Bab 34 - Sweet Truck

6.8K 513 120
                                    

Bab 34

           SETIAP kali Benard menapak mara kehadapan mendekati Robin, terasa matanya semakin hangat dan tanpa sedar air mata bulat- bulatnya itu mengalir lalu menitik jatuh ke bawah. Bibirnya mengukir senyuman manis dan terasa dadanya lapang kerana Benard tidak cedera di mana-mana.

"Beni." Robin memanggil Benard lalu dia disembam mukanya dengan kedua tapak tangannya. Air mata yang burjujuran dilap dengan hujung lengan.

"Jangan nangis, Robin. Aku ada ni." Benard menapak kehadapan dan sebaik sahaja dia mahu melutut dihadapan kerusi roda Robin, Stuart terlebih dahulu menghalangnya daripada mendekati gadis itu dengan memegang bahu kanan Benard.

Mereka berpandangan.

Benard membuat muka simpati, biarlah kalini dia menjatuhkan egonya untuk memujuk si gadis. Lama mereka bertentang mata sebelum Stuart melepaskan pegangan dibahu Benard. Stuart mendengus perlahan.

Benard terus melutut dihadapan Robin yang masih menangis. Sejambak bunga purple hyacinth dihulurkan kepada Robin. Gadis itu masih menangis perlahan bersama tangannya menutup muka.

"I'm sorry." Bisik Benard perlahan.

Robin yang terasa ada seseorang yang berada dihadapannya, dia menurunkan tangannya kebawah. Pemandangannya disapa dengan wajah kacak Benard yang sedang duduk melutut dihadapannya sambil memegang sejambak bunga yang tidak pernah dilihat lagi.

"Mana awak pergi Benard?" Robin mengambil huluran bunga tersebut bersama senyuman kecil. Air matanya dikesat sehabis baik agar tidak menitik lagi.

"I'm sorry. Aku tak tahu yang kau cari. Aku dekat luar, Robin. Aku tak tahu yang ada kebakaran dekat bangunan hotel kau. Aku tak tahu kau cari dalam sesak. Aku tahu yang terjadi pada kau sekarang ni semua salah aku. Aku tak guna, Robin. Aku pentingkan diri sendiri. Ak-"

"Beni." Robin mengetuk sejambak bunga itu pada muka Benard perlahan. Terkejut lelaki itu.

Tatkala mata mereka bertentangan, Robin menggeleng kecil lalu tersenyum manis. Dia memotong kata-kata Benard kerana lelaki itu tidak berhenti menyalahkan dirinya sedangkan itu takdirnya semua ini berlaku. Mesti ada hikmahnya nanti.

"Saya okay. Jangan risau. Saya masih boleh tumbuk awak tau." Robin menghayun tangannya kehadapan, mengacah untuk tumbuk Benard namun Benard masih dengan wajah seriusnya. Terjatuh tangannya bersama wajah kekok. Baru dia nak ceriakan suasana tapi tidak jadi.

"You're too kind." Robin menggeleng.

"Saya cuma cakap apa yang betul, Benard." Benard tersenyum sinis seketika sebelum dia memandang serius mata biru pekat milik Robin. Berdiri bulu roma di tengkuknya disebalik tudung.

"No, Robin. Look at your feet. Aku yang buat kau jadi macam ni, Robin." Benard dan Robin memandang kaki kanan Robin yang berbalut. Dengan berani, Benard menyentuh kaki kanan Robin yang berbalut dengan bandage tebal, tebal yang hampir tiga sentimeter.

"Aku minta maaf."

"Saya baik-baik ajelah, Beni. Awak tak perlu risau. Saya okay sebab mood saya masih yang sama. Tak murung." Ujar gadis itu dengan ceria. Melihat Benard masih tidak melarikan tangan dia daripada kaki Robin, Robin memutarkan roda kerusinya kebelakang.

Dengan itu, tangan Benard menjauhi kaki Robin yang berbalut. Lelaki itu dongak memandangnya, Robin menggeleng perlahan lalu Benard mengangguk.

"I'm sorry. Aku tak perasan." Robin mengenyit mata kanan sekali bersama senyuman manis.

MY IDEAL ITALIAN GUYजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें