Bab 13 - Kopi

10.7K 763 34
                                    

Bab 13

           KENAPA dia cakap macam tu. Tahu tak boleh meletup jantung ni.

"Robin, tadi awak kata nak singgah satu tempat. Awak nak singgah mana?" Stuart bertanya. Dia relax aje ke lepas dia kata benda tu?

"Ke-kedai berdekatan dengan rumah saya." tuturku sedikit gagap. Masih nervous. Aku hampir lupa bahawa aku akan singgah ke kedai. Ini semua pasal teringin nak makan aiskrim magnum. Entah duit yang berada di dalam purse cukup ke tidak. Minta-minta cukuplah. Dah lama tak makan ni.

"Rumah awak dekat mana?" Tanyanya lagi.

Kalau aku bagitahu habislah aku. Sebab nanti kalau ada apa apa masalah di syarikat, dia akan cari aku dulu. Kenapa aku rasa pelik dengan reason aku sendiri ya? Tetapi nak buat macam mana dia akan tahu juga kan? Tak akan dia nak hantar rumah orang lain pulak. Buatnya naya aku nanti. Aku mendongak memandang jalan raya.

"Damansara, Jalan jongang 23." Kelakar bukan nama jalan lorong rumah aku? Masa mula-mula dengar, aku gelak sebab tak percaya apabila emak aku bagitahu semasa pindah ke sini. Tetapi bila dah tengok signboard baru percaya. Aku rasa orang yang cipta jalan ni mesti jongang. Meninggalkan kenangan lah katakan.

Sengaja aku tak sebut nombor rumah aku.

"Awak tak main main kan?" Soalnya. Agaknya dia ingat aku main-main dengan kata kataku. Reaksinya juga sama seperti aku.

Aku mengangguk. Buat apa nak tipu. Bukannya dapat pahala. Dapat dosa adalah.

Selepas 20 minit berlalu,kini kami sudah tiba di kawasan rumah aku. Dia membelok kiri dengan memberi signal kekiri setelah melihat tiada kenderaan yang mahu berlalu di lorong kiri.

Kelihatan sebuah bangunan kedai berderet.

Stuart memperlahankan kereta, kaki yang berada di pedal minyak diundurkan sedikit. Gear kereta menunjukkan di nombor dua diturunkan kepada nombor satu.

"Nak singgah kedai mana?" Soalnya sedikit dingin? Kenapa tiba-tiba dia berubah ni? Namun aku tetap menjawab soalannya.

"7Eleven. Encik boleh berhentikan saya dekat situ aje." Jawabku sambil jari telunjuk menunjuk ke arah kedai yang terletak bersebelahan dengan kedai 7Eleven. Kedai 7E menjadi pilihan aku. Kerana kedai itu satu satunya yang menjual aiskrim magnum pelbagai perisa.

"Dan encik dah boleh balik." Kataku lagi. Dah dekat pun dengan rumah aku. Tak usah hantar sampai ke rumah aku. Buat habis minyak aje.

"No. I have to send you right in front of your house. No excuse. You're my responsibility." Tegas suaranya.

Aku mengeluh perlahan sebelum mendongak memandang bos aku yang sedang tajam memerhati ke suatu tempat. Aku melihat ke arah tempat yang dilihatnya.

Beberapa orang menunggang motor sedang lepak dihadapan kedai 7Eleven. Sejak bila mereka ada di situ? Aku mengira, kesemuanya ada 9 orang. Ramainya!Mesti mat rempit. Bohong kalau aku kata aku tak takut dengan diaorang tu. Zaman sekarang apa apa boleh terjadi dalam sekelip mata sahaja. Patutlah umi suruh balik awal. Ini kesnya.

Kalau lama lama macam ni, memang tak dapat beli aiskrimlah. Aku harus cepat. Beli cepat, balik pun cepat. Aku harus menayang muka selamba apabila melintasi mereka.

Kereta diberhentikan. Enjin kereta dimatikan .

"Saya turun sekejap. Nak beli aiskrim." Kata aku sambil membuka tali pinggang. Tangan mencapai sesuatu didalam handbag. Ha. Jumpa pun. Aku mengeluarkan purse berwarna merah jambu daripada beg tangan.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now