Bab 40 - Little Savage One

6.3K 440 32
                                    

Bab 40

           PUAN Khadijah memandang tajam wajah si anak dengan gerangan disebelah anak bersilih ganti. Kaki si emak disilang malah tangan dilipat dan dibawa kedada lagak gaya seorang bos memarahi pekerjanya. Tangan pula berada di pemegang sofa kayu, jari jemari Puan Khadijah mengetuk-ngetuk pemegang kayu sofa itu.

Robin dan Benard saling berpandangan sekejap. Mereka tidak habis habis mengangkat kening, berkomunikasi dengan memberi isyarat untuk bercakap. Ketika Eobin membesarkan matanya terus Benard menunduk ke bawah. Robin menjeling lelaki itu sekilas sebelum menggeleng kecil.

"Apa main kening-kening ni? Tak ada mulut nak cakap?" Tersentak Robin dan Benard dengan jerkahan Puan Khadijah. Pantas mereka menunduk ke bawah, memandang lantai kayu yang beralas dengan tikar getah.

"Siapa main kening? Umi ni." Perlahan aje Robin berkata sambil memadang majalah yang berada di bawah meja.

"Menjawab budak ini! Nasib baik dah besar kalau tak piat aje telinga tu." Robin yang sedang tekun melihat muka depan majalah itu terkejut, terus dia dongak memandang memandang uminya lalu dipegang telinganya dan menggeleng laju.

Secara tiba-tiba sahaja Alisya tergelak. Terus Robin dan Benard memandang si kecil dengan pandangan yang pelik. Puan Khadijah tersenyum kecil lalu melepaskan keluhan perlahan. Tangannya tidak lagi silang ke dada, seorang sudah berada elok di atas peha manakala kaki tidak disilang lagi kerana agak biadap untuk ditunjukkan pada kanak-kanak. Risau mereka terikut.

"Macam mana boleh jadi macam ini along? Apa yang terjadi? Along ni." Robin berpandangan dengan Benard sesaat lalu dia berdehem perlahan.

"Cerita dia macam ni. Along jatuh dekat tangg-"

"Huh!? Jatuh?" Robin pantas memberi isyarat agar uminya perlahankan suara di waktu malam begini kerana tok su sedang tidur lena di dalam bilik atas rumah. Raut wajah Puan Khadijah cemas tatkala terdengar si anak terjatuh tangga. Puan Khadijah terus bangun lalu diambil tempat disebelah Robin.

"Umi ni. Perlahan-lahan sikit. Tok su tengah tidurlah." Puan Khadijah seakan tersedar kesilapannya lalu tersengih dan menganggaru kepalanya yang beralas tudung itu. Apabila terasa suasana menjadi agak kekok, Puan Khadijah berdehem kecil.

"Macam mana boleh jatuh?" Kaki yang berbalut itu dijeling sekilas.

"Along tersalah pijak sebab berlari masa guna tangga kecemasan sebab along dah terlambat. Selepas itu, along pun dah tak nampak dah tangga, along pun langkah besar tangga-tangga tu dan secara tidak sengaja along terpelecok dan tergolek jatuh." Puan Khadijah terus menepuk dahinya, berani betul anak dia buat tindakan macam itu. Benard terus menarik hujung tudung Robin dengan perlahan. Robin memandang Benard dan Robin terkedu.

Gadis itu terlupa bahawa Benard bersamanya dan dia telah mereka cerita tentang kakinya dihadapan Puan Khadijah. Namun, jikalau dia bercerita hal sebenar pasti Puan Khadijah akan cemas dan pengsan kerana situasi sebenar lagi berbahaya dan ngeri. Dia tidak mahu perkara itu berlaku.

Robin dan Benard berpandangan lama seperti bercakap melalui mata. Tatkala lelaki itu menjelingnya lalu melepaskan keluhan kasar dan berpeluk tubuh, Robin melepaskan nafas lega kerana Benard tidak akan membuka mulut tentang hal sebenar di London.

"Yang along pergi lompat langkah besar tangga tu buat apa? Ingat masih kecil lagi ke? Dah tahu badan tu berat macam gajah, ada hati nak lompat." Lengan Puan Khadijah Robin ambil lalu digoncang kerana membuka topik tentang berat. Robin terus menjarakkan dirinya dari Benard.

"Umi ni." Bibir Robin menjuih kehadapan, merajuk dengan berkata pasal bear dapat lelaki.

"Dah dah. Esok nanti umi panggil Cik Salwah nak urut kaki ni. No complaint." Membuntang mata Eobin mendengar perkataan urut kaki dan nama Cik Salwah. Nama gerangan itu terkenal di seleuruh kawasan kampung dengan tangan ajaibnya. Walaupun sakit yang teramat, pasti akan sembuh dengan cepat. InsyaAllah.

"Umi.." Suara meleret Robin memanggil Puan Khadijah cuba memujuk agar tidak memanggil Cik Salwah datang ke mari. Apabila Puan Khadijah memandang tajam si anak, Robin mengecilkan diri lalu dia bersandar pada sofa. Memang tiada peluang untuk lari dari urutan itu.

Puan Khadijah bangun dari sofa secara tiba-tiba lalu membawa mereka semua ke ruang meja makan kerana risau jikalau anak muda dua itu belum makan apa apa lagi. Suis yang berada di tepi dinding ditekan, lampu mula menyala.

"Benard, maaflah rumah makcik ni biasa biasa aje. Maaf kalau tak selesa macam rumah Benard ya?" Laju saja Benard menggeleng perlahan lalu dia tersenyum memandang wajah ibuan Puan Khadijah. Robin menoleh memandang wajah Benard, terlupa dia untuk berkata apa yang uminya kata.

"Eh tak apa. Saya tak kesah pun. Lagipun best apa. New experience." Benard memberi senyuman manis kepada Puan Khadijah sebelum dia mengenyit mata ke arah Robin. Terkejut Robin dibuatnya. Benard tergelak kecil setelah Puan Khadijah menoleh ke hadapan untuk memanaskan lauk.

"Beni duduklah." Benard akur lalu dia bergerak mahu mengambil tempat di sebelah Robin. Alisya memandang pelik ke arah lelaki yang berada sebelah kakaknya. Gadis kecil itu tahu bahawa lelaki itu jiran mereka namun dia masih tidak mahu percaya lelaki yang mendampingi kakaknya. Alisya tersenyum penuh makna.

Sebelum Benard duduk, dirinya terasa ditolak ketepi bagai menahannya dari duduk di kerusi tersebut. Terus dia berpusing ke kanan memandang gerangan yang menolaknya. Kecil besar kecil besar Benard memandang Alisya dengan muka selambanya, langsung tidak menunjuk rasa bersalah langsung.

"Pakcik boleh duduk sebelah sana." Selamba Alisya menghalau Benard pergi ke kerusi berhadapan Alisya. Robin yang melihat itu terkejut.

"Pakcik?" Sungguh Benard mati kata disitu.

"Apa awak kata Lisya?" Robin mahu memberi nasihat si kecil namun dia tersilap dengan melepaskan ketawa kecil kerana tidak tahan melihat riaksi Benard yang sedang mahu meletup aje disitu. Alisya masih dengan misinya lalu si kecil melipat tangan ke dada.

Benard menjeling Alisya lalu dia mengambil tempat dihadapan si kecil. Sebaik sahaja dia duduk di kerusi, Puan Khadijah muncul dengan dulang air ditangan. Pantas bibir diukir dengan senyuman manis. Puan Khadijah meletakkan dulang air di atas meja makan lalu mempelawa Benard untuk minum.

"Terima kasih umi. Susah susah aje." Benard berkata dengan berbasi ayat.

"Sibuk aje panggil umi kita umi." Semua kepala terpusing memandang si kecil. Puan Khadijah memandang tajam Alisya manakala Robin memandang terkejut si kecil lalu dia tergelak perlahan. Namun terdiam apabila Puan Khadijah memandang Robin dengan pandangan tajam juga.

"Alisya.." Si kecil mencebik apabila namanya dipanggil dengan amaran terselit lalu dia mengakat muka memandang lelaki dihadapannya.

"Sorry." Jelas terselit nada tidak ikhlas di situ. Mereka berpandangan tajam seperti anjing dengan kucing sahaja.

"Tak apa, budak." Benard mempamerkan senyuman manis. Palsu. Robin menggeleng perlahan melihat situasi dihadapannya.

Bersambung.

3 MAY 2020

Bye. Gonna take two days off. Sorry.

Any typo, correct me.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now