Bab 3 - Tumpang

14K 885 20
                                    

Bab 3

                     "ALONG pergi dulu ya?" Kata Robin pada Uminya sambil bersalaman.

Uminya yang bernama Khadijah Binti Reol. Berkulit merah merah keputihan. Cantik bukan? Walaupun Uminya sudah tua namun masih ada orang yang 'tersangkut' dengan ibunya. Wajah uminya tersangatlah cantik.

"Baik-baik ya nak, jangan balik lewat." Puan Khadijah memberi nasihat kepada anak perempuannya itu sambil senyuman misteri terhias dibibir uminya.

Robin mengangguk. Senyuman masih terhias dibibir.

Robin bangun dari duduknya lalu pergi ke pintu untuk memakai kasut yang bersesuaian.

Pemakaian Robin harini lebih cantik daripada hari yang lain. Tudung shawl berwarna pink dililit di kepala dengan kemas. Baju berwarna biru laut sama seperti seluarnya. Cuma seluarnya sedikit pekat dari biru laut.

Takkan dua dua nak sama pulak. Tak pasal pasal cop guna kain langsir lebihan rumah raya tahun lepas.

"Assalamualaikum, umi." Kata Robin sebelum pergi meninggalkan pekarangan rumah itu.

Semasa perjalanan pergi ke Bus station. Sebuah kereta berhenti disebelahnya. Robin memandang pelik pada kereta tersebut. Tingkap cermin milik kereta itu diturunkan oleh tuan kereta.

"Beni?"

Nama sebenar bagi Beni ialah Alex Benard. Dulu sememangnya dia berasal dari agama christian. Namun segalanya bertukar. Kerana dia berasa lebih nyaman dengan beradanya di sisi Allah. Agama Islam memang mudah.

Benard sedang tersenyum sumbing sambil memandang ke arahnya. Dalam masa yang sama Benard juga mengalihkan matanya memandang pakaian Robin pada hari ini. Sungguh menawan dan cantik.

Benard terpukau.

"Jomlah masuk. Aku hantar kau." Pelawa dia. "Lagipun kau dengan aku kan jalan haluan yang sama. I mean same place." Terangnya.

Robin mengangguk.

Kekok.

"Terima kasih." Kata Robin sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di seat penumpang bersebelahan dengan seat driver.

"Small matter. Lagipun mak kau yang suruh." Ayat yang terakhir di perlahankan volume daripada Robin dengar.

Semasa perjalanan pergi ke tempat kerja mereka berdua. Sepatah perkataan pun mereka tidak sebut. Malu mungkin. Sehinggalah Robin mula berbicara. Entah topik itu yang terlintas dalam benak fikiran gadis itu.

"Beni. Awak ada makwe eh?" Benard tergelak kecil.

"Takda. Kenapa?" Wajah gadis itu dikerling sekilas.

"Kau nak jadi makwe aku ke?" Sambungnya.

Erk.

"Memang taklah. Saya tanya aje." Benard mengangguk faham.

"Oh ya!" Benard baru teringat pasal CEO. "Kau ada dengar pasal CEO dari Italy gabung dengan company kita?" Tanyanya.

CEO dari Italy? Italy. Mata Robin membulat besar. Barangkali terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Benard.

"Huh? Bergabung?" Robin bercakap dengan sedikit kuat.

"Yup. Bergabung."

"Dato tak bagi tahu dekat saya pun." Robin mencebik merajuk.

Dahlah CEO itu gatal. Kutuk Robin di dalam hatinya. Cucuk biji mata tu kang.

"Dato dah bagi tahu lah dekat telegram di group yang semua pekerja ada tu." Berkerut dahinya cuba memahami keadaannya ini.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now