Bab 6 - His Friend

12.6K 807 18
                                    

Bab 6

                ROBIN memandang sekeliling mejanya apa yang dia nampak fail, fail, fail dan fa- coklat. Pantas sahaja mangkuk coklat dicapai lalu dia melabuhkan punggung di kerusi kulit yang mahal itu dan mula memakan satu persatu coklat di dalam mangkuk. Badannya tersandar sendiri pada kerusi sambil menikmati kemanisan coklat tersebut.

Hanya memakan separuh coklat di dalam mangkuk itu telah memakan masa tiga puluh minit namun dia masih tidak memulakan apa apa kerja lagi. Tangannya diletakkan pada pemegang sisi kerusi lalu matanya melilau memandang laluan koridor yang kosong itu.

Matanya tenung pasu yang berada dihujung koridor seperti boleh menembusi pasu itu. Kotak memorinya mula mengulang tayang semula kejadian di dalam lif tadi. Memang susah untuk dilupakan. Tambahan lagi jarak mereka yang terlalu dekat itu.

Dia menerkup pipinya takut muka bertukar tona warna merah darah lalu berpusing seratus lapan puluh darjah di atas kerusi yang boleh membuat satu pusingan. Pipinya kadang kadang boleh mendatangkan masalah kerana memalukan tuan sendiri.

Walaubagaimanapun, kenapa Stuart masih boleh kekal dengan wajahnya yang dingin itu? Sedangkan jantung dia punyalah bagai nak tercabut dengan kejadian malu itu. Jika difikirkan semula kalau dia mahu mengelak jumpa wajah majikannya sekalipun tetap dia akan jumpa kerana dia sekarang menjadi Personal Assistant kepada Stuart.

Jadi sejauh mana dia lari sekalipun tetap akan jumpa kerana dia sudah terikat menjadi pekerja bawahannya selama empat bulan dan dia bebas. Dia memejam mata semula.

Hatinya mula terdetik dengan pelbagai benda, contohnya kalau muka Stuart asyik ketat memang lari semua perempuan, lainlah kalau kunyit. Kunyit kebanyakannya semuanya kacak dan bergaya malangnya kunyit seperti kaum zaman Nabi Lut. Mereka tiada cita rasa pada perempuan ke?

Robin tertanya-tanya kenapa lelaki kunyit tidak memilih perempuan sedangkan perempuan yang mereka idamkan banyak di luar sana, senang cerita tak usah dicari kerana setiap manusia jodoh masing-masing telah diaturkan oleh-Nya, dah tertulis dah pun. Mungkin boleh dicari tapi susah sedikit sebab jodoh diaturkan oleh Allah.

Mahupun lelaki itu bersama dengan lelaki sekalipun, diaorang tetap kena tegah sebab kunyit dilarang disisi Allah. Allah benci mereka yang suka sejenis kaum melainkan mereka bertaubat kembali semula ke jalan yang benar dan terus beristiqomah.

Kepala gadis itu menggeleng perlahan, dia perlu membuat kerja bukan mengelamun. Dia menarik kerusi merapati meja lalu dia mengambil fail yang paling atas sekali dihujung kanan meja. Ada beberapa buah fail yang tersusun di tepi meja.

Tangan Robin mula menyibuk membuat kerja dengan membuka fail dan melihat, memerhati, menganalisis dan mengendalikan data yang ada supaya dia faham dan tidak membuat kesilapan. Tekun dirinya membuat kerja sehingga tidak perasan derapan kasut yang mendekatinya lalu menegurnya.

"Assalamualaikum dan Hi. Are you new Personal Assistant?" Robin mendongak melihat gerangan yang tegurnya lalu menjawab salam dengan perlahan cukup hanya tahu dia sudah menjawab salam.

Robin mengangguk dan keningnya dijungkitkan. Wajah kacak ini tidak pernah dia nampak tapi nampak pernah jumpa tetapi tidak tahu dekat mana. Dia memusingkan pen ditangan tiga ratus lapan puluh darjah dan bersandar pada kerusi.

"I'm sorry but you are?" Tanya Robin.

"Auch!" Lelaki itu memegang dadanya seakan sakit dengan pertanyaan dia. Robin menjuling mata ke atas. Drama King 2.0?

"You don't know me?" Robin pantas menggeleng bersama muka polosnya. Sekali lagi lelaki itu memegang kuat pada dadanya. Ya Allah! Kuat betul lelaki ni berdrama!

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now