Bab 22 - Beautiful

8.6K 605 18
                                    

Bab 22

MEREKA duduk berehat di bangku panjang yang disediakan di kawasan taman yang kecil tetapi cantik dan indah sambil memakan jagung rebus yang dijual di kedai -kedai di tepi jalan. Robin memakan jagung rebus dan sekali sakala mengintai wajah Stuart yang masih murung itu.

Stuart berdiam diri kaku di bangku di situ. Tidak mahu memandang gadis disebelahnya kerana salah satu kekurangan dirinya telah didedahkan secara tidak sengaja di hadapan gadis itu. Robin menarik nafas sekali lalu dihembus perlahan, mangkuk jagung rebus di letakkan ke tepi. Badan dipusing sedikit menghadap lelaki itu.

"Mr K-. Stuart, saya tak pandang rendah pun terhadap awak. Jangan risau, rahsia kecil ini saya simpan dan tiada siapa tahu. Hanya kita berdua sahaja yang tahu." Terdiam Robin seketika. Hanya kita berdua sahaja yang tahu? Clichenya ayat.

Stuart masih diam, tidak mahu membuka mulut. Robin mengeluh kecil. "Lagipun saya pun ada kekurangan. Setiap manusia mesti ada kekurangan. Yang kekurangan awak ada tu jangan sesekali sedih dan takut untuk ditunjuk kerana ada banyak lagi manusia di luar sana mempunyai kekurangan yang lebih dahsyat." Terang Robin dengan tulus.

Semata-mata untuk meredakan kerisauan lelaki itu, Robin sanggup menerangkan setiap butir cara agar dapat menenangkan hati seseorang. Robin tersenyum memandang wajah sisi Stuart.

"Tambahan pula, kekurangan itu akan menjadi kelengkapan kesempurnaan diri kita apabila hadirnya seseorang yang ditakdirkan untuk menjaga kita. Jadi nanti ada seseorang hadir dalam hidup awak dan melengkapi diri awak yang mempunyai kekurangan. Awak akan berasa sedikit lega kerana awak mempunyai seseorang yang sentiasa sokong awak." Serentak itu, Stuart menoleh ke arahnya. Raut wajah tampan itu nampak tenang. Dingin.

"Then, will you be my imperfect's perfection?" Soalan mengejut itu, membuatkan hati seorang wanita berdegup laju tanpa arah tuju. Wajahnya terasa panas, merah mukanya menahan malu. Robin terus menukar posisinya menghadap ke hadapan.

"P-pandai Mr Kim gurau." Robin gelak. Jelas sekali gelak yang dibuat dan dipanggil Stuart dengan Mr Kim kerana tidak mahu melebihi garisan di antara dua dunia yang berbeza. Kedua-dua tangannya tidak berhenti bergerak kecil kerana terlalu gugup.

"I'll waiting an answer from you." Dengan itu, Stuart terus berdiri lalu berjalan perlahan meninggalkan Robin yang kelam kabut mengambil apa yang patut dan mengikuti jejak langkah dia. Melihat Stuart mendekati tong sampah bersama mangkuk jagung rebus yang tidak terusik itu, laju Robin berdiri di hadapan Stuart, mematikan perbuatan lelaki itu.

"Awak nak buat ni?" Soal Robin mendongak melibat wajah si dia, walaupun dia sudah tahu jawapannya. Dia cuma mahu memastikan sama ada niat lelaki itu betul atau tidak dengan andaiannya.

"Throwing this?" Mangkuk jagung rebus itu diangkat sedikit tinggi ke, paras muka Robin. Serta merta wajah Robin montok.

"Bagi saya. Bagi saya habiskan. Saya tak nak membazirkan makanan yang ada." Dengar macam gila bukan? Gadis itu cuma tidak suka melihat makanan yang tidak terusik dan tidak di makan tetapi mahu dibuang ke dalam tong sampah. Tak ke syaitan bersuka ria di situ? Pembaziran.

Teragak-agak Stuart menghulur mangkuk jagung rebus itu kepada Robin. Maka, mangkuk rebus itu bertukar tangan. Setelah itu, dia terus pusing ke belakang dan berlari anak mendekati lorong besar yang mempunyai gerai-gerai makanan dijual dan mencari sesuatu. Stuart terpinga-pinga melihat gadis itu menghilang dari pandangannya.

Stuart dengan pantas menjejaki langkah Robin, risau akan keselamatan gadis itu pada waktu malam walaupun mempunyai ramai orang yang sedang bersiar melihat pemandangan.

Robin berjalan laju tanpa menghiraukan pandangan pelik manusia yang berada sekelilingnya. Mangkuk jagung itu dipegang kemas agar tidak tertumpah. Robin berhenti sekejap, mengingati tempat yang dicari.

Langkah disambung semula selepas mengingati selok belok tempat yang mahu dituju. Semakin dekat tempat yang dituju, semakin laju langkahnya bersama senyuman manis. Gembira tatkala dirinya telah sampai di tempat yang dituju. Namun sekelip mata, wajahnya menjadi muram dan sedih.

Dari jauh, Robin dapat melihat seorang makcik tua yang sudah beruban memakai baju lusuh duduk di tepi bangunan meminta sedekah bersama barangan yang dibawa. Sekeping hati si gadis terasa hiba. Banyak cabaran yang dihadapi oleh makcik itu. Robin tersenyum payau lalu mendekati makcik tua itu.

"Miss?" Nenek itu menegur Robin sebaik sahaja melihat gadis muda yang bertudung dikepala mendekati dirinya bersama senyuman kecil. Robin diam dan hanya memerhati wajah si makcik. Terasa panas tubir matanya. Cepat-cepat dicelik matanya. Dia memandang mak cik tua itu bersama senyuman.

Mangkuk jagung rebus yang suam itu diberi kepada makcik tua itu. Makcik tua itu menyambut dengan gembira. Dia memandang Robin dengan pandangan terharu. "You can eat it. Someone bought it for you." Kata Robin dengan ceria. Nenek itu mengangguk.

"May I know who?" Tanya nenek itu lalu memakan jagung rebus yang diberi.

"Robin." Suara garau Stuart memanggil Robin yang duduk mencangkung dihadapan mak cik tua itu, risau akan keselamatan gadis itu di waktu begini. Robin menoleh, memandang wajah Stuart bersama senyuman.

"Boleh duduk cangkung di sebelah saya?" Tanya Robin lalu berganjak sedikit ketepi dengan gaya anak ititk berjalan. Stuart dipamit kesebelahnya. Stuart yang niat untuk memberi nasihat kepada Robin agar tidak meninggalkannya secara mengejut itu, terbantut. Dengan pasrah Stuart bercangkung disebelah Robin.

Robin menjarakkan sedikit ruang di antara mereka berdua agar tidak bersentuhan walaupun berlapik degan kain. Makcik itu agak terpinga-pinga sebentar kerana tidak faham percakapan yang baru sahaja ditutur Robin.

"This man is the one bought you this sweetcorn." Kata Robin. Dikerling sekilas wajah Stuart lalu menatap semula wajah makcik tua itu. Mata makcik itu beralih pada wajah Stuart. Diucapkan terima kasih tanpa henti. Stuart hanya mengangguk kecil.

"Young lady, just call me Mapima." Puan Mapi atau dipanggil Mapima itu memberi senyuman manis terhadap anak muda dihadapannya. Nama Mapima digabungkan Mapi dan grandma kerana faktor penuaan dirinya.

Puan Mapi merenung wajah Robin lama. "Young lady, I just realized you got beautiful pair of blue eyes just like the man beside you." British accent terselit di setiap perkataan yang disebut Puan Mapi.

Tersipu-sipu Robin apabila matanya dipuji. Terasa segan kerana dirinya turut direnung oleh Stuart serta Puan Mapi. Angin yang dingin bertiupan ke arah mereka membuatkan wangian lelaki itu masuk ke dalam rongga hidung pernafasannya. Wajah Stuart yang memandangnya itu, dipandang Robin.

Wajah Robin menjadi merah. Mata lelaki itu sangat cantik malah boleh dikatakan lebih cantik darinya. Terasa mereka bertentang mata agak lama, pantas dia memandang semula ke arah Puan Mapi.

"It's true, you got beautiful eyes, young lady." Bisik Stuart kepada Robin. Dan hanya antara mereka dua sahaja yang dengar. Robin menunduk, memandang jalan.

Cik jantung jangan keluar!

Bersambung.

26 JANUARI 2020

And i don't know when will I update but I'll try okay?

Thanks for read, vote and comment. Hope enjoy cause I feeling insecured because of my own story.

Bye dan Assalamualaikum.

Bye dan Assalamualaikum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now