Bab 48 - Avoid Him

7.8K 499 61
                                    

Ladies, I'm sorry for the late update. Forgive me. Well, what can I say that I've been keeping this chapter from last month but only half way not fully. Jangan marah. ♥

Bab 48

                 PULANG ke rumah semalam, nasib baik tak kena bebel. Agak risau juga kerana mereka lambat pulang seminit lewat iaitu pada pukul sebelas satu minit malam. Teringat akan perjanjian yang dibuat oleh dua lelaki itu, segera dia sendiri mengingatkan Stuart seperti alarm agar pulang ke rumah lebih awal.

Risau yang kedua pula, Stuart tidak akan dapat berjumpa dengannya lagi sekiranya janji itu tidak ditepati.

Nanti kalau betul betul terjadi macam mana?

Tak apa, nanti pandai-pandailah membodek Benard tu.

Sejujurnya sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah, suasana antara mereka agak janggal. Mungkin bagi Stuart tidak... Bagi dia, ya. Tidak semudah itu dia boleh menebalkan muka dan berlakon seperti tiada apa yang berlaku selepas peristiwa jadual berkala unsur semalam.

Sedaya upaya dia cuba mengelak daripada Stuart sekarang ni. Masih tiada keyakinan untuk berdepan dengannya...

Dia malu!

Perasaan ini terlalu normal untuk hadir sehingga menjadi tidak normal dan menyesakkan dadanya untuk bernafas. Namun, satu benda yang terlintas di mindanya sebaik sahaja Stuart meluahkan perasaannya dengan yakin,

Bagaimana dengan Rose? Tunang yang dianggap sebagai tunang palsu terangnya sendiri tetapi mengapa terlalu tular di media sosial? Kenapa dia berasa risau sedangkan ungkapan itu telah sampai di dalam hatinya?

Adakah kerana ungkapan itu tidak kuat?

Adakah kerana dia masih memproses situasi yang telah berlaku sehingga membuatkan dia lambat untuk menerima semua ini?

Atau...

Adakah kerana dia berasa ragu-ragu?

Pantas dia menggeleng laju dan cepat-cepat beristighfar perlahan. Begitu mudah dia mempunyai perasaan waswas sedangkan Stuart mungkin meletakkan percayaannya kepada dia. Kalau begitu, dia tak akan sia siakan kepercayaan Stuart.

Bukankah kepercayaan sangat sukar untuk diraih?

Tapi dia juga perlu berhati-hati, buatkan kalau dia terleka dengan masalah yang muncul macam mana?

Lagi sekali Robin menggeleng, menghilangkan segala pemikiran yang bertandang di dalam otaknya. Boleh mendatangkan stres kalau berfikir terlalu lama. Dia mampu berdoa agar semua urusan dipermudahkan oleh Allah.

"Lah... Kenapa masih tak cabut bulu ayam tu lagi?" Suara umi memetir di pagi hari.

Robin terkial-kial mencabut lalu dia mengerling tok su yang berada di belakang rumah melalui lubang kecil antara celahan kayu rumah ini.

"Umi... Kak long tak pandai cabut mi," Adunya.

"Bercinta pandai... Cabut bulu ayam tak pandai pula."

Membulat matanya mendengar sindiran umi. Mulalah tu nak berleter kepadanya pada pagi hari. Umi pun janganlah kutuk dia secara open, malulah kalau orang tu dengar. Sekelilingnya di scan.

Selamat!

"Umi! Cakaplah selow sikit! Kalau dia dengar macam mana?" Bisiknya kuat.

"Betullah apa yang umi cakap tu kan?"

Waalawei! Umi cari gaduh ni!

"Ya umi, ya."

"Mai sini, biar umi cabut. Kak Long pergi sapu daun kering dekat luar rumah sana," Arah Puan Khadijah. Bahu Robin ditolak perlahan, menyuruh beralih ke tepi.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now