Bab 38 - Thoughts

6.5K 493 90
                                    

Bab 38

           BAGASI berwarna hitam miliknya ditarik menuruni lapangan kapal terbang dengan hati yang berat. Cermin mata dibuka lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Bibir tersenyum kecil tatkala dia menyedut udara yang sangat familiar baginya. Langkahnya perlahan diteruskan keluar menuju ke bahagian tempat parkir teksi.

"Robin?" Pergerakan Robin tergendala lalu dia memusingkan kebelakang dengan beg sandangnya dipegang rapi bersama bagasi besarnya berwarna ungu. Tongkat kaki dibetulkan.

"Ya?" Wajah Benard dipandang hairan.

"Kau okay?" Bertaut kening Robin bersama senyuman hambar. Benard mendekati gadis itu bersama bagasi yang gadis itu bawa. Benard yang tolong bawakan bagasi besar Robin kerana kaki dia masih tidak boleh berjalan macam biasa. Doktor mengambil masa dalam dua minggu atau lebih kerana bengkak.

"Apa awak cakap ni? Mestilah saya okay." Robin ketawa kecil bersama senyuman nipis, berpura-pura tidak faham dengan soalan yang diberi. Ketawa yang dibuat-buat bagi menutup topik yang Benard cuba mendalami.

Hati gadis itu terusik kerana dia cuba menghilangkan memori yang dia tidak mahu ulang. Hatinya berasa sedih apabila mindanya paksa mengingati semula.

"Don't be sad okay? He can't get mad at you, Robin. Trust me." Melihat perubahan wajah gadis itu tadi, Benard terus memujuk Robin supaya tidak perlu risau akan Stuart.

Ya, Robin dan Stuart sebelum mereka berpisah semalam, mereka berbalah kecil sehinggakan Robin mula naik geram dan terjerit kuat pada Stuart kerana cuba menghalangnya. Tidak perlulah dia bagitahu Stuart bahawa Tok Su dia sakit. Cukuplah dia tahu apa yang berlaku. Dia ingat kalau dia minta izin macam biasa, semua berjalan lancar namun tidak.

Stuart bertenang berbincang dengan dia namun dia semakin rimas kerana Stuart masih menyoalnya kenapa perlu balik Malaysia sedangkan kerja masih tertangguh. Lelaki itu turut menjerit lantang sekali, hati kecil gadis itu terluka. Dia bengang dengan apa yang Stuart katakan. Dia sakit? Masih nak pentingkan kerja? Stuart gila ke apa? Memorinya mengimbas semula.

"Stop Stuart!" Robin mengembangkan jarinya dihadapan muka Stuart, menyuruh lelaki itu berhenti. Air mata yang bertakung di mata dibiarkan. Sudah berapa kali dia nangis harini?

"Robin, I-"

"I said stop!" Bergema suara Robin di laluan koridor yang sunyi dan panjang itu. Robin tunduk memandang lantai. Nafas yang tidak cukup membuatkan kepala terasa pening namun dia tak nak tunjuk. Tidak perlu.

"You can't force me to tell you all of that, Stuart." Robin menggeleng perlahan. Dia cuba bertenang dengan mengambil nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan. Wajah bengang lelaki itu, Robin pandang.

"You just my boss, Stuart."

".. and no one to me." Wajah lelaki itu nampak terluka. Robin juga turut berasa sedih kerana dia telah malukan hati seseorang dengan bersebab. Namun wajah terluka lelaki itu, cepat sahaja diubah dengan riak kosong. Dingin.

"No one to you?" Stuart tersenyum sinis lalu dia mengangguk perlahan, seakan tersedar. Lelaki itu memasukkan tangannya ke dalam poket, rambutnya yang serabai itu diraup kebelakang. Wajah gadis itu ditenung lama. Robin mengesat air mata yang mula menitis dengan kasar.

"Then, if you say so." Apabila melihat Stuart mula melangkah pergi ke pintu untuk keluar, Robin mahu menghalang tetapi mindanya lebih tangkas menyedarkan dirinya berdiri di mana. Sebaik sahaja lelaki itu melangkah pergi dan hilang dari pandangannya, Robin menutup mukanya dengan tangan lalu menghamburkan tangisannya.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now