Bab 49 - His Intention

7.3K 453 52
                                    

Guys! This book ain't mafia story. It's funny how you guys put this story on mafia but I like it ♥ Thank you for add my story on your reading list.

Bab 49

                TELEKUNG disangkut kemas pada tali panjang yang berada di sisi bilik. Sepanjang kain telekung dilipat, bibir itu tidak berhenti berselawat ke atas nabi. Salah satu cara baginya untuk berselawat setiap hari lima kali kalau dia tiada masa untuk berselawat. Dia kalau terlalu sibuk, bibir itu langsung tidak berselawat melainkan pada waktu selepas menghabiskan fardhu solat iaitu ketika melipat telekung.

Boleh dijadikan sebagai rutin harian yang baik.

Ketukan pintu kuat terdengar, mati semua benda yang terlintas di mindanya. Langkahnya bergerak mendekati almari lalu mengambil sehelai tudung sarung dan disarungkan di kepalanya.

"Kejap!" Sahut Robin sedikit kuat seraya menilik mukanya dicermin. Setelah berpuas hati, perlahan-lahan dia mendekati pintu.

"Ya?" Dijawab soalan di celah pintu yang terbuka kecil.

Malu memandangkan Stuart yang berada dihadapannya dengan wajah yang berseri-seri lagi nampak tampan dengan baju putihnya dan kain pelikat. Lelaki itu nampak segak berpakaian begitu.

Dia tersenyum malu.

"Do you want to mengeteh with me?" Berkerut dahi Robin sebelum dia tergelak kecil.

"Mengeteh? How did you know that?" Soalnya lalu pintu dibuka luas sedikit agar dapat melihat wajah Stuart dengan lebih jelas.

"Your grandma told me. So, do you want or not?" Lama Robin merenung, akhirnya dia setuju juga. Lagipun dia bukannya ada kerja yang perlu dibuat melainkan rehatkan diri.

"Yeah sure."

Robin keluar dari bilik dan menutupnya rapat. Senyuman saling bertukar.

"Let's go."

Mereka bersama-sama jalan menuju ke ruang tamu. Tiba sahaja di ruang tamu, semua berkumpul di situ kecuali Alisya, mungkin sudah tidur. Budak kecil tidak elok tidur lewat, biar di didik sejak kecil lagi untuk tidur awal agar bangun subuh tak ngantuk dan sihat sentiasa.

"Tok su, umi..." Robin menyapa Puan Khadijah dan Tok sunya lalu diambil tempat di sebelah Stuart. Jarak sedepa di antara mereka berdua membuatkan Puan Khadijah tergelak bersahaja lalu mengangguk kecil.

Approving the youngs keep their distances.

"Siapa yang buat air tuwi ni?"

"Tok su yang bancuh," Jawab Puan Khadijah.

"Bukan ke ni air teh?" Stuart menyoal.

"Yes, but I called it air tuwi. My dad taught me to say so." Lelaki itu mengangguk sekali.

"Erm... Umi nak masuk dululah ya, sekali dengan tok su," Jelas Puan Khadijah secara tiba-tiba seraya memaut bahu Tok Su.

Tok su pula terpinga-pinga tetapi turut mengikut bangun.

"Haih... Kamu ni, mok nak tengok mereka lah."

"Mana boleh mak. Ini urusan mereka." Sayup-sayup sahaja Puan Khadijah dan Tok Su berbisik antara satu sama lain.

Berkerut dahi Robin. Adegan pelik di depan matanya dipandang kecil besar kecil besar. Stuart disebelahnya  dipandang, lelaki itu nampak gugup? Sah! Ada sesuatu yang berlaku tapi dia tak tahu. Apakah itu?

"Awal tidur? Tak nak tengok siaran kegemaran umi ke?"

"Umi mana ada siaran kegemaran!" Robin tersengih. Sebenarnya dia nak elak berdua-duaan dengan Stuart. Walaupun bilik umi dan tok su menghadapi ruang tamu, dia tetap berasa segan.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now