Bab 41 - Rent Boyfriend

6.7K 458 45
                                    

Bab 41

           ALISYA sejak dari tadi menjeling lelaki dihadapannya. Lelaki itu turut memandang tajam si kecil sambil makan makanan yang dipanaskan Puan Khadijah. Robin yang sedang selera makan itu dikerling sekilas lalu sambung fokus menghabiskan makanan. Setelah selesai makan, Benard mahu bangun untuk membasuh pinggannya namun Puan Khadijah menghalang.

"Beni, letak sahaja pinggan cawan atas meja. Biar umi basuhkan." Ujar Puan Khadijah sambil menutup tingkap tingkap di sudut dapur. Benard terus menggeleng sambil bangun dari tempat duduknya. Baru sahaja mahu membuka mulut, percakapannya disekat.

"Pak cik, basuh pinggan senang aje. Kalau tak pandai biar kita yang ajar. Pak cik nak?" Tersedak Robin yang sedang meneguk minuman air sirap itu. Dadanya ditepuk berkali-kali mencari udara yang terhalang di salur pernafasan. Puan Khadijah terus bergegas berdiri di sebelah Robin. Setelah lega, Robin meminum air masak pula.

Puan Khadijah meminta maaf kerana Alisya berkelakuan agak biadap dengannya namun Benard berkata tidak mengapa. Lelaki itu tidak kisah malah suka kerana ada kanak-kanak yang sudi bercakap atau bermain kasar dengannya. Tak adalah dia sunyi nanti.

"Terima kasih ajelah, Alisya." Nama Alisya ditekan sambil merenung wajah diva si kecil lalu tersenyum lebar. Benard terus bergerak ke singki untuk mencuci pinggan. Tidak sempat Puan Khadijah menghalang anak muda itu dari berurusan di dapur. Puan Khadijah mengucapkan terima kasih kepada Benard kerana bersusah payah mencuci pinggan.

Si ibu kembali menyambung kerjanya yang tergendala di dapur dengan mengemas pinggan dan cawan yang sudah bilas pagi tadi dan sudah kering di rak pinggan. Setelah Puan Khadijah dan Benard tidak memandang mereka, Robin perlahan-lahan kebawahkan badannya lalu condong ke kiri sedikit mendekati si kecil yang memakan gula-gula.

"Lisya, kenapa buat macam itu? Kesian abang tu tau. Awak berdua ada tak kena apa apa ke? Tak nak bagitahu kak long ke?" Robin cuba membuka rahsia sama si adik sambil sesekali sekala menjeling Puan Khadijah dan Benard agar tidak melihat atau mendengar perbualan mereka. Alisya memeluk tubuhnya.

"Tak ada apa apa. Kak Long salah tu sepatutnya pakcik bukan abang. Lisya cuma jadi detektif sekejap." Terang Alisya sambil melihat Benard yang sudah membasuh pinggan dan berpusing kembali ke meja makan. Kelam-kabut Robin menutup perbincangan mereka dengan menyambung makan semula.

Benard mengambil kembali tempatnya tadi lalu duduk dan meminum air milo yang dibuat Puan Khadijah. Serentak itu, Puan Khadijah kembali ke meja makan kerana sudah menyelesaikan urusan di medan perang dapurnya. Suasana menjadi agak sepi seketika.

"Umi tok su sakit apa?" Tanya Robin sambil makan. Daripada tadi dia menahan kaki kanannya daripada naik atas kerusi.

"Tok su sakit? Merepek apa along ni?" Terhenti Robin yang tengah makan lalu keningnya bertaut pelik. Wajah uminya dipandang.

"Umi ni dari telefon tadi umi cakap tok su tak sakit. Bila mesej along kelmarin cakap tok su sakit." Runsing kepalanya memikir hal ini.

"Tok su tak sakit pun." Terang Puan Khadijah.

"What!?" Bergema ruang meja makan di situ. Kepalanya dipicit perlahan lalu ditongkatkan sisi dahinya pada tapak tangan kirinya.

Peninglah.


          

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now