Bab 7 - Jealousy

13.4K 776 44
                                    

Bab 7

                   JARI JEMARINYA menggenggam erat antara satu sama lain, Kedua-dua hujung ibu jarinya bercantum beberapa kali menunjukkan betapa gugup dan risaunya dia waktu itu. Kedudukan tudung dibahagiannya kirinya yang tidak betul itu, dibetulkan secara pantas.

Robin hanya menunduk memandang lantai yang lebih menarik daripada wajah kacak majikannya. Tiada siapa yang mahu melihat wajah ketat Stuart daripada tadi dan tambahan pula merenung dirinya seperti mahu membunuhnya hidup-hidup.

Sekarang ini Robin berada di dalam bilik pejabat Stuart, majikannya. Sebaik sahaja Eiyad pulang terus Stuart menyuruh Robin masuk ke dalam pejabatnya. Dia yakin dia tidak buat kesalahan apa pun harini melainkan membawang pasal dia. Itu tak termasuk sebab dia tak tahu.

Selain daripada membawang dia cuma ketawa sahaja. Ketawa menyampuk semasa Stuart dan Eiyad sedang berbual.

Itu pun nak marah.

"Kenapa awak buat macam tu?" Soalnya mendatar. Mukanya tak usah dikata, bengis semacam.

"Saya tak sengaja," Jawab Robin. Jujur.

Memang dia tak sengaja. Mulutnya tidak boleh dikawal ketawa tadi kerana sudah sampai tahap maksimum menahan ketawa tapi niat lain tu adalah, curi-curi dengar.

"Tak sengaja atau sengaja?" Sindirnya. Robin mendongak memandang Stuart yang sedang tersenyum sinis. Dia benci riaksi wajah yang satu itu.

Dah orang kata tak sengaja tu. Tak sengaja lah! Tak akan sengaja pulak kan. Dah ketawa kalau memang dah tak boleh tahan memang terlepaslah ketawa tu. Ter eh. Ter! Tak akan nak simpan, nanti terkucil siapa nak cuci?

"Tak akan sengaja pula, encik. Orang dah kata kan tak sengaja gelak," Rungutnya tidak puas hati, ayat yang terakhir ditekankan agar Stuart memahami apa yang cuba disampaikan.

Hatinya perbanyakkan beristighfar agar dia menjadi orang penyabar. Dia tuduh kita, kita boleh diam tetapi kalau lebih batas maka ucapkanlah selamat tinggal kepada gigi anda. Robin memberanikan diri cuba melawan mata biru cair yang menawan milik Stuart itu.


"Gelak?" Seketika wajahnya buat mimik hairan. Hilang sedikit muka ketatnya.

"Saya tak cakap pun pasal gelak." Sambungnya lagi. Mata Robin dah terkebil-kebil dekat situ.

Eh?

Kalau bukan gelak habis tu apa yang dimarahkan? Habis yang suruh masuk bilik bagai ni nak buat apa? Bukan ke nak marah? Kepalanya yang tak gatal dibaluti tudung itu digaru.

"Kalau macam tu? Encik cakap pasal apa?" Tanya Robin pelik. Hairan.

"Menggatal." Stuart kembali menatapnya tajam. Meremang bulu romanya. Namun dia tidak dalat tangkap yang Stuart cuba sampaikan.

"Me? When? With who?" Naik berang dia macam ni kerana sudah dua kali ataupun lebih satu kali yang berbanyak kali dituduh melulu-lulu tanpa bukti yang kukuh. Cuba terangkan bagi jelas agar tidak timbul buruk sangka.

"Answer on you." Lagi tambah berang dia. Kecil besar kecil besar aje dia tengok Stuart ni.

"Encik cakap aje lah siapa orangnya. Tak baik menuduh. Berdosa. Even though you don't know what sin truly mean." Robin memejam mata seketika sebelum dibuka semula.

MY IDEAL ITALIAN GUYDonde viven las historias. Descúbrelo ahora