Bab 35 - Fun Time

6.8K 476 46
                                    

Bab 35

           BENARD kembali semula ke arahnya bersama tangannya penuh dengan tiga beg plastik yang berisi marshmallows, coklat dan gula kapas. Ternganga Robin melihat wajah selamba Benard ketika mengangkat semua beg plastik yang serba serbi besar. Robin menepuk dahinya. Tidak sangka Benard akan membeli semua jenis marshmallows, coklat dan gula kapas yang dijual di van comel tersebut.

"Beni, awak gila ke?" Robin bertanya sebaik sahaja lelaki itu berdiri dihadapannya. Nak tergelak dia tadi kerana Benard nampak comel bersama beg-beg yang plastik yang menutupi separuh wajahnya.

"Kau yang nak. Aku bagilah." Benard tersenyum manis sebelum meletakkan beg makanan itu ketanah. Robin menggeleng kecil melihat manisan yang mengelilingi kerusi rodanya lalu dia memandang Benard yang mempamerkan muka selambanya.

"Ya. Saya tahu tapi janganlah sampai semua. Saya cuma gurau aje pasal beli semua." Robin berkata dengan nada yang tegas namun tidak sedar dia telah mencapai beg plastik gula kapas dengan wajahnya yang bersinar-sinar. Benard menggeleng melihat gelagat Robin. Marah tapi nak.

Robin membuka plastik kecil bagi gula kapas yang baru sahaja diambil lalu dibuka hujungnya. Dengan lafaz bismillah, dicubit perlahan-lahan gula kapas yang berwarna biru cair. Gula kapas cair saat masuk ke dalam mulutnya. Dia menikmati gula kapas dengan hati senang.

Ketika makan teringat pula nak pelawa Benard. Robin dongak memandang Benard yang sedang bermain telefon pintarnya. Apabila lelaki itu terasa dipandang, Benard menurunkan tangannya kebawah sedikit agar dapat melihat wajah si gadis. Kening sebelah dijungkit.

"Kau kenapa?" Gula kapas diangkat sekali ke arah Benard.

"Makan ajelah. Nanti-nanti aku makan." Perhatian lelaki itu kembali pada telefon pintarnya. Robin mengangkat bahu sekali.

Gula kapas itu mengambil dua minit sahaja kerana gumpalan bentuknya kecil sahaja. Robin menggerakkan rodanya kehadapan seraya mendekati Benard yang khusyuk bermain dengan telefonnya sehingga tidak sedar bahawa dia sudah berada dihadapan lelaki itu.

"Beni?" Tiada sahutan. Robin memandang tajam wajah tekun Benard.

"Beni?" Tiada sahutan lagi. Robin berdecit perlahan kerana terasa macam dibuli pula. Dia menjuling mata ke atas lalu dia tunduk ke bawah, memandang sandal Adidas Benard lalu tersenyum sinis. Perlahan-lahan Robin mengangkat kaki kirinya tinggi bersama senyuman jahatnya.

"Adoi!"

Robin terkekek ketawa melihat Benard memegang kakinya yang sakit kerana dipijak oleh dia tanpa belas kasihan tadi. Benard terduduk di atas simen lalu mengangkat kakinya selaras dengan paras muka dan ditiupnya kaki berdenyut tersebut.

Robin tergelak melihat gelagat spontan Benard namun tatkala lelaki itu dongak memandangnya tajam terus dia menutup mulut, menahan ketawa daripada terlepas.

"Kenapa kau pijak kaki aku?" Soalnya dengan geram. Robin menggeleng kecil bersama senyuman geli hati.

"Saya panggil nama awak banyak kali tapi awak tak dengar. Jawapannya pijak, itulah caranya." Selamba Robin menjawab. Sengaja dia menongkat sikunya pada pemegang sisi kerusi lalu dia meniup kukunya, acah acah retis dan villain. Muka dibuat kerek sehabis mungkin.

Benard memandang gadis dihadapannya kecil besar kecil besar aje. Melihat gadis itu bersama muka tidak bersalahnya, hatinya mula timbul rasa nak masuk gelanggang boxing. Lidah Benard menolak sisi pipi kirinya lalu dia menjeling Robin.

MY IDEAL ITALIAN GUYΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα