Bab 28 - Remedy

7.5K 562 15
                                    

Bab 28

                 SAYUP-SAYUP aku mendengar suara orang yang sedang berbual. Suara itu semakin jelas dan bukan seorang yang sedang berbual tetapi dua orang. Aku mendengar lagi. Aku silap lagi bukan dua orang tetapi tiga orang. Suara mereka jelas dan aku mahu melihat siapakan mereka bertiga itu?

Aku cuba untuk membuka mata, tetapi aku tidak boleh buka seperti kelopak mata ini telah dilekatkan dengan gam gajah. Setelah cuba berkali-kali aku mengalah, tidak mahu membuka mata kerana terasa penat dan tiada tenaga. Mindaku juga seakan penat untuk berfikir.

Seperti ada sesuatu yang membuatkan aku mahu tidur semula. Suara mereka semakin lama semakin tenggelam dan seterusnya aku tidak mendengar perbualan mereka lagi.

WAJAH gadis yang sedang tidur lena itu, direnung selama yang boleh. Tangannya menggumpal buku lima sehinggakan timbul urat hijau ditangan. Wajahnya jelas memaparkan riak kesal. Jikalau dia murung, boleh dirasakan satu bilik wad turut suram.

"Mia amore. I'm sorry." Stuart bertutur perlahan di tepi katil Robin yang masih tidak sedar. Kerusi ditarik rapat ke arah katil gadis itu. Tangan Robin yang terbaring disisi gadis itu, Stuart pandang. Stuart menggeleng sekali, menindak idea yang tidak bernas di dalam kepala iaitu menggenggam erat tangan kecil itu.

Dia tidak mahu membuat perkara yang gadis itu benci. Mindanya mengimbas semula kejadian di lobi tadi. Tersentak hatinya melihat Robin terbaring di atas lantai dengan keadaan tidak sedar. Jantungnya berdegup laju dan dia berasa kesal kerana tidak melarang tindakan gadis itu yang melulu.

"I wish I can be your hero when you fall dolce cuore and this morning is the proven that I can't be your hero." Stuart meletakkan kepalanya di sisi permukaan atas palang besi katil Robin. Matanya dipejam rapat.

Benard tidak cedera dan tidak ada kaitan dengan kebakaran pagi tadi kerana lelaki itu tidak balik ke hotel malam tadi. Agak marah juga dirinya kerana Robin sanggup mengancam nyawanya untuk mencari Benard.

Bibirnya melepaskan keluhan kecil. Dia juga bertanya kepada owner bagi hotel yang mereka duduki, apa punca kebakaran itu berlaku. Owner itu berkata kecuaian seorang lelaki merokok dan abu rokoknya terjatuh di atas karpet berbulu dan menyebabkan ia menyebar ke seluruh permukaan.

Kalau dia jumpa lelaki cuai tu, memang hilang gigi kuning dia itu. Owner hotel itu juga memohon maaf atas segala yang berlaku pada pagi tadi. Stuart hanya diam dan angguk sahaja kerana benda sudah terjadi. Kepala yang direhatkan pada palang besi itu, diangkat lalu wajah gadis itu dipandang.

"How can I make up for what just happened?" Stuart berbual dengan Robin yang masih tidak sedar. Stuart bangun dari kerusi lalu jam ditangan dikerling sekilas. Pukul enam dua minit pagi.

Stuart berjalan keluar daripada wad Robin dan duduk di kerusi luar wad. Telefon pintarnya dikeluarkan lalu mendail nombor Mr Phillip untuk menangguhkan mesyuarat mereka yang akan diadakan pada pukul sepuluh pagi nanti. Situasi yang mereka hadapi memang tidak mengizinkan mereka untuk melakukan kerja.

"Hello Mr Phillip? Sorry to bother your sleep but we have to cancel the meeting. Something bad just happened. We were involved in a fire that broke out in our hotel. We're fine, Mr Phillip. Thanks for asking and cooperate with us." Selesai sahaja mereka berbual, Stuart mematikan perbualan mereka terlebih dahulu.

Kepalanya disandarkan pada dinding. Dia terasa penat dan lenguh badan.
Saat matanya terpejam rapat, telinganya sayup sayup menangkap laungan yang merdu dan menenangkan. Dia cuba mendengar dengan jelas sehingga habis.

Tatkala laungan merdu itu berhenti, matanya terbuka luas. Dia bingkas berdiri tegak dan berjalan laju keluar daripada hospital besar itu. Telinganya cuba mencari laungan itu tetapi tiada.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now