Bab 37 - Last Moment

7K 505 73
                                    

Bab 37

           KERUSI rodanya Stuart membantu dengan menolak menuju ke laluan koridor panjang. Lelaki itu yang membantunya tanpa disuruh. Sudah dihalang tetapi masih degil untuk menolak kerusi rodanya dengan beratnya yang bukan biasa biasa. Stuart tahu tangan si gadis melecet kerana dia memerhati tingkah laku gadis itu setiap kali memutarkan roda.

Sepanjang perjalanan mereka sepatah perkataan pun tidak keluar dan meninggalkan rasa kekok dan malu yang menggunung dalam diri Robin. Pertama, ingatannya masih mengimbas kembali dimana Stuart memeluknya. Kedua, kerana hingusnya.

Walaupun muka kena ditebalkan tetapi perasaan malu itu tidak dapat dihilangkan. Jadi, diam adalah keputusan yang terbaik baginya. Dalam hati, Robin berdoa agar Stuart tidak bercakap dengannya kerana buat masa sekarang ni, manusia bernama Stuart akan membuat dia gugup tidak tentu pasal.

"Kenapa keluar malam malam ni?" Robin memejam mata sekali. Tidak sangka Stuart akan memulakan perbualan sedangkan dia sedaya upaya cuba mengelak.

"Saya ambil angin dan tenangkan fikiran." Jawab Robin. Jujur.

Terasa kerusi rodanya berhenti secara tiba-tiba. Kening Robin bertaut, pelik. Dia berpaling kebelakang sedikit, mahu melihat apa yang membuatkan jejaka itu berhenti. Stuart seakan termenung sekejap sebelum Robin menarik hujung lengan sut lelaki itu agar Stuart sedar.

"Why?" Stuart terus bertanya seperti seorang detektif.

Robin menggaru dahinya lalu dia memberi isyarat agar Stuart sambung menolak kerusi rodanya kerana dia berasa sejuk malah benda lain yang terjadi, Stuart membuka kotnya lalu lelaki itu berdiri dihadapannya dan menyarungkan ke badannya.

Stuart membetulkan kain dibahagian bahu agar kot itu tidak terjatuh. Robin mengucap terima kasih lalu dia mengemaskan pegangannya pada kot lembut itu. Terima kasihnya dibalas dengan kenyitan mata yang menawan dari Stuart. Jantungnya tidak boleh lagi duduk diam setiap kali lelaki itu berada dekat disisinya.

"Apa maksud awak? Saya tak faham?" Cepat-cepat sahaja Robin bertanya untuk mengawal gugupnya. Betul dia tidak faham dengan soalan yang Stuart beri. Terasa Stuart kembali menolak kerusi rodanya, Robin menghembuskan nafas lega.

"Something happened." Stuart berkata lebih kepada penyataan.

Robin hanya diam. Apa yang Stuart cakap itu memang betul. Jari jemari dimain antara satu sama lain. Sesekali dia membentuk corak dengan tangannya seperti segi tiga, segi empat, bawang dan sebagainya.

"You okay?" Robin tidak mengangguk dan juga tidak menggeleng. Tidak pasti dengan hatinya sekarang ini kerana dia perlu berbincang dengan Stuart bahawa dia akan pulang ke Malaysia esok. Mengingati perkara itu, Robin wajib bagitahu dengan Stuart tapi bukan sekarang, mungkin nanti.

"Yeah. I'm okay." Robin mengangguk. Suaranya cuba diceriakan agar tidak meninggalkan sebarang perlakuan yang pelik.

"Where's the thing?" Sebaik sahaja dengar soalan Stuart, Robin tergelak kecil. Dia faham dengan apa yang dimaksudkan Stuart.

"Stuart, the thing you call named Beni." Robin menggeleng perlahan kerana Stuart masih tidak berbaik dengan Benard. Dia ingatkan Stuart dan Benard sudah berbaik kerana mereka berborak lama di hadapan van semalam. Rupanya belum. Macam manalah nak jadikan mereka kawan.

"Dia ada dekat dalam bilik tengah tidur. Penat jaga saya mungkin." Terangnya.

"Now I'm confused. Which one is the patient?" Sekali lagi Robin tergelak kerana Stuart seakan menyindir Benard. Apa salahnya Benard tidur sebab dia pasti Benard penat melayan kerenahnya. Apabila dia tersedar bahawa Stuart semakin terbuka dengannya, hatinya terasa berbunga-bunga.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now