Bab 46 - River

7.3K 497 119
                                    

Bab 46

NENY ROBIN termenung jauh memandang sungai yang berada dihadapannya. Sesekali dia membetulkan kedudukannya di atas batu besar itu sambil mindanya ligat berfikir sesuatu. Keluhan berat dilepaskan. Pipinya ditampar perlahan bagi menyedarkan dirinya supaya tidak terhanyut dengan perasaannya yang bercampur aduk.

Otaknya kembali imbas semula insiden tiga hari lepas, dimana dia menolak pinangan Amran Shah. Tatkala dia menolak dengan cara yang sopan, berubah seratus lapan puluh darjah wajah Amran Shah. Kecewa. Jelas itu yang terpapar di muka lelaki itu.

Amran Shah, lelaki itu tidak marah dan tidak pula sedih cuma kecewa sahaja. Mungkin kecewa dengan keputusannya. Dia tidak boleh memaksa hati dan perasaan yang sudah terang lagi jelas bersuluh bahawa dia suka Stuart.

Agak lama mereka bertolak ansur menyelesaikan pinangan yang sudah ditolak. Sepanjang mereka berbincang pada tiga hari lepas itu, Amran Shah hanya berdiam diri ditempat duduknya. Bila ditanya, sepatah dua perkataan yang dijawab. Berkali-kali Robin meminta maaf kepada Amran namun lelaki itu hanya beri anggukan sahaja.

Bertambah runsing kepalanya memikir hal itu. Robin lega ketika keluarga Amrah Shah mahu pulang ke tempat asal mereka, Amrah Shah mampir kehadapan mendekatinya. Tersenyum lebar Robin mendengar idea Amrah Shah.

"Boleh kita berkawan selepas ini?" Amrah Shah menggosok tengkuknya manakala sebelah tangan berada dalam kocek seluar. Wajah Robin dipandang.

"Semestinya. Awak akan sentiasa jadi kawan saya." Balas Robin bersemangat. Amrah mengangguk kecil, mukanya pula semakin sedih mendengar perkataan kawan. Robin nampak tetapi dia tidak mampu buat apa.

"Terima kasih."

"Sama-sama."

Perbualan mereka tamat sampai di situ sahaja. Robin tersenyum nipis. Mula-mula diingatkan Amran tidak mahu berbual dengannya lagi tapi sangkaannya meleset kerana Amran sudi bertanya mahu menjadi kawannya ataupun tidak. Amran lelaki yang baik.

"Semoga awak jumpa perempuan yang lebih baik daripada saya, Amrah Shah." Robin berkata perlahan lalu diaminkan doanya. Amrah Shah lebih layak mendapat seorang perempuan yang lebih baik daripadanya.

Robin bangun dari batu lalu dia berpusing ke belakang. Robin terjerit kecil dan terundur beberapa langkah ke belakang. Alangkah terkejutnya dia melihat Stuart berada dihadapannya bersama wajah serius.

"H-how long have you been here?" Tergagap Robin dibuatnya.

Macam mana dia boleh tidak dengar derapan tapak kasut lelaki itu? Yang paling penting, kenapa Stuart nampak lebih kacak pada pagi ini? Stuart mengenakan kain pelekat dan baju t-shirt putih berlengan pendek. Sungguh santai.

"From the time you reached here." Balasnya.

"A-awak stalk saya?" Robin ternaikkan suaranya sedikit tanpa sedar. Stuart menggeleng sekali.

"Who? Me or you?" Berkerut dahi Robin cuba memahami apa yang disampaikan. Tidak lama kemudian wajahnya berona merah, mula faham. Tragedi di mana dia stalk Stuart di Twitter. Dia menekan butang berbentuk hati, sudah tentu Stuart tahu bahawa dia menghendap Stuart di Twitter. Dengan itu, Robin mengutuk dirinya dalam hati kerana terkantoi atau sengaja kantoi.

"You used the wrong term. I only makes sure that you are safe and fine here, follow and protect. That's the right words." Robin menggeleng perlahan. Bibirnya juga mengukir senyuman, terharu kerana Stuart mengambil berat tentangnya.

Stuart bergerak ke sebuah bangku panjang yang diperbuat daripada konkrit, berhadapan sungai juga. Bangku itu tidaklah terlalu cantik tetapi masih boleh digunakan. Stuart memandang persekitarannya sekilas sebelum pandangannya beralih pada si gadis. Robin hanya pandang Stuart hairan.

MY IDEAL ITALIAN GUYحيث تعيش القصص. اكتشف الآن