Bab 45 - Stuart

7.3K 513 104
                                    

Bab 45

           STUART turut mencangkung dihadapan gadis yang sedang menangis itu. Lelaki itu tersenyum nipis melihat Robin tidak berhenti-henti menangis. Robin tersedu-sedan menangis. Apabila dia dongak sekali lagi mahu melihat sama ada Stuart adalah nyata atau mimpi, terus dia menerkup mukanya semula.

"Janganlah senyum macam tu!" Robin menjerit perlahan. Segan dengan Stuart hanya memerhati bersama senyuman.

Stuart tergelak macho.

"I didn't do anything, dolce cuore." Stuart mempertahankan dirinya, siap mengangkat tangannya ke udara tanda mengalah.

Dolce cuore...

Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu dari Stuart. Baru hari ini dia mendengar suara Stuart. Tipulah kalau dia kata dia tak rindu untuk mendengar suara Stuart yang selalu memanggilnya dengan bahasa ibundanya yang pasti dia tidak faham.

"Hey.. Don't cry, tesoro. I'm here." Pujuk Stuart lembut. Telinga Robin yang menangkap nada lembut Stuart, dia terasa disayangi.

Robin perlahan-lahan mengangkat wajahnya memandang Stuart lalu dia menyedut hingusnya kuat dan mengelap air mata dengan lengan baju tidur pijamanya. Sedu-sedan yang masih ada itu, Robin cuba menenangkan dirinya dengan mengambil nafas dan hembus perlahan berulang kali sehingga nafasnya kembali normal.

"You okay?" Robin mengangguk kecil. Tidak menghiraukan hingusnya yang dia sedut tadi dihadapan Stuart.

"B-bila masa masuk islam?" Stuart tersenyum nipis lalu dia meraup rambutnya yang terjuntai di dahi kebelakang. Setiap pergerakan Stuart Robin perhati dengan pegun.

"Curious don't you?" Sekali lagi Robin mengangguk laju.

"It's beautiful long story, dolce cuore. One day might not enough for me to tell you the entire story of my life without you about this rough week." Stuart mula berkata sambil memandang wajah Robin yang masih basah dengan air mata tadi. Merah wajah Robin mendengar perkatan without you.

Maksudnya lelaki itu mengingati dirinya semasa dia di sana?

"Tell me then. I'm ready." Robin menjawab. Tidak sabar mendengar cerita bagaimana Stuart boleh memeluk islam dan bagaimana Stuart agak fasih menyebut Bahasa Arab seperti memberi salam.

"Now, it is not the right time to tell you. Maybe one day I'll tell you." Terus panjang muncung Robin. Gadis itu memeluk tubuh lalu berpaling ke tepi. Di mata Stuart, Robin seperti itik yang sedang merajuk. Stuart menggeleng perlahan.

"I promise I tell you but not now, mia amore." Apabila mendengar Stuart bersungguh-sungguh memujuk akan beritahunya satu hari nanti, Robin rasa bersalah pula kerana terasa dirinya memaksa Stuart untuk membuka cerita. Robin menoleh ke hadapan memandang Stuart lalu dia tersenyum manis dan mengangguk.

"Saya tunggu." Jelas wajah Stuart lega dengan jawapannya.

Manakala di situasi lain, Alisya dan Benard duduk bersebelahan di pondok sambil memerhati gelagat pasangan sejoli yang sedang mencangkung di tengah tengah laluan kereta nak masuk, ayat yang paling mudah difahami ialah di tengah-tengah dunia.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now