Bab 20 - London

9.2K 592 37
                                    

Bab 20

                     BEG ditarik dengan wajahnya jelas penuh teruja melihat sekelilingnya tanpa memikirkan dua lelaki dibelakangnya. Waktu di sini sudah pun malam. Setelah lima belas jam telah berlalu, akhirnya mereka bertiga sampai juga di tanah London ini. Badan mereka juga letih kerana tempat duduk di dalam kapal terbang tidak boleh turun sampai habis seperti katil untuk berehat.

Langkahnya dilajukan untuk keluar daripada kawasan lapangan terbang dan bangunan putih tersebut. Dia pusing ke belakang tatkala dirinya sudah berdiri di luar bangunan bersama senyuman lebar. Tidak sabar untuk mengambil gambar walaupun tujuan utamanya untuk berkerja

"Cepat! Cepat! Cepat!" jerit Robin sedikit kuat. Benard dan Stuart hanya menayang muka menyampah sambil berjalan bersebelahan menuju ke arah Robin.

"Bukannya ada benda seronok pun dekat sini." gumam Benard perlahan apabila dia berdiri di hadapan gadis yang teruja tu. Gadis itu nampak teruja tetapi Benard ni yang tak teruja. Tak teruja sebab ada orang lain ikut sekali. Stuart disebelahnya dipandang sekilas.

"Adalah..." Robin menjawab.

Dia terdengar apa yang Benard katakan tadi walaupun perlahan. Benard hanya mengiyakan sahaja. Penat untuk buka mulut. Sepanjang dalam kapal terbang tadi, dia terpaksa memerhati tingkah laku lelaki italy tu.

"Mr Kim, Saya telah book hotel di Mareto Hotel mengikut keselesaan Mr Kim. Selepas itu, Mr Kim akan berjumpa dengan Mr Philip pada pukul sepuluh pagi esok. Jadi malam ini, Mr Kim akan berehat sahaja sebab saya dah selesaikan apa yang Mr Kim suruh saya buat tadi." Mode Robin telah bertukar kepada mode berkerja kerana dia sedar, dia datang ke sini untuk bekerja.

Stuart mengangguk faham. Butang kemeja di pergelangan tangan dibuka lalu dilipat hingga ke bawah siku. Robin yang melihat itu terus memandang Benard. Terkelip-kelip matanya menatap wajah Benard. Tidak tahu kenapa dengan dirinya tiba-tiba sahaja rasa gemuruh.

"Then where's the cab?" Stuart melihat sekeliling, mencari teksi yang telah ditempah. Robin memusing ke hadapan, melihat jalan yang kosong itu.

"Dia kata akan sampai dalam beberapa minit sahaja lagi." Beritahu Robin. Jam ditangan dikerling sekilas. Dia perlu betulkan jam tangannya.

Benard dengan mata mengantuk melihat Robin dan Stuart yang sedang bercakap dihadapannya. Seriusnya. Kata Benard di dalam hati. Setelah beberapa minit berlalu, muncul sebuah kereta hitam yang mewah dihadapan mereka untuk dibawa ke hotel.










                PINTU yang berwarna biru itu ditolak perlahan selepas kad bilik hotelnya di scan di kawasan tombol pintu. Melopong mulutnya melihat dekorasi bilik hotel mewah tersebut. Warna cat biliknya pun nampak cantik sangat. Langkahnya diteruskan untuk meneroka segala yang ada di dalam bilik ini.

Saat matanya jatuh pada katil yang tersusun elok bantalnya dan bersaiz queen terus dia berlari anak dan menghempaskan badannya di atas tilam empuk itu. Robin memejamkan matanya sambil tersenyum kecil. Kedua tangan-tangannya digerakkan seperti di atas salji.

"Penatnya," keluhnya.

Robin berpusing memandang ke siling yang mempunyai chandelier yang kecil itu. Kalau Puan Khadijah dan Alisya dapat ikut mesti seronok, itu yang gadis itu pikirkan sebaik sahaja dia mendarat di negara asing ini.

Robin mengubah polisinya dengan duduk di atas katil sambil bersila. Tudung yang dipakai ditanggalkan lalu diletakkan elok-elok di meja lampu disebelahnya. Dia membuka ikatan pada rambutnya. Dilepaskan rambut yang panjang separas pinggang itu.

"Now kita kena mandi, solat, makan dan tidur." Dengan malas dia bangun lalu mendekati beg yang berada di lantai disebabkan dia campak tadi. Robin mengeluarkan barang mandi bersama tuala ungu yang lembut daripada beg besarnya.

MY IDEAL ITALIAN GUYKde žijí příběhy. Začni objevovat