Bab 24 - Partner

8.4K 572 31
                                    

Bab 24

           "WILL you be my partner for late dinner?" Soal Stuart sambil merenung wajah si gadis. Robin yang mendengar perkataan 'Will you be', Ya Allah macam nak tercabut jantung. Ingatkan nak melamar dia. Nasib baik bukan. Hanya tanggapan yang tidak wajar sahaja muncul di dalam mindanya. Robin mengetuk kepalanya perlahan.

Bad mind.

Bad mind.

Stuart mengangkat kening kanannya tatkala melihat gadis itu mengetuk kepala. "Is that signal of rejection?" Serius wajah Stuart memandang wajah terkebil-kebil Robin. Robin yang mendengar soalan mengejut daripada Stuart, dia bingung sekejap.

"I'm sorry, what?" Dia bertanya untuk mendapatkan kepastian soalan yang dilontarkan kepadanya sama ada betul atau tidak dengan apa yang masuk ke dalam telinganya seperti tenggelam timbul sahaja. Tidak berapa jelas. Wajah serius lelaki itu dipandang risau. Nak marah ke?

"Nothing." Dengan itu, Stuart berdiam diri dan di bawa tangannya lalu dilipatkan ke dada. Robin menggaru kepala melihat reaksi dingin lelaki itu. "Stuart, I'm willing to be your partner for late dinner, okay." Siapa aja yang tidak mahu menerima pelawaan orang untuk dijemput makan. Betapa bahagianya rasa ini, hanya Dia sahaja yang tahu.

"Let's go." Stuart melangkah pergi ke ruang makan yang sudah ditempah terlebih dahulu agar gadis itu tahu ke mana mereka akan tuju. Sambil berjalan, mata Robin meliar meneroka rekaan bangunan yang dipenuhi dengan 2000 lebih species tumbuhan.

Setelah sampai di meja makan yang ditempah Stuart, lelaki itu terlebih berdiri di belakang kerusi Robin, bertentang dengan kerusinya. Stuart memberi isyarat kepada Robin supaya duduk, Robin patuh. Ketika dia melabuhkan punggung di atas kerusi itu, Stuart menolak kerusi ke arah meja.

"Terima kasih." Robin menunduk hormat sedikit kepada lelaki itu sebaik sahaja lelaki itu turut duduk berhadapan dengannya. Stuart mengangguk sekali. Dua menu yang berada di atas meja itu, mereka mengambil lalu membuka dan menyelak untuk memilih makanan yang berkenan.

Chicken Chop

Pork Beef

Pork Grilled

Pork Stew

Pork-

"Banyaknya babi." Tutur Robin secara spontan. Tidak sedar dia telah berkata dengan nada yang kuat. Stuart mengalih perhatiannya daripada buku kepada Robin. Menu diturunkan sedikit. "Why?" Lelaki itu bertanya prihatin, risau gadis itu tidak mahu makan.

"Saya tak boleh makan babi." Robin mengeluh perlahan. Buku menu diletakkan ke tepi. Kedua - dua tangannya menggenggam erat antara satu sama lain. Kelihatan Stuart berkata sesuatu dalam bahasanya dengan muka yang agak kesal dan marah.

"You can't eat pork?" Stuart bertanya untuk mengambil lagi maklumat tentang apa yang gadis tidak boleh dan apa yang boleh. Setakat ini, apa yang lelaki itu suka, sungguh bertentangan dengan apa yang gadis itu suka. Robin mengangguk kesedihan kerana tak dapat makan walaupun ada chicken chop. Dia nak nasi atau sup.

"Why?" Stuart meletakkan buku menunya ke atas meja.

"Saya tak boleh makan babi sebab dalam Islam haram makan babi kecuali duduk dalam hutan dan kekurangan bekalan makanan. Waktu itu sahaja boleh tetapi tak boleh makan sampai kenyang." Terang Robin dengan kepalanya mula nak meletup sebab makanan tak ada.

"Wait here for 20 minutes." Tidak sempat Robin untuk bertanya buat apa, lelaki itu terlebih dahulu meninggalkan dia keseorangan di meja private ini. Sekali lagi, Robin melepaskan keluhan. Dah lah kena tinggal lepas tu tak dapat makan pulak tu. Terjatuh bahu Robin.

Dengan hati yang pasrah, Robin akan menunggu kedatangan Stuart selama 20 minit dari sekarang. Telefon pintarnya dikeluarkan lalu dia menilik gambar - gambar yang ditangkap pada hari ini. Kadang- kadang dia tergelak kecil, tersenyum dan tersengih seorang diri melihat gambarnya bersama Stuart di London Eye.

Saat tangannya menyelak di atas skrin telefon ke tepi, jantungnya berubah rentak menjadi laju. Gambarnya bersama Stuart di taman mini tadi. Robin melihat gambar yang pertama, yang dilihat sekarang. Matanya beralih kepada wajah si dia.

Kacak.

Pandangannya jatuh pada mata lelaki itu, cantik. Lagi cantik darinya. Berasa sedikit cemburu kerana seorang lelaki mempunyai mata yang cantik dan mempesonakan. Ibu jari menggesek lagi ke kiri. Berona merah wajahnya melihat Stuart memandangnya melalui kamera di dalam gambar tersebut. Kenapa dia tidak perasan?

Digesek lagi ke kiri pada gambar yang terakhir. Robin mengibas mukanya yang semakin panas, tidak sanggup melihat kerana mulutnya agak muncung seperti melemparkan flying kiss pada waktu itu. Dia teringat yang Stuart menyuruhnya untuk menyebut You. Apa kurangnya lelaki itu. Stuart juga turut menyebut You tetapi tidak terlalu ketara sepertinya.

Waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa debar jantungnya. Dia merenung gambar yang paling terakhir dengan tempoh agak lama. Terdetik hatinya memikir tentang keadaan mereka berdua. Mereka dua dunia yang berbeza. Mereka tak akan bersama buat selamanya lagi kerana tempoh dia berkhidmat di syarikat lelaki itu hanya sekejap sahaja iaitu 4 bulan. Selepas itu, dia akan bersambung kerja semula di syarikat lamanya.

How times fly...







                      BANGKU yang tersedia di situ, diambil sebagai tempat untuk mengambil angin. Rambut yang terjuntai di dahi dibiarkan bertiupan angin sejuk yang tenang pada waktu malam ini. Jam di tangan dikerling sekilas. Baru pukul sembilan setengah malam. Matanya jauh merenung ke arah ke kawasan tasik cantik itu.

"The strong will stay remain the same." Kata-kata yang keluar dari mulut jejaka itu hanyalah untuk mengambil semula semangat yang berterbangan di udara. Tangan diletakkan pada sandar bangku panjang itu. Tangannya yang menggenggam cincin berlian itu, melambung - lambungkan cincin.

"Sometimes, the strong will fall for too." Dipandang cincin di tangan lalu tersenyum sinis. Tidak sangka dia kalah juga. Kalah dalam menjaga seorang gadis yang dicintai dengan baik. Diraup rambut yang terjuntai itu ke belakang. Mata berwarna hazel itu menggambarkan segala perasaan yang terbuku di dalam hati. Semua perasaan bercampur baur. Sedih, kesal dan seumpama dengannya.

"How long it will be, Deena?" Jejaka itu berkata seorang diri seperti mengetahui yang kesayangannya berada dekat dengannya dan sedang memandangnya. Jejaka yang dipenuhi dengan parut dihati itu ialah Benard.

"I miss you..."

Cincin itu dibawa ke mulut dan dicium. Lama. Gadis itu telah membawa hatinya bersamanya dan tidak memulangkan semula hatinya yang berparut itu. Sakit. Cincin itu disimpan semula ke dalam poket lalu dia berdiri daripada terus berlama di bangku panjang disitu.

Diambil nafas segar di situ lalu dihembus perlahan. Dia pergi ke London untuk menghilangkan rasa rindu yang teramat ini tetapi tidak kira di mana sahaja dia berada, pasti dia akan merindu kesayangannya yang telah menjauh. Semuanya berlaku kerana kekurangan dirinya pada waktu itu.

"Life must go on. Allah always be with you, Benard." Dia menguatkan dirinya lalu berlangkah pergi meninggalkan kawasan aman itu. Kawasan taman kecil dan mempunyai tasik yang cantik.

Hope meet you again, Deena.

Bersambung.

1 FEBRUARI 2020


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now