Bab 15 - Reporter

9.2K 679 10
                                    

***Just you know, tak silap saya, start Bab 1 hinggalah Bab 15 or Bab 17, I wrote these parts at very such a young age. Sorry for the grammar mistakes, and kesalahan tatabahasa yang sangat teruk because that time i just start writing bluntly because I like to create a story. So I apologize for any grammar mistakes and kesalahan tatabahasa.***

Bab 15

SEBAIK sahaja kami tiba di hadapan laluan bangunan syarikat milik encik Kim Rossin Stuart, kami ternampak ramai wartawan memenuhi ruang di kawasan ruang pintu masuk yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan. Wartawan-wartawan tersebut cuba untuk masuk tetapi dihalang tegas oleh pengawal keselamatan.

"Apa yang terjadi ni? Kenapa ramai sangat?" Robin cuba memikir perkara apa yang berlaku sampai wartawan datang menyerbu ke sini.

Benard juga memerhati wartawan tersebut sambil memakirkan kereta di tepi bangunan tersebut agar tidak menjadi tumpuan ketika gadis ini akan turun.

"Kau boleh masuk seorang diri?" tanya Benard dengan nada risau terhadap Robin. Dia memandang Benard.

"Boleh... Buat aje macam tak nampak." Itu cuma alasan yang Robin buat untuk menenangkan diri sendiri. Risau kalau dia benar benar terlibat dengan masalah tetapi seingat dia, tak ada satu masalah yang timbul apabila dia bekerja di sini.

"Kalau macam tu, nanti balik kerja nak dinner dengan aku tak?" Pelawa Benard. Robin mengharu kepala yang dibaluti tudung itu.

"Saya dinner dengan family saya malam ni. Sorry, Beni." Serba salah pula Robin melihat wajah sedih Benard apabila mendengar jawapan dia.

"Mungkin esok boleh sebab esok cuti." Robin memberi cadangan. Sememangnya dia mahu makan luar esok. Mahu makan makanan yang dah lama dia idam.

Wajah Benard ceria kembali.

"Okay, cool. Esok aku ambil kau depan rumah. Pukul sembilan malam, boleh?" Benard kurang pasti mengajak gadis itu keluar dinner pada pukul sembilan malam.

"Boleh." Benard senyum riang.

"Tapi.." Benard pandang Robin dengan pandangan suspen.

"Umi dengan Alisya ikut sebab dia orang dah lama tak makan luar." Kata Robin dengan jelas. Wajah Benard yang sedikit garang itu membuatkan hati dia tidak senang. Macam mana kalau Benard tak setuju?

"No hal lah. Bawa aje diaorang. Nanti boleh borak dengan budak kecil tu sekali." Robin melepaskan nafas lega.

"Okeylah... Nak masuk dulu kalau lambat nanti bos membebel pula." Robin membuka pintu lalu keluar dari badan kereta mewah itu. Badan dibongkokkan sedikit supaya wajah Benard nampak.

"Thanks Beni for driving." Robin menghadiahkan senyuman.

"My pleasure." Benard membalas senyuman si gadis.

Robin menutup pintu lalu terus meninggalkan kereta Benard dan menuju ke pintu utama yang dipenuhi wartawan dengan perasaan yang gugup. Langkahnya dilakukan agar dapat masuk ke dalam bangunan lebih cepat.

Namun, sebaik sahaja dia meloloskan diri betul-betul dihadapan pintu utama tersebut, wartawan sudah merempuhnya kuat sehingga dia tertolak ke hadapan. Disebabkan pintu utama tersebut kena tolak, agak sakit juga badannya menahan rempuhan tersebut walaupun senang untuk masuk.

Robin yang sudah masuk itu terkejut apabila tangannya ditarik semula keluar daripada bangunan itu. Dia menoleh melihat siapa yang menarik dirinya. Ternyata pengawal keselamatan yang menarik lengannya.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now