Bab 25 - Company

7.8K 569 13
                                    

Bab 25

            JAM yang berada di pergelangan tangan dilihat sekilas lalu dia memandang sekelilingnya pula. Masih ramai lagi yang sedang makan di restoran ini. Hatinya mula terasa sedikit gusar kerana sudah dua puluh minit terlalu berlalu namun bayangan dia masih tidak nampak lagi dihadapannya. Kata dia tunggu dua puluh minit tetapi masih tidak muncul.

Kaki yang memakai kasut tinggi itu tak habis-habis daripada tadi menghentak perlahan jubin lantai yang bercorak pink pastel. Telefon berada di atas meja, Robin banyak kali menghidupkan telefon pintarnya untuk melihat jikalau ada mesej atau panggilan masuk. Hampa, tiada apa yang tertera pada skrin telefon.

Robin tekad kalau lima minit lagi Stuart masih tidak muncul, dia mengambil keputusan untuk mencari lelaki itu. Kalau lelaki itu tak ada dalam bangunan ini, tinggalkan dia seorang diri. Sampai lubang cacing Robin tak akan maafkan lelaki itu sebab telah meninggalkannya tanpa berita.

Terhenti kaki kanan yang Robin ketuk jubin tadi. Robin menggeleng perlahan. "Dia tak akan buat macam tu dekat diri kau, Robin." Gadis itu bermonolog yang positif agar tidak cepat menggelabah. Tadi sudah berkali-kali menelefon Stuart tetapi tidak disambut seperti dibawa angin sahaja.

Dia mengeluh perlahan. Badan disandarkan malas pada kerusi lembut itu lalu kedua tangan dilipat dan dibawa ke dada. Kakinya juga disilangkan. Habis rosak mood dia pada malam ini. Perut sudahlah berbunyi walaupun dah makan jagung rebus tadi tetapi masih rasa lapar. Ingat cukup ke makan makanan kuantiti yang kecil bagi perut sebesar ikan paus.

Mata Robin tajam memandang semua pelanggan yang datang bersama pasangannya lalu makan bersama-sama dan dijeling pelayan lelaki yang agak kacak kerana daripada tadi melihat ke arahnya. Garfu daripada saiz kecil hingga besar itu, Robin pandang lalu dia mengambil garfu paling besar. Dia acu dekat pelayan mat salleh itu dengan mata kecil besar kecil besar aje.

Lintang-pukang pelayan lelaki itu kembali membuat kerjanya yang tergendala. Aksi itu membuatkan hati Robin terasa geli, dia tergelak perlahan dengan tangan kanannya menutup mulut. Dia hanya mahu bergurau sahaja. Tambahan pula lelaki itu seperti malu malu sahaja untuk senyum kepadanya. Comel.

Apabila reda ketawanya, terus mood yang monyok tadi datang kembali sebab memikirkan majikannya yang tinggalkan diri dia seorang disini. Pintu kelabu menuju ke sebuah bilik itu dipandang. Nampak macam kawasan dapur. Kelihatan beberapa chef keluar daripada pintu kelabu tersebut.

"Excuse me?" Suara seorang lelaki menyapanya bersama loghat Britishnya. Pekat. Robin menoleh ke kirinya. Pelayan lelaki tadi. Senyuman lebar dipamerkan. Robin duduk sedia.

"Yes?" Wajah pelayan itu dipandang. Makin kacak pula bila tengok dari dekat. Pelayan itu pula memberi senyuman menawan kepada Robin.

"Are you alone?" Robin menggeleng.

"No, I've come here with my boss." Terangguk-angguk pelayan itu. Terdetik hati Robin bersuara. Pelayan mat salleh ni, tak rasa nak marah ke berkawan dengan dirinya? Selalunya apabila dia jalan di kawasan sini, pasti akan ada yang memandang pelik ke arahnya. Dia pun tidak tahu. Atau sebab dia memakai tudung dan baju yang menutup aurat?

"Have a sit." Robin memberi kebenaran kepada pelayan mat salleh itu duduk di kerusi milik Stuart, bertentangan dengannya. Teragak-agak juga, pelayan itu mahu duduk. Akhirnya pelayan mat salleh kacak itu duduk juga. Boleh tahan tinggi dia ni, Robin bersuara di dalam hati. Duduk berdepan pun rasa macam dia budak kecil duduk atas kerusi khas.

"I haven't ask this yet. So, what's your name?" Robin memulakan temubual dengan ramah agar tidak terasa janggal kerana dia gugup pada waktu ini cuma tidaj tunjuk sahaja.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now