Bab 27 - Messed up

7.5K 502 12
                                    

Bab 27

           AKU terbangun pada pukul lima pagi kerana bunyi alarm daripada telefon samsungku terlalu bising. Terpaksa aku bangun untuk bersiap sedia lebih awal bagi mesyuarat yang kedua ini. Aku yang masih duduk dikatil, menyerabaikan rambut.

Aku bangun dengan mamai lalu pergi ke bilik untuk membasuh muka dan menggosok gigi terlebih dahulu. Selesai sahaja basuh muka dan menggosok gigi aku duduk di atas katil semula. Badanku disandarkan pada kepala katil.

Telefon di atas meja lampu, aku capai. Skrin digesekkan ke atas lalu ibu jariku menekan sekali pada aplikasi berwarna hijau, membuka aplikasi WhatsApp. Dahiku berkerut tatkala melihat mesej daripada Stuart dan Beni.

131 Message from 2 chats

52 Missed Calls

Aku melihat bila mesej-mesej ini dihantar. Pukul empat lima puluh tujuh minit pagi. Maksudnya tadilah kan? Kenapa mereka mesej banyak banyak? Pagi-pagi pulak tu. Tanganku menekan mesej Stuart terlebih dahulu. Aku tenung mesej mesej yang Stuart hantar. Lambat sel sel otakku berfungsi untuk mencerna ayat-ayat yang terpapar di skrin.

+Keluar daripada hotel tu sekarang.

+Now!

+Ada kebakaran di bangunan hotel kita.

+Come out now before the fire spread over your room.

+Wake up, Robin!

+God! Robin!

+I'm coming to your room.

Terbeliak mataku dengan mesej terakhir Stuart. Gila dia ni! Aku cepat cepat mencari baju yang lebih sopan untuk ditukar kerana aku memakai baju pijama di dalam beg besar. Walaupun baju pijama tu menutup seluruh badanku iaitu menutup aurat tetap aku rasa tidak selesa.

Aku mencari tudung sarung pulak. Baju satu persatu aku belek dengan pantas. Tatkala aku jumpa tudung sarung saat itu pintuku menerima ketukan yang bertalu-talu. Aku dah cemas. Beg besar itu aku tutup semula lalu memakai tudung sarung yang berada ditanganku tadi.

Langkahku laju menuju ke pintu hadapan. Badanku sorok dibelakang pintu, membiarkan kepala aje yang terjenguk dihadapan pintu. Tombol pintu aku pulas. Terserlah wajah kacak Stuart dihadapan bilikku. Dia macam baru lepas membuat larian marathon.

"Keluar sekarang, Robin. Api tu dah merebak di kawasan beranda saya. Tunggu masa aje merebak di kawasan beranda awak." Aku menggeleng laju.

"Saya tak tukar baju lagi." Aku menggenggam erat telefon ditangan bersama baju dan seluar yang dipeluk ke dadaku.

"Kita tak ada masa Robin. Jom." Aku mendengar banyak jeritan di bangunan hotelku ini. Ada yang berlari dibelakang Stuart untuk menuju ke lobi. Aku terasa ngeri melihat semua orang menjerit, menyelamatkan diri.

"Tapi say-"

"Sir, you have to go sir." Tidak sempat aku mahu berkata, datang seorang pengawal keselamatan tingkat ini memintaskan kata-kataku dengan menyuruh kami keluar daripada bangunan ini untuk keselamatan kami lalu pengawal itu terus berlalu pergi.

"Robin, now." Arah Stuart dengan tegas dan dingin. Aku menelan air liur. Takut melihat wajahnya yang serius tambah garang itu. Aku mengangguk laju. Tidak mahu menambah kesulitan yang sudah sedia ada.

Aku keluar disebalik pintu. Terasa panas wajahku apabila dia melihat pakaian yang kebudak-budakanku. Aku menolak lengannya yang berlapik t-shirt panjang itu perlahan daripada menghalang laluan.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now