Bab 5 - New Boss

13.2K 846 28
                                    

Bab 5

                  SEORANG gadis masuk ke dalam sebuah company dengan langkah lemah longlai. Hal tak tidur punya pasal sebab memikirkan cara macam mana nak lari dari kerja di tempat yang dia tak suka.

Benar.

Gadis itu ialah Neny Robin binti As'ad.
Semalam, sebaik sahaja dia sampai di rumah pada pukul sembilan malam tadi matanya terus tidak boleh tutup.

Jadi dia memegang jam loceng ditangan sebelum tidur semalam untuk menyekatkan jarum jam tidak berpusing kerana dia tidak mahu hari ini datang dengan cepat. Dia taknak masa berlalu dengan pantas tetapi hakikatnya masa berlalu dengan pantas.

Dia mengeluh perlahan, nak buat macam mana kalau dah wajib menjalankan kewajipannya. Sarapan pagi tadi pun dia amik secubit roti gardenia dan terus keluar untuk bekerja.

Mata Robin meliar tengok ke dalam syarikat tersebut boleh dikata setiap inci diperhatikan. Dia kagum dengan suasana di dalam syarikat tersebut kerana tak bising sangat. Dia juga kagum dengan design bangunan itu. Klasik concept.

Sedang ralik meneroka kecantikan dan keistimewaan syarikat tersebut, entah ke mana langkahnya mahu menuju. Jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan jalan tengok bangunan ini kerana syarikat ini sangat luas dan besar.

Ketika dia khusyuk memerhati, secara tiba-tiba datang seorang lelaki dengan lagaknya seperti ketua di syarikat besar ini ke arah Robin tanpa pengetahuannya.

"Miss?" Tegur lelaki tersebut.

Tersentak Robin dibuatnya. Pantas menoleh ke arah kanannya. Tatkala menyedari kedudukan mereka, secara automatik dia berundur ke belakang sedikit. Jarak dia dengan lelaki itu dekat hanya sehasta. Lelaki itu pun salah juga. Nak berhenti pun biarlah berjauhan sikit.

Nanti cop ada scandal baru tahu. Eh, nanti aku yang kena. Selepas berundur sikit kebelakang, dia menjeling lelaki itu secara diam. Menyampah!

"Welcome to my housework." Kata lelaki itu dengan riaksi wajah yang dingin dan tiada tanda-tanda untuk bermesra atau wajah ceria dipamerkan seolah olah bosan berjumpa dengannya. Kali ini lelaki itu tak mebuat jabat mesra atau berpelukan dengannya.

Nasib baik.

Tetapi yang dikhuatirkan sekarang. Kenapa lelaki itu yang kena sambut? Bukankah pekerja dia yang patut menyambutnya ataupun tak perlu jemput langsung kerana dia bukannya penting sangat pun, kan? Aih. Pening. Pening. Okay. Robin jangan fikir tentang ni lagi. Fokus.

"Thank you" Robin dengan yang tak ikhlas berkata begitu. Wajahnya diceriakan apabila pekerja yang lain menunduk hormat mesra ke arahnya.

"Follow me." Hanya dua perkataan. Robin patuh kerana terselit nada tegas disebalik perkataan tersebut. Jadi dia patuh agar dia tidak perlu dipecat ke apa ke. Ye lah dia nak banggakan Dato kerana Personal Assistantnya iaitu diri dia dapat membantu memajukan syarikat lain.

Stuart membawa dia menuju ke lif utama yang nampak cantik dan megah berserta corak molek berwarna emas. Stuart menekan butang anak panah naik dan aku hanya berdiri ditepinya sahaja. Tidak lama kemudian pintu lif terbuka luas.

Mereka berdua memandang ke dalam lif tersebut, agak sempit juga tapi masih muat untuk dua atau tiga orang berbadan kurus. Robin dan Stuart berpandangan seketika lalu memandang ke lif yang terbuka itu.

Mereka tiada pilihan selain menaiki lif tersebut. Orang di dalam lif kelihatan terkejut melihat majikannya sanggup berada di dalam lif yang agak sempit ni. Perkerja menunduk hormat. Tidak mahu memandang majikan mudanya yang tengah memandang kosong ke arah mereka.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now