Bab 2 - Benard

15K 922 35
                                    

Bab 2

               SELEPAS habis waktu kerja, tepat pada pukul lapan malam. Robin terus bergegas keluar mencari surau untuk menunaikan solat maghrib yang masih tidak ditunaikan lagi. Dalam hatinya, dia tidak berhenti beristighfar banyak- banyak kerana solat maghrib di akhir akhir waktunya. Ini sebab kerjanya yang berlambak itu.

Langkahnya dilajukan sebaik sahaja jumpa pintu bilik surau bahagian perempuan, terus dia memulas tombol pintu surau kecil tersebut. Dia memberi salam. Adab di dalam surau mestilah patuhi. Kasut ditanggalkan lalu dia masuk ke dalam surau dengan langkah kaki kanan dan meletakkan kasut di tempat yang disediakan.

Dia melihat beberapa orang sedang menunaikan solat. Beg tangan diletakkan ditepi dinding. Tudung bawal yang dipakai, ditanggalkan kerongsang lalu disangkutkan elok elok menggunakan hanger. Robin pantas mengambil wudhuk takut tidak sempat nak tunaikan solat maghrib pada masa yang ditetapkan.








ROBIN memberi salam selepas membaca tahiyat akhir.

"Assalamualaikumwarahmatullah." Mukanya berpaling ke bahu kanan lalu menghadap semula ke arah kiblat sekejap.

"Assalamualaikumwarahmatullah." Mukanya berpaling ke bahu kiri. Robin mengusap mukanya dengan tangan kanan. Dia membaca Al-Fatihah. Seterusnya melengkapkan doanya dan kesejahteraan keluarganya.

"Aaminn..." Robin mengaminkan doanya agar dimakbul Allah.

Sementara menunggu waktu solat isyak. Robin berzikir dan bertasbih banyak-banyak. Tidak lupa juga berselawat sebanyak yang boleh agar mendapat syafaat Rasulullah di padang mahsyar nanti. Berselawat ke atas Nabi Muhammad perlu dilakukan setiap hari dan setiap saat agar disyurga nanti kita berada dekat dengan Rasulullah. Selain daripada itu, Robin juga membaca Al-Quran.

Sedang berzikir, telinganya menangkap laungan azan solat isyak, dia berhenti sekejap dan menjawab panggilan azan. Sudah habis azan dilaungkan, Robin bangun pergi ke tempat wuduk untuk mengambil wuduk semula bagi menerangkan nur dimukanya.

Selesai sahaja mengambil wudhuk, doa selepas mengambil wuduk dibaca perlahan sambil berjalan ke ruang solat. Robin menyarung telekung di badannya. Robin berdiri di saf depan untuk menambahkan pahalanya lagi. Kejarlah pahala selagi boleh, sebelum tidak sempat untuk mengerjakannya.
Minda dikosongkan.

Dua puluh minit terlalu, Robin mengemas apa yang patut dan menggantungkan semula telekung yang dipinjamkan tadi. Tudung dipakai semula lalu memakai kasutnya.

Robin berjalan keluar dari surau untuk pulang ke rumah dengan senang hati kerana telah mengejarkan kerja akhiratnya tadi.

Robin menunggu teksi di perhentian bas sambil bermain dengan telefonnya. Pemandangannya menjadi silau apabila cahaya memancar dari sebuah kenderaan menyebabkan Robin menutup mata menggunakan tangan kanannya.

"Hey..." Robin menurunkan tangannya perlahan untuk melihat gerangan yang memanggilnya.

Terbeliak mata Robin.

Beni?

Kenapa dia tak balik lagi?

"Ya?" Sahutnya.

"Jomlah naik aku... Aku hantar kau balik," Tawar Beni.

"Eh. Takpelah. Saya naik bas aje."

Nak naik kereta lelaki dengan dia? Orang yang tak berapa kenal, memang taklah. Tak pasal pasal dia ada pasang niat lain nanti.

"Kau jangan risau... Aku bukan macam lelaki lain." Sebaik melihat reaksi Robin yang ragu ragu itu Beni terus berkata begitu.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now