Bab 16 - The Discussion

9.3K 700 22
                                    

Bab 16

                 DUA cawan kopi susu yang telah dibancuh di atas dulang itu, satu cawan dihidangkan di atas meja besar milik lelaki itu. Stuart mengangkat wajahnya lalu memberi isyarat, menyuruh Robin duduk di kerusi dihadapannya.

"Terima kasih, bos." Gelabah dia menerima isyarat daripada Stuart. Ingatkan lelaki itu mahu memarahi dirinya.

Dia menyesuaikan diri dengan kerusi kecil itu. Hatinya sedikit berdebar kerana dia berhadapan dengan wajah bosnya. Beberapa saat telah berlalu namun sepatah perkataan tidak dikeluarkan walaupun sudah duduk berhadapan. Terasa kekok kerana sunyi yang tidak terkata.

"Mr Kim?" Robin memulakan perbualan mereka. Wajah Stuart yang sedikit tunduk memandang lantai itu, masih tidak dengar Robin memanggilnya. Berkerut dahinya melihat tiada reaksi daripada Stuart.

Jari dipetik dihadapan wajah Stuart untuk menghasilkan bunyi yang kuat agar lelaki itu sedar daripada lamunannya. Stuart terus mendongak memandang ke hadapan iaitu melihat wajah Robin.

"Mr Kim nak bincang apa ya?" Lama dirinya menunggu soalan itu keluar daripada mulutnya kerana perbincangan yang mereka akan buat ini kedengaran serius. Dengan itu, wajah Stuart berubah serius. Stuart meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja.

"Robin, please take a note." Arah Stuart. Buku nota berwarna hitam itu dibuka bersama pen ditangan, bersedia mencatat segala maklumat yang disampaikan.

"First, jangan jawab call daripada pejabat- pejabat wartawan." Robin mengharu kepalanya dengan pen.  Kepalanya mengangguk faham.

"Second, next week we have to go to London for proposal that we make with Mr Philip." Sekali lagi Robin menggaru kepalanya yang dibaluti shawl itu dengan pen.

Proposal?

Mr Philip?

Who?

"Thir-"

"Cop, Mr Kim. Cop. Cop. Cop..." Robin mengangkat mukanya bersama tangannya buat burung di atas meja. Matanya bertemu sepasang mata biru gelap yang indah. Cantiknya mata dia, sempat Robin puji mata si lelaki di hadapannya.

"Cop? What is that? Cop as in police? Or what?" Berkerut dahinya melihat tangan gadis itu berserta perkataan yang didengari agak asing bagi dirinya. Robin menahan ketawa yang hampir sahaja terburai. Tangan diturunkan.

"Bukan, Mr Kim. Cop ataupun panggilan C.H.O.P tu maksudnya macam kejap atau berhenti." Terang Robin sambil bibirnya tidak sedar mengukir senyuman lebar. Geli hatinya melihat wajah Stuart seperti budak baru sahaja belajar.

"Alright. I take a note on that. So what is your question?" Hampir sahaja Robin terlupa mahu bertanya tentang proposal yang dibuat bersama Mr Philip. Tidak pernah sesekali pun dia dengar pasal proposal di London. Siapa Mr Philip? Syarikat kecil?

"Mr Kim? Saya tak tahu tentang proposal yang Mr Kim katakan tadi." Dia baru sahaja berkhidmat di sini. Segala perkara syarikat yang besar ini tidak mampu masuk dalam kepala masa seminggu. Fail-fail yang berlambat tersusun di atas meja itu, masih ada yang belum disemak habis kerana terlalu banyak.

"I'm sorry. Nanti saya hantar email ke awak untuk maklumat proposal yang kita buat dengan mereka di London. Fail bagi proposal itu pula, saya bagi awak sekejap lagi sebab ada beberapa perkara yang perlu saya bagitahu awak for this small proposal." Tangan ligat mencatat maklumat penting.

"Okay.... Itu sahaja. Any question?" Pantas Robin menngangguk.

"How long trip for London?" Seronok juga dia dapat melancong ke luar negara walaupun tujuan utamanya untuk bekerja.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now