossin Stuart.

Mataku jatuh pada wajahnya. Dari sisi wajah lelaki itu ternampaklah sangat tampan. Tambahan pula dengan bentuk wajah dagunya yang tajam. Sesiapa yang ada dagu tajam, semuanya nampak menawan. Kalau dia suami akulah memang aku ikat dia dekat rumah dengan tali besi. Tak nak bagi dia keluar rumah supaya perempuan lain tidak mengorat lelaki itu.

Stop berangan.

Tangan kananku menongkat daguku lalu merenung wajah tampan lelaki itu. Mahu memerhati secara lama sedikit. Aku hanya merenung tanpa mengingati orang yang berada di dalam bilik mesyuarat ini walaupun mereka memandang ke arahku sekejap.

Kami juga tidak suka kepada lelaki yang suka menunjuk-nunjuk, berkelakuan poyo, muka kerek dan sombong. Lagi-lagi bila lelaki itu jeling pada wanita yang dia tidak suka. Apa? Ingat dia tu bagus sangatlah? Muka macam taik ayam ada hati nak jeling orang.

Aku beristighfar perlahan, sudah jauh dari fikirannya.

Kim Rossin Stuart merasakan dirinya seperti diperhati, dia memandang sekilas ke arah kiri, pada tempat pekerja lain. Dia cuba meneliti satu persatu pekerja dalam gelap kerana bilik mesyuarat itu hanya diterangi oleh cahaya daripada projektor.

Agak sukar untuk mengimbas siapa yang memandangnya atau halayannya sahaja? Tapi Stuart tetap mencari.

Apabila jejaka itu menjumpai sepasang mata yang memandang ke arahnya, dia tersenyum sinis. Gotcha! Dapat dilihat yang gadis dikenali tadi bernama Neny Robin sedang memerhati kelakuannya dengan asyik. Tidak sedar akan dirinya turut memandang ke arah si gadis. Anak mata si gadis dipandang tepat.

Membulat mataku tatkala dia dan aku bertentang mata. Aku cepat-cepat tersedar daripada lamunan tadi kerana terasa aku turut diperhatikan. Tangan yang menongkat dagu tadi, terus jatuh lalu berpaling semula ke pembentangan di sebelah kiriku, ditengah-tengah.

Aku membuat muka fokus. Sempat tadi sekilas tengok, ternampak bibirnya tersenyum sinis. Terasa malu pula untuk berhadapan dengannya nanti.

Dalam diam Kim Rossin Stuart tergelak kecil lalu tersenyum sinis melihat reaksi kelam kabut comel si gadis, Neny Robin. Stuart menggeleng kecil lalu matanya kembali pada pembentangan tadi.

Aku menumpukan perhatian semula terhadap projek yang dibincangkan tadi dengan penuh teliti kerana sudah sampai ke pengakhiran pembentangan. Maklumat yang disampaikan perlu didengar kerana mungkin ada penambahan ataupun pembantahan bagi pihak sana dan pihak aku.

Setelah tiga puluh minit berlalu maka akhirmya tamatlah mesyuarat itu dengan baik tanpa halangan. Dengan izin-Nya. Lampu di dalam bilik automatik terbuka apabila cahaya pembentangan di hadapan sekali sudah terpadam. Dato terlebih dahulu bangun daripada kerusinya lalu bergerak ke Kim Rossin Stuart.

Aku turut bangun bersama pekerja yang lain. Dato Ahmad Said mendekati lelaki Italy itu. Dato berjabat tangan bersama Rossin dengan senyuman.

"Let's work hard in the future." kata Dato.

Bahu Stuart, ditepuk beberapa kali. Aku hanya lihat gelagat mereka berdua.

Work hard? future? Agak lambat otakku mencerna kata-kata yang disebut dato.

Apa?

Syarikat ini sudah pasti untuk bergabung bekerjasama ?

Tidak.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now