Bab 12 - Offer

11.2K 732 18
                                    

Bab 12

AKU melangkah keluar daripada surau dengan kaki kiri sambil membaca doa keluar masjid. Rasa tenang sedikit. Aku tersenyum apabila mata tertangkap pada sebuah kereta berwarna hitam dipakirkan di pam angin. Alhamdulillah tak kena tinggal lagi.

Kakiku berjalan menuju ke arah kereta hitam tersebut. Orang yang lalu lalang aku melemparkan senyuman manis. Senyuman yang ikhlas mampu membuat hati seseorang berasa tenang.

Sampai sahaja dihadapan muncung kereta hitam bosku, aku memerhati mereka berdua dalam diam sehingga aku sampai ke pintu seat belakang. Kenapa mereka nampak tidak mesra? Hayalan aku aje kot.

Terus aku meloloskan diri ke dalam kereta.

"Terima kasih encik dan Cik Rose sebab tunggu saya. Mesti lamakan?" Aku rasa bersalah sebab aku tidak menepati masa, angkara tudung lah salah satu sebabnya kenapa keluar lambat. Kalau awning tudungnya tidak buat hal dah lama dah siap.

"You're two minutes late." Stuart menjeling aku sekilas. Aku tunduk memandang kaki. Memang salah aku. Jadi kalau dia nak marah dia berhak. Lagipun ni kan kereta dia. Aku mendongak semula memandang dia. Dia merenung aku seketika sebelum mengalihkan pandangannya ke hadapan.

Kenapa? Ada taik mata ke?

Laju aku meraba mukaku untuk menghilangkan kekotoran yang ada pada mata aku mungkin?

"Eh! Jangan risau. Kami berdua okey sahaja. Stuart dia memang macam itu. Yang tak salah pun dimarah. Lagipun hal kecil aje pun. Lambat dua minit. Takda hal dan jangan panggil saya cik Robin. Dengar macam saya tua sangat," bantah Rose bagi menyedapkan hati aku. Aku tergelak kecil mendengar celotehnya.

"Terima kasih, Rose." Aku belajar memanggilnya. Kadang- kadang susah sedikit nak biasakan diri untuk memanggil nama seseorang tanpa menggunakan cik, encik ataupun pangkat sebab mereka yang suruh jadi dia pun menurutkan sahaja.

"Benda kecil," Jawab Rose selamba.

"Hah you? You kenapa tak jalan lagi? Sibuk tilik anak dara orang ke?" Tegur Rose apabila melihat Stuart diam tak terkutik. Sengaja dia berkata begitu.
Nak kenakan 'boyfriend' sekali sakala tak salah kan.

Stuart memandang Rose sekilas sebelum bergerak keluar dari kawasan petronas tersebut. Dalam perjalanan pergi ke company Stuart, suasana di dalam kereta hanya sunyi sepi. Radio tidak dibuka. Aku mula berasa bosan. Boleh tak nak busybody sekejap?

"Rose, awak kacukan ke?" Aku menghilangkan suasana yang agak janggal dengan menanyakan soalan kepada Rose.

"How did you know?" Soalnya hairan.

"Your face tell everything," balasku. Mukanya seperti kacukan US dan sedikit dari negara lain.

"My mom American and my dad Italian." Terangnya.

"No wonder..." Gumam aku perlahan.

Aku yang perempuan ni pun terepegun dengan kecantikkan dia. Pandai dia jaga kulit tetapi itulah. Makeup.. Dia nampak cantik tanpa makeup sebab dia natural beauty. Sejujurnya aku sebagai perempuan, bahawasanya aku malas ber-make over. Tak pernah terlintas dalam kepala untuk mencalit muka dengan barang solekan.

"Robin. Awak guna makeup ke?" Soalan Rose mematikan lamunanku kembali ke dunia nyata.

"Tak. Saya tak reti guna." Jawabku. Jujur.

"Hmm... Muka awak nampak macam memakai makeup. Kulit putih awak nampak merah merah. Like you apply blusher pink on your cheeks. Awak cantik " pujinya.

MY IDEAL ITALIAN GUYOù les histoires vivent. Découvrez maintenant