Epilog I - The Right Time

10.6K 556 48
                                    

Typo everywhere, correct me.

Epilog I - The Right Time

                  PEJAM celik pejam celik, sudah tiga bulan berlalu. Gadis itu tersenyum bahagia pabila teringatkan hubungan mereka semakin hari semakin baik. Nak nak lagi di dalam tempoh pertunangan ini, lelaki itu tak habis-habis bawanya jalan keluar untuk makan. Kemudian, ditapau lauk lain untuk dibawa balik beri kepada umi dan adiknya.

Namun senyuman semakin pudar sedikit tatkala mengingati bahawa lagi satu hari dia akan menjadi hak milik orang lain.

Dia nerbes!

Setiap malam dia buat solat istikharah untuk mendapatkan petunjuk dari Allah. Dia tidak mahu membuat keputusan yang salah maka dengan itu, dia sering sangat menyebut nama Stuart sampaikan umi turut terasa rimas dengannya. Boleh dikatakan setiap setengah jam dia sebut nama Stuart. Entah dia pun tak tahu kenapa.

What?

I like his name. Nama dia cantik kan untuk dipanggil selalu?

Kring!

Tersentak lamunannya. Laju tangan meraba-raba sekeliling tempat duduk sofa, mencari telefon di sisi kirinya. Setelah mencengkam apa yang dia mahu, lekas dia menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama panggilan yang tertera di skrin telefon.

Telefon dibawa ke telinga.

"Assalamualaikum..." Tersenyum malu tatkala dia mendengar suara garau itu memberi salam di hujung talian sana.

"Waalaikumussalam," Jawabnya perlahan.

Masing-masing diam.

"Buat apa tu?" Robin bertanya.

"Can I tell you this?"

Berkerut dahi Robin seraya melepaskan gelakan kecil.

"Tell me what?"

"I calculates the size area of my heart to fill your love and name in it," Ungkapnya jelas. Serius nadanya.

Merah padam wajah Robin. Tangannya spontan mengibas-ngibas muka tatkala pipinya terasa hangat. Beberapa kali dia mengambil nafas lalu dihembus perlahan, menenangkan hatinya terasa eksaited dan malu. Bibir tak lekang dengan senyuman suka.

Robin menahan dirinya daripada menjerit kuat.

"Kenapa nak kira? Nak letak nama orang lain dalam tu ke? Beside, is that possible to calculate?"

Terdengar orang sebelah sana tergelak macho.

"Why? Jealous much?"

Robin mencebik.

"What if I say yes?"

"Then I'll be the happiest man on earth," Ujarnya selamba.

"I thought if I calculated it, it should be permanent. It won't change." Kedengaran seperti satu janji ditelinganya.

"You sure?"

"InsyaAllah..."

Robin tersenyum lebar.

Yang ini dia suka ni!

"Lusa... Awak akan jadi milik saya kan?" Setelah beberapa saat berlalu, Robin menepuk dahinya. Kembali merah mukanya yang tadi sudah normal.

It's sounds so wrong!

Jadi milik saya? Seriously Robin? Kau yang kata ke? Tidak sanggup dia nak hadap Stuart lepas ini. Malu.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now