Bab 36 - The Broken Promise

7K 508 77
                                    

Bab 36

               JAM besar yang tergantung di dinding dijeling beberapa kali. Sudah melebihi pukul sepuluh malam namun bayangan ditunggu masih tidak memunculkan diri lagi. Ibu jarinya digigit perlahan. Pintu juga sekali sekala dipandang. Tangan kiri menepuk-nepuk peha dengan perlahan agar tidak menghasilkan bunyi yang kuat. Tabiat ini menunjukkan bahawa dia risau.

"Tak payah tunggu dia Robin. Dia tak akan balik ke sini malam ni." Terhenti tangan Robin apabila Benard mengambil tempat di sebelahnya iaitu di kerusi pelawat.

"Dia cakap dia akan balik pukul sembilan. Mungkin dia lambat sikit. Mungkin jem jalan nak datang ke sini kan?" Robin ragu-ragu menyedapkan hatinya.

Selepas sahaja solat isyak tadi, seorang doktor perempuan berambut perang datang dan memeriksa kakinya dengan ramah. Sebaik sahaja doktor itu keluar, Benard pula masuk ke dalam wad biliknya dan menemaninya sehingga sekarang. Mereka banyak ketawa kerana Benard tidak berhenti membuat lawak jenaka.

Namun, hatinya hampir terasa seperti dibaling jauh tatkala Benard berkata tadi bahawa Stuart tak akan datang sini malam ini. Dia rasa sedih dan risau bila dia mendengar kata kata daripada Benard. Sedih kerana bakal memungkiri janji yang dibuat. Risau kerana keselamatan lelaki itu.

Tak.

Stuart akan pulang sebab lelaki itu sudah berjanji dengannya akan pulang pada pukul sembilan malam tapi janji itu telah tamat tempoh. Macam mana dia tidak risau, sudahlah malam di negara orang lain pulak tu.

The promise already broken but I hope the person doesn't broke.

Terdengar Benard mengeluh perlahan terus Robin memandang Benard ditepi. Benard juga mengangkat wajahnya memandang si gadis. Kaku pergerakan Robin tatkala melihat wajah penat Benard. Pasti lelaki ini tidak dapat rehat yang cukup. Robin tersenyum nipis.

"Beni.... Awak rehatlah dulu. Mesti penat jaga saya kan?" Benard tersengguk-sengguk itu menggeleng kecil. Lelaki itu menguap besar bersama matanya semakin kuyu, mengantuk. Robin menggeleng.

"Pergilah tidur dekat sofa sana. Saya nak tengok cerita lagi ni. Jangan risau saya tak akan merayau ke mana-mana kalau awak tak ada waktu malam malam macam ni," terang Robin. Risau kalau Benard tertidur jatuh kerusi nanti.

Benard dengan terhuyung-hayang berjalan ke sofa lalu dia terus menghempaskan badannya di sofa panjang tersebut. Robin tidak lagi nampak Benard kerana lelaki itu terlindung dengan penyandar sofa.

Baru sahaja Robin mahu mengalihkan pandangannya, kepala Benard muncul diatas penyandar sofa. Robin tersengih melihat Benard tersenyum kecil bersama matanya yang tertutup. Kedua-dua tapak tangannya, Robin cantumkan lalu dibawa ke pipi dan disengetkan kepalanya sedikit, memberi isyarat pergi tidur walaupun Benard tidak nampak.

"Selamat malam Robin dan Assalamualaikum." Sebaik sahaja lelaki itu berbisik perlahan terus kepalanya hilang diatas penyandar sofa. Pasti sudah terbuai indah di alam mimpi. Robin tergelak perlahan.

Comel Beni ni.

"Selamat malam juga Beni dan waalaikumussalam." Robin bersandar pada kepala katil lalu mengambil telefonnya yang baru sahaja habis cas di atas meja. Butang kecil di sisi fon, ditekan selama tiga saat.

Mengambil lima belas minit untuk skrin memaparkan ruang utama. Berkerut dahinya melihat notifikasi daripada What'sapp melebihi seratus lebih sedangkan dia pasti sudah buka notifikasi daripada Stuart yang melebihi enam puluh lebih. Hanya empat puluh lebih sahaja notifikasi daripada Benard yang belum buka. Bagaimana boleh melebihi seratus lebih buat sekali lagi?

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now