Bab 30 - Stuart's Phone

7.4K 540 57
                                    

Bab 30

           SEBAIK sahaja Stuart pergi, Robin baring semula lalu mencapai alat kawalan jauh untuk menghidupkan televisyen. Dia mahu menonton siaran yang seronok sementara menunggu kepulangan Stuart. Sesekali dia menggaru kaki yang berbalut itu kerana gatal.

Ibu jari gadis itu menekan butang beberapa kali untuk mencari siaran yang seronok ditonton. Tatkala dia telah menjumpainya, dia berhenti menekan butang dan meletakkan alat kawalan jauh ke atas meja semula. Drama yang ditonton ialah The Good Doctor.

Ketika menonton, Robin bangga dengan Shaun kerana pantas mengesan tempat yang tercedera dan dia agak Shaun seperti mempunyai kelebihan melihat, mengesan dan memikir dengan pantas. Bahagian yang dia paling suka, dimana Shaun menyelamatkan budak di lapangan terbang.

Selain daripada itu, Shaun jenis yang tidak mengambil kisah apabila orang disekelilingnya tidak suka akan dirinya. Yang itu, Robin tabik sebab nak lalui situasi yang agak sukar dan mencabar tanpa sokongan bukan perkara yang mudah.

Kagum dia. Hatinya juga terdetik ingin memperolehi kelebihan tersebut. Dia faham semua manusia mempunyai kelebihan masing-masing. Dia juga juga sedar yang dia mempunyai kelebihan yang orang lain tiada. Kelebihannya ini hanya keluarga dia sahaja yang ketahui.

Kelebihan dia ialah dapat merasai perasaan seseorang dengan merenung mata mereka dengan lama. Setiap kali dia merenung mata seseorang terlalu lama melebihi lima minit ke atas, hatinya akan berdebar dan matanya mula ingin nangis. Daripada situ dia akan rasa apa yang orang itu rasa.

Walaubagaimanapun dia hanya boleh rasa tahap yang rendah sahaja. Contohnya cukup setakat dia mengetahui bahawa orang itu sedih, gembira, kecewa dan sebagainya. Dia tidak boleh melalui perasaan seseorang yang betul-betul kerana hanya Allah sahaja yang tahu.

Dia bersyukur kerana mempunyai kelebihan yang satu ini.

Perhatiannya kembali kepada televisyen. Sudah tiga puluh minit berlalu maka drama The Good Doctor yang ditonton telah habis. Serta merta, tangannya menepuk kuat untuk Shaun. Mujur tiada siapa yang berada di dalam bilik tersebut melainkan dirinya. Wajah Robin tak usah dikata, bangga habis.

"Good Job, Shaun! I'm proud of you!" Tangan masih tepuk sehingga keluar iklan maka dia tidak menepuk tangan lagi.

Robin menoleh ke kiri untuk mengambil alat kawalan jauh namun matanya terjatuh pada benda yang berwarna hitam, permukaannya berkilat dan boleh disentuh. Benda hitam itu juga mengandungi pelbagai perkara.

Telefon canggih Stuart, Iphone 8.

Robin sekejap menggeleng sekejap mengangguk, mana taknya dia sedang berperang dengan otak dan hati. Dalam hatinya sudah memberi amaran merah, jangan sentuh barang kepunyaan orang lain. Namun mindanya kata boleh disentuh dan melihat tanpa mengusik apa-apa yang ada di dalam telefon tersebut.

Jangan Robin.

Ala sentuh sekejap aje.

Jangan.

Peluang sekali seumur hidup.

Mulutnya menyenaraikan alasan kenapa dia perlu geladah telefon lelaki Itali itu. Pertama, dia tidak pernah tahu keluarga Stuart. Mana tahu jumpa gambar mereka di dalam galeri telefon tersebut. Kedua, lelaki itu misteri. Ketiga, ini satu-satunya peluang untuk menggeledah telefon canggih Stuart. Keempat, by hook or crook dia tetap kena geladah juga.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now