Bab 18 - Airport

9.2K 636 13
                                    

Bab 18

                "DAH lambat. Dah lambat. Habislah aku. " Gadis itu memarahi dirinya sendiri kerana membuat kesilapan kecil iaitu tidak mengingati untuk mengunci jam sebelum tidur semalam. Kehulur-kehilir kakinya berjalan ke seluruh permukaan jubin di dalam biliknya, mencari barang keperluan.

Sebaik sahaja sudah siap berpakaian dengan kemas, dia menarik beg rodanya dengan laju menuju ke ruang tamu.

"Umi, umi, umi..." Dia memanggil nama uminya yang sudah bersedia menunggunya di pintu rumah dengan gelisah.

"Ya, Along. Umi dekat sini aje. Tak pergi mana-mana pun." Puan Khadijah menggeleng melihat anak perempuan sulongnya gelabah semacam. Alisya turut berada di sisi uminya kerana dia mahu melihat kakaknya pergi jauh ke luar negara.

Sekarang sudah pukul sembilan tiga puluh pagi. Kapal terbang yang dinaiki Robin akan berlepas pada pukul sepuluh sepuluh pagi. Walaupun masih mempunyai masa yang banyak tetapi tidak bagi Robin kerana kawasan Airport dengan rumahnya agak jauh. Boleh mengambil masa setengah jam kalau tiada kesesakan lalu lintas.

"Umi along pergi dulu. Jaga rumah dan jaga keselamatan diri sendiri tau, umi." Kata Robin sambil mencium tangan, pipi dan dahi uminya dengan laju. Kini giliran Alisya pula. Dia berlutut di hadapan Alisya, menyamakan tinggi mereka. "Jaga umi dan jaga diri tau." Alisya mengangguk bersama air matanya mula bergenang.

"Don't cry." Robin tersenyum kecil. Dia melabuhkan ciuman di dahi dan pipi si adik lalu mengesat air mata adiknya yang sudah mengalir di pipi. Alisya menyelam tangan Robin dan membuat perkara yang sama seperti Robin lakukan tadi.

"Love hug?" Tanya Robin bersama senyuman manis. Terus sahaja mereka membuat pelukan di hadapan pintu utama.

"Pergi Along, nanti lambat terlepas flight." Puan Khadijah meleraikan pelukan mereka bertiga dan menepuk perlahan belakang si anak. Robin mengangguk.

Sandal dipakai lalu ditarik begnya keluar dari pintu utama dan menuju ke luar pagar. Seketika dia terhenti di hadapan luar pagar dan memusing kebelakang, tangan melambai keluarganya bersama senyuman riang.

"Bye Umi! Bye Lisya!" Dengan itu sebaik sahaja dia memusing kebelakang, terus dia menjerit terkejut dan mengundur ke belakang.

"Beni?!" Dia memandang pelik ke arah Benard yang sudah berdiri tegak seperti menunggu kehadiran dirinya bersama kereta mewahnya.

"Let's go!" Robin mendekati Benard dengan tanda tanya.

"Where?"

"London!"

"What are yo-" Sebelum Robin meneruskan ayatnya, Benard terus membuat isyarat diam dengan meletakkan jari telunjuk ke bibir. Memahami dengan apa yang lelaki itu cuba sampaikan, Robin mengangguk sambil menutup mulut.

"Kalau nak sambung bercakap, sambung dalam kereta sebab sekarang kita dah lambat." Robin yang perlu kenderaan itu terus mengangguk laju. Benard mengambil beg Robin lalu diletakkan ke dalam bonet kereta, sempat dia mengucapkan terima kasih kerana sudi menolongnya lalu meloloskan diri masuk ke dalam kereta.

"Beni, terima kasih sebab tolong hantarkan saya ke airport." Robin mengucapkan terima kasih sekali lagi sebaik sahaja Benard masuk ke dalam kereta dan meluncur laju ke lapangan terbang. Benard menggeleng sekali.

"No, it's just coincidence. Aku sebenarnya nak pergi London juga." Beritahu Benard, matanya kasih kekal di jalan raya.

"Awak ada kerja ke dekat sana?" Gadis itu menoleh sedikit ke kanan, memandang Benard yang sedang fokus memandu kereta dengan laju di lebuh raya.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now