Epilog II - Hide And Seek

14.3K 600 76
                                    

This some thing that I,
Usually don't do,
But for you I kinda,
Kinda want to,
Cause you're down for me,
And I'm down too.

Epilog II - Hide And Seek


BADANNYA yang kecil itu dikecilkan lagi di dalam almari. Tangannya menekup mulut agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Berpeluh badannya kerana sudah lama dia duduk terperuk di dalam almari itu. Lebih kurang dua jam. Basah juga belakang bajunya. Gerangan itu bersyukur kerana ada juga udara masuk dari celahan pintu.

Habis sahaja segala majlis akad nikah dan kenduri kahwin, Robin terus berlari naik biliknya apabila semua keluarganya termasuk Stuart masih berborak antara satu sama lain di ruang tamu. Selepas itu, dia ambil beg besar lalu dia capai bajunya dan masukkan ke dalam beg tersebut.

Hampir kosong bahagian yang laci kedua dan disitulah dia sorok. Nasib baik muat.

Sebaik sahaja dia kemas baju-baju, dia sorok bagasi besar itu di dalam bilik stor supaya orang syak yang dia dah lari rumah. Nampak tak betapa geliganya otak dia di situ.

Setelah selesai sorokkan beg, dia terus mandi sepantas kilat dan tukar baju. Kemudian dia masuk dalam laci tersebut. Ada banyak sebab kenapa dia buat begitu.

Pertama, dia tak nak tidur sebilik dengan Stuart.

Kedua, dia takut tidur sebilik dengan Stuart memandangkan mereka sudah halal.

Ketiga, dia tidak biasa dengan lelaki berada di dalam biliknya.

Keempat, dia takut berdua-duaan dengan Stuart.

Kelima, dia malu.

Keenam, dia masih malu.

Ketujuh, dia sentiasa malu.

Dan alasan seterusnya akan bersambung sehingga nombor sepatutnya.

Ya, seluruh keluarga Robin dan Stuart cemas saat tidak nampak kelibat Robin setelah satu jam. Mereka kecoh cari dia di setiap pelosok rumah tatkala melihat bagasinya tiada malah bajunya juga tiada.

Memang rasa serba salah. Tapi dia rasa entahlah. Dia takut?

"Dove sei tesoro?"

Mata Robin membesar sedikit tatkala dia dengar suara Stuart seakan dekat dengan kawasan persembunyiannya. Tidak menduga jarak mereka sedekat itu. Terbit rasa kesian apabila mendengar keluhan berat lelaki itu. Dengar seperti serabut pun ada.

Robin memerhati dari celahan almari, mahu tercabut jantungnya melihat Stuart sedang duduk di pinggir katil menghadap almari yang dia sorok atau lebih tepat menghadapnya. Wajah suaminya kelihatan sangat tertekan, risau dan cemas. Sinaran matanya jelas terpancar perasaan takut.

Robin mahu meraung melihat keadaan si suami.

Tiba tiba,

Kruk...

Terbuntang matanya apabila perutnya membuat bunyi yang sangat kuat. Bertambah kuat apabila bilik itu sangat sunyi. Robin memejamkan matanya sambil memarahi dirinya. Kenapalah baru sekarang perutnya mahu buat konsert. Tadi tak nak berdentam dentum pulak.

Mulut dan hidungnya ditekup agar tidak keluar sebarang deruan nafas. Robin membuka matanya lalu dia mengintai celahan laci tersebut.

Stuart seakan peka dengan persekitarannya. Si suami memerhati sekelilingnya bersama kerutan di dahi. Kemudian, lelaki itu memegang perutnya sendiri dengan muka bingung.

Robin sedaya upaya menahan gelak di dalam laci besar itu.

"How cute..." Robin pantas menekup mulutnya.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now