Bab 33 - Comeback

7.3K 505 171
                                    

Bab 33

           ROBIN memandang wajah Stuart takut-takut lalu dia tersengih. Telefon Iphone itu, dia perlahan-lahan ambil daripada tangan Stuart tanpa bersentuhan. Dia memusing kekiri, membelakangi lelaki itu. Gambar yang terpapar diskrin Robin perhati dengan riak kesal. Tangannya memukul dahinya beberapa kali sambil memarahi diri sendiri.

"Sengallah kau, Robin." Dia memicit dahinya. Macam manalah boleh ada gambar comot dia. Iphone Stuart dia ketuk ke kepalanya perlahan. Hampir tiga puluh saat dia bercakap seorang diri kerana memarahi dirinya sebelum berpusing menghadap Stuart.

"Erm... Awak tak marah kan?" Robin tanya takut-takut. Wajah lelaki itu tenang memandang dirinya. Stuart mengukir senyuman kecil.

"Why would I?" Robin mengemam bibirnya, rasa serba salah kerana mencerobohi barang seseorang tanpa izin.

"Besides, kalau awak nak gambar tu, awak cakap aje. I've got plenty of them." Robin menunduk malu apabila Stuart merenungnya bersama senyuman sinis dan menawan itu. Terketar-ketar tangannya ketika menghulur Iphone kepada tuannya. Stuart menyambut huluran malu tersebut.

"Tapi s-saya cuma nampak satu aje. Gambar awak pada waktu matahari terbenam." Robin bercerita malu-malu kerana cerobohan yang dilakukan terhadap Iphone Stuart telah terkantoi.

"Dalam kamera digital saya ada." Terang Stuart sambil bermain dengan telefonnya. Robin cuba mengintai apa yang Stuart sedang buat namum pandangannya tersekat akibat rambut lelaki itu menghalang pemandangannya.

"Tak. Saya tak perlukan gambar tu." Jawab Robin seraya membuat senaman tangannya yang terasa lenguh itu. Kaki kirinya yang elok itu dibuat regangan juga air tidak terasa cramp iaitu serangan bersemut-semut yang sakit.

"Awak pasti?" Serentak itu, Stuart menoleh kearahnya bersama senyuman menggoda. Robin yang sedang melalukan regangan otot itu menoleh ke kanannya, memandang Stuart. Secara tiba-tiba hatinya pula terasa cramp. Berdebar debar jantungnya tatkala dia melihat senyuman limited edition itu.

"S-sì." Bisik Robin perlahan namun dapat didengari Stuart. Dia sedaya upaya melarikan matanya daripada melihat senyuman menawan itu tetapi dia terasa badannya seperti digam dan tidak boleh bergerak, hanya terpaku pada satu sudut sahaja iaitu Stuart.

"I love when you talk in Italian, dolce cuore. Mi sembri così perfetto per me." Robin tersenyum manis sesaat sebelum dia memandang serong ke arah Stuart. Dia memandang tajam. (You sounds so perfect for me.)

"Saya tak fahamlah Stuart." Rengek Robin tanpa sedar. Dia rasa nak menangis kerana kadang kadang mindanya akan berfikir bahawa Stuart mengutuknya, memarahinya dan banyak lagi benda buruk Stuart mungkin kata dalam bahasa ibunda dia.

"Se sei la mia ragazza, te lo dirò." Apabila Stuart merenungnya, Robin terus berpeluk tubuh, pandangnya dibuang jauh kehadapan, memandang tasik yang indah. Merajuk. Entah kenapa dia terasa kecil hati dengan Stuart kerana tidak berterus terang sahaja. Dia tak nak buruk sangka tapi dia manusia yang sentiasa berfikiran negatif disebalik positif. Sentiasa bersaing. Dia tak nak. (If you be my girl, I'll tell you.)

"Hey. Jangan sedih. Apa yang saya cakap tak penting. Yang penting awak sentiasa ada dengan saya." Tutur Stuart dengan memujuk. Disebalik nada itu, Robin tahu Stuart berkata jujur. Hatinya terasa berbunga-bunga kerana dia dipujuk oleh Stuart. Wajah Stuart dipandang.

MY IDEAL ITALIAN GUYTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon