Bab 26 - Flirt

9K 568 46
                                    

Bab 26

           STUART membawa Robin masuk ke dalam kawasan dapur yang melalui pintu kelabu sebaik sahaja gadis itu bertanya apa yang istimewa untuk dirinya. Dengan senyuman tidak lekang dari bibir, Robin membuntuti langkah Stuart dengan hati yang senang dan gembira.

Bunga yang terhias di dinding dipandang sekilas lalu dipandang kehadapan kerana Stuart telah membukakan pintu kelabu itu untuk dirinya.

"Grazie." Senyum dilemparkan kepada Stuart. Dia agak terkedu seketika kerana penggunaan bahasa ibundanya digunakan oleh gadis dihadapannya.

Sebaik sahaja Robin memasuki kawasan dapur yang ditunjukkan oleh Stuart, terbuntang matanya. Terkelip-kelip matanya cuba menganalisis keadaan di belakang dapur ini. "Apa yang berlaku ni? Kenapa bersepah sangat ni?" Robin mula bertanya dengan pelik dan risau.

"Saya cuba masakkan awak sesuatu dan ini yang berlaku tapi jelaslah punca pertama ini berlaku bukan sebab saya." Jawabnya dengan mengangkut bahu sekali bersama muka yang tidak bersalah.

Pekerja-pekerja yang lain riak seperti takut dan pelik di sudut hujung bahagian sisi dapur. Mereka berundur kebelakangan sedikit bersama senyuman kecil apabila Robin cuba senyum kepada mereka dan ingin meminta maaf.

"Macam mana awak boleh guna dapur mahal ni? Awak tempah ke?" Robin bertanya sambil mendekati dua hidangan yang menarik perhatiannya tanpa menghiraukan Stuart.

"Nope. I just go in when I want to." Dapat Robin rasa, Stuart mendekati ke arahnya lalu berdiri rapat di sisi kanannya. Robin menoleh lalu dia memandang Stuart dengan senyuman manis sebagai tanda terima kasih.

"All of this for me?" Stuart mengangguk sekali. Dia tersengih. Matanya jatuh pada makanan semula. Nampak sedap dengan hidangan dessert yang ada bersama spaghetti carbonara. Senyuman masih terhias.

"Il tuo sorriso è'il sole della mia vita." Berkerut dahi Robin mendengar kata-kata yang disebut Stuart. Dia cuba memahami apa yang didengar namun satu patah perkataan dia tidak faham memandangkan dia tidak belajar bahasa ibunda lelaki ini. Dia menoleh semula, memandang lelaki italy disebelahnya.

"I don't under-" Robin tergamam apabila dia telah menangkap Stuart merenungnya. Mata mereka bertaut. Lama. Hati Robin mula berubah rentak menjadi semakin laju. Tangannya mula bergerak dan tidak mahu duduk diam kerana berasa gugup dan berdebar.

Tatkala dia mahu mengalihkan pandangannya kerana tidak sanggup lagi bertentang mata biru indah Stuart, terasa lengannya ditahan agar tidak berpaling.

"Don't look away from me. Look at me, amore mio. Just for five minutes." Perlahan-lahan Robin merenung wajah Stuart. Kali ini, dia cuba lebih bertenang untuk merenung mata seseorang kerana apabila dia merenung mata orang, hatinya akan rasa sesuatu, kadangkala sedih, kadangkala gembira, kadangkala sakit dan banyak lagi.

Dia tidak mahu mengalami situasi yang sama lagi. Dia tidak suka merenung mata seseorang terlalu lama kerana sesetengah orang dia tenung, membuatkan dia berasa sakit dan dia akan menangis. Tidak mahu risaukan umi. Sebab itu, dia tidak mahu merenung mata orang terlalu lama.

"Amore mio?" Tersentak Robin apabila wajah risau Stuart menerpa pemandangannya. Dia mengelipkan mata berkali-kali.

"Y-yes?" Robin menjatuhkan pandangnya pada makanan yang dihidangkan untuknya. Malu untuk bersua muka selepas sesi mata bertemu mata. Nasib baik tidak jatuh ke hati lagi. Tak pun dah jatuh ke hati?

"You look so confused and sad. Why?" Dia menghadap ke arah Robin seluruhnya.

"Stuart, saya lapar. Apa kata kita makan dulu?" Robin berkata dengan perlahan namun dapat didengari Stuart. Wajah Stuart berubah seketika sebelum kembali kepada normal iaitu tiada reaksi.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now