Bab 50 - Cold Shoulder

9.4K 537 47
                                    

I'm sorry, I can't really write sad parts for romance but hope you understand what she feel. I don't know sad romances that much. Later, I'll learn about sad romance okay? Mind to play the piano song up there?

Bab 50 - Cold Shoulder

KEPALANYA dihentakkan beberapa kali pada meja kerjanya yang bersepah dengan fail-fail dan kertas-kertas yang lain. Serabut kepalanya! Tudung bawal nylon berwarna emas itu sudah pun renyuk. Mana tak renyuk kalau tak sampai seminit kepala garu. Bukan sebab kutu tapi sebab stres! Stres dia tak boleh bawa bincang.

"Robin..." Tatkala namanya diseru, pantas dia bangun dan berdiri tegak. Tudung dibetulkan ala-ala kadar sahaja.

"Ya, encik?"

Robin memandang Stuart yang segak memakai sut mendekati mejanya sambil menatap tekun pada skrin tabletnya.

"Hand the blueprint to me," Arahnya. Dingin.

Wajah Robin tidak dipandang langsung. Robin melepaskan keluhan kecil.

Tipu kalau dia kata dia rasa tak sunyi kalau Stuart tak ada bersama dengannya. Tipulah kalau dia kata dia tidak terasa hati dengan tindakan acuh tak acuh yang Stuart beri padanya. Namun Robin tahu, semuanya berpunca daripadanya juga. Insiden yang berlaku pada tiga minggu lepas dimana dia menolak lamaran Stuart.

Sejak dari situ, Stuart sudah tidak berbual dengannya apatah lagi melihat wajahnya seperti selalu. Yang paling buat dia rasa sakit hati dan pilu apabila keesokan hari selepas lamaran lelaki itu ditolak, Stuart terus pulang ke rumahnya dan menyambung kerja di pejabat tanpa memberitahunya.

Ulang sekali lagi, tanpa beritahunya.

Tanpa!

Setelah cuti Robin tamat, dia terus pulang ke rumah bersama keluarganya dan sambung kerja seperti biasa namun tiada lagi gurau senda.

Tiada lagi gelak ketawa.

Tiada lagi Stuart yang peramah.

Dan...

Tiada lagi Stuart yang dia rindui.

Mengapa Stuart pergi meninggalkannya tanpa mendengar penjelasannya?

"Robin?" Tersentak lamunannya.

"Ya, encik. Saya akan bawa pelan itu pada encik sebentar lagi." Senyuman manis dihadiahkan.

Hatinya terasa tatkala Stuart hanya berjalan pergi memasuki pejabatnya, meninggalkan Robin yang sedang berusaha mencuri perhatian lelaki itu. Lelaki itu seakan tidak mahu mempunyai apa- apa interaksi antara mereka.

Robin mencebik kesedihan.

"At least pandanglah muka aku ni," Monolognya. Robin menarik nafas perlahan lalu hembus.


Senyuman cuba diukir dibibirnya agar tidak kelihatan lemah. Dia perlu kuat untuk meraih semula perhatian Stuart yang serba serbi mahal. Dia perlu terangkan mengapa dia menolak lamaran Stuart. Dia cuba jelaskan pada Stuart tapi lelaki itu hanya meninggalkan dirinya sendirian.

"That's okay, Robin. Kau ada banyak masa untuk jalankan misi memperbaiki semula hubungan entah kenapa boleh regang," Nasihatnya pada dirinya sendiri. Menyuntik sedikit semangat agar tidak mudah putus asa.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now