Bab 19 - Airplane

8.8K 605 38
                                    

Bab 19

                STUART memasuki ke dalam kapal terbang terlebih dahulu diikuti Benard dan Robin dibelakangnya. Apabila melihat sekeliling Stuart mendengus geram, teringat Robin telah menempah tiket untuk economy class. Bahagian kapal terbang yang tiada privacy sendiri. Stuart mahu menempah yang lain untuk first class tetapi Robin menghalang kerana akan adanya berlaku pembaziran. Dengan hati yang tidak rela dia hanya menerima economy class.

Nombor seat dicari apabila telah menjumpai tempat duduk yang ditempah, dia melabuhkan punggungnya disitu. Saat melihat Robin mahu duduk disebelah Stuart, Benard menahan.

"Kau duduk sebelah aku, biar aku yang duduk tengah." Robin hanya mengikut. Sebaik sahaja gadis itu mahu mengambil tempat duduk yang paling hujung, terasa lengannya ditahan. Dia memandang gerangan yang telah menghalangnya untuk duduk.

"Yes, Mr Kim?" Wajah lelaki itu dipandang dengan tanda tanya. Benard memandang lelaki italy itu kecil besar kecil besar aje.

"Sit beside me. We have some work to discuss about." Lelaki yang berdiri dibelakang Robin, Stuart merenung dingin. Tidak kalah juga Benard, dia membalas renungan itu.

Suasana menjadi hening buat sekali lagi.

"No." Benard membantah dengan menarik gadis itu ke bahagian tempat duduk paling hujung tetapi kali ini Robin pula tidak mahu bergerak. Wajah lelaki yang sudah menolongnya berkali-kali dipandang. Terpaksa mendongak sedikit untuk melihat wajah Benard.

"Tapi Beni saya perlu juga bincang pasal kerja lagipun saya naik kapal terbang ni memang alasan untuk bekerja. Jadi tak salahkan saya duduk sebelah Mr Kim, nak bincang pasal kerja?" Terdiam Benard di situ. Dia seakan-akan baru tersedar yang dia datang mengikuti gadis ini kerana untuk menjaganya bukannya untuk menghalang.

Benard tanpa suara megambil tempat duduk dibahagian hujung manakala Robin duduk di bahagian tengah diantara mereka. Benard kedepankan badannya sedikit lalu menoleh ke kanan, memandang Stuart. Stuart terasa dipandang, dia menoleh.

"Better watch your hands," pesan Benard dengan tegas. Badan disandarkan semula kepada kerusi, berasa sedikit tenang selepas memberi amaran. Bukannya boleh percaya lelaki acah sado tu. Sempat Benard mengutuk di dalam hati.

Robin yang duduk disebelah Stuart itu terasa hatinya berdebar-debar. Jari-jejarinya dicantumkan rapat sehingga kedua tapak tangan bersentuhan. Kakinya tidak boleh duduk diam, ada aja yang akan bergerak menandakan dirinya tidak selesa. Belum berlepas lagi tetapi hatinya rasa tak tenteram.

"Robin,"

"Y-yes?" Tergagap-gagap Robin menjawab panggilan Stuart. Wajah lelaki itu masih tidak dipandang kerana hatinya terasa mahu meletup.

"The thing that sit beside your left, really following us till to the end of this trip?" Robin tidak faham. Dengan keberanian yang masih tersisa, dia menoleh memandang lelaki itu.

"What thing, sir?" Robin menoleh sebelah kirinya. Rasanya dia tak ada bawa barang yang boleh bergerak ataupun haiwan. Dia menoleh ke arah Stuart semula.

"This thing." Stuart menunding ke arah yang dimaksudkan dengan mimik yang jijik. Robin menoleh ke arah yang ditunjuk.

"Beni?" Terasa seperti dirinya dipandang oleh mata yang banyak, Benard menoleh. Berkelip-kelip dia memandang dengan Stuart menunding ke arahnya, manakala Robin seperti menahan ketawa.

"What?" Dengan dungunya dia bertanya. Robin menggeleng sambil tersenyum suka. Robin menoleh ke kanan. "Yes, sir. The thing that you meant, he's following us till the end." Rasa berdebar tadi mula beransur pergi kerana dia tidak dimarahi Stuart kerana membawanya bersama mereka.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now