Bab 4 - Joke's

12.9K 847 28
                                    

Bab 4

                        "PARDON?" Robin bertanya bersama kerutan di dahi. Wajah tampan itu dipandang. Hatinya mula berubah rentak seketika sebelum dia membina dinding yang mula runtuh.

"I said may I meet your boss?" Sekali lagi Chief Executive Officer ini mengulang semula ayat yang tuturkan sebentar tadi. Matanya bertemu dengan sepasang mata biru cair yang menawan itu. Kali ini Kim Rossin Stuart merenung wajah mulus milik Robin. Bibirnya mengukir senyuman kecil

"Just a moment." Stuart mengangguk sekali sebelum dia menyibukkan diri dengan telefon pintarnya. Robin menghantar voicemail ringkas kepada Dato bahawa lelaki dari Chief Executive Officer Italy hendak berjumpa dengan syarikatnya.

Tidak sampai lima saat, Dato menghantar voicemail bagi pihaknya pula."Suruh dia masuk." Robin mengangguk kecil walaupun Dato tidak nampak. Kemudian, gadis itu terus menyambung kerjanya semula sambil berkata.

"You may come in, Mr Kim." Balas Robin tanpa sedikit pun mengalihkan pandangannya untuk memandang lelaki itu. Dia masih meneruskan kerjanya kerana tiada apa yang perlu dibincangkan lagi selain daripada memastikan Stuart masuk ke dalam pejabat Dato.

Kim Rossin Stuart tidak mengalah, masih tak berganjak dari posisinya. Lelaki itu menongkat lengannya dikaunter, menyebabkan jarak wajah mereka sedepa. Robin mula berasa tidak selesa dengan perhatian diberikan.

Stuart mahu juga lihat wajah Robin yang tunduk membuat kerja, agak tekun tapi biadap. Robin menolak kakinya dibawa mejanya sedikit agar kerusinya kebelakang agar jarak dibesarkan semula. Dalam diam, Robin merungut kerana lelaki itu masih ada di sini.

"So dissapointed." Tuturnya secara tiba-tiba. Robin terdongak memandang wajah tampan itu.

"About what?" Tanya Robin. Apabila matanya bertembung sekali lagi, dia terus memandang kertas di atas mejanya dan menyibukkan diri. Dia tidak suka dengan perasaan yang hadir apabila mata mereka bersatu.

"About worker." Jawabnya.

"I don't want a worker like you. You have bad attitude. I hope you already know that, mia bella." Katanya lalu dia tersenyum sinis melihat wajah gadis itu yang mula rimas dengan kehadirannya.

Robin mengetap giginya. Pen ditangan digenggam kuat sehingga boleh nampak pen itu terbongkok sedikit kalau perhatikan betul betul. Wajah Stuart kecil besar kecil besar aje pada pandangannya.

"Do you know why?" Robin diam.

"It is because you never look up people face when you talk to them." Robin menarik nafas sedalam-dalamnya, menahan api kemarahan yang tengah membara. This dude test my patience, girl!

"For example. Just now." Stuart melirikan matanya pada tangan gadis itu. Dia tahu gadis itu sedang marah. Dia cuma mahu memastikan. Memastikan apa Stuart?

" Just like you did to me." Tuturnya Setelah lama melepaskan aduan yang entah laku ke tidak kepada Robin. Robin mendongak memandang Stuart semula lalu matanya dikecilkan. Kalah lelaki ini kecil macam kura-kura kan bagus. Aku bungkus dia dalam beg sampah plastik lepastu humban dia dalam kasut yang lelaki itu banggakan.

Robin beristighfar perlahan. Sekali lagi, apabila matanya ternampak senyuman sinis lelaki itu, hatinya mula membara semula. Ada yang kene pijak nanti. Dia tak faham bahasa melayu kan. Tunggu. Kata Robin di dalam hati.

"Lagi buruk orang macam awak." Kata Robin pada Stuart yang terkebi-kebil memandangnya. Melihat reaksi itu, Robi tersenyum girang. Terasa diri dia telah memenangi sebuah rumah besar istana. Dia suka sangat!

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now