Bab 21 - Going Out

9K 604 16
                                    

Bab 21

                 SELEPAS sahaja Robin dan Stuart habis meeting pada pagi tadi. Mereka berdua terus balik hotel masing-masing untuk mengendalikan data data yang perlu disusun dengan lebih kemas dan teratur. Robin juga penat dan letih kerana dia menghadap komputer 8 jam untuk menyiapkan data tersebut.

Tidak lupa juga Stuart. Lelaki itu juga sibuk memeriksa maklumat yang dibincang bersama Mr Philip. Agak sukar juga kerana sesekali pihak di bahagian Mr Philip mempunyai bantahan dan dia terpaksa menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih cermat dan selamat. Mereka bertukus-lumus membuat kerja tersebut.

Robin menilik jam di tangan, sudah pukul 9 malam. Masih tiada kelibat Stuart di ruang lobi hotel ini. Mereka sudah membuat janji untuk keluar jalan jalan pada malam ini. Walaupun penat menghabiskan separuh kerja yang tinggi melambung, mereka juga perlu keluar untuk menghilangkan stres agar emosi tidak tertekan.

Robin memandang ke hadapan sebaik sahaja telinganya mendengar derapan tapak kasut dari ruang lobi yang sunyi itu. Serta merta bibir Robin mengukir senyuman kecil apabila melihat Stuart dengan bergaya menapak ke arahnya.

"I know I'm late. I'm sorry." Kata Stuart pada Robin sebaik sahaja dia berhenti di hadapan gadis itu. Terselit nada serba salah. Robin menggeleng kecil.

"No. It's okay. Saya faham. " Jawab Robin. Kedua-dua tangannya dicantum, gementar. Robin terfikir seketika, rasanya kan lah. Dia rasa dia yang excited turun awal. Terdetik hati Robin. Excited for what?

"You look beautiful tonight." Baik baik wajah Robin yang nampak biasa itu, tiba-tiba berubah menjadi merah seperti tomato. Robin tersenyum janggal. Dia nervous! Stuart tersenyum nipis melihat perubahan warna wajah si gadis. Cute. Bisik hati Stuart.

"M-Mr Kim pun apa kurangnya. Mr Kim nampak handsome malam ni." Tergagap Robin ketika menurut ayat yang jujur dari lubuk hatinya. Wajah Robin dipandang, Robin memandang ke tempat lain. Stuart mengangguk sekali.

"Robin, didn't we talk about it last night?" Stuart menyoal Robin. Tidak beberapa suka jika gadis itu masih memanggilnya dengan nama pertamanya, Mr Kim. Robin menelan air liur.

"I'm sorry...Stuart." Stuart tersenyum nipis.

"That's better. So let's go, to fun fair." Ajak Stuart. Memulakan langkah mereka dengan lebih baik dan seronok kerana malam ini dan esok sahaja mereka dapat berehat untuk seketika. Mulai lusa, mereka akan sibuk semula kerana mereka akan berjumpa sekali lagi dengan Mr Philip untuk membuat kata-kata muktamad bagi projek baharu mereka.

Robin mengangguk sambil memandang lantai. Masih segan dan malu untuk mengangkat muka. Dia memberi laluan untuk Stuart lalu lelaki itu mula berjalan terlebih dahulu dan dia hanya mengikuti langkah Stuart. Fun Fair !

TERNGANGA mulut Robin melihat ferris wheel besar yang terletak di sebelah sungai cantik itu. Matanya bersinar, mahu menaiki ferris wheel yang besar dan tidak pernah dinaiki kerana harganya mahal. Pandangan dari sudut paling atas ferris wheel adalah paling indah. Ferris wheel yang terletak berdekatan dengan hotel yang diduduki dipanggil The Coca Cola London Eye.

Tidak sedar, Stuart merenung wajah ceria dan teruja Robin ketika melihat London Eye. Lelaki itu turut mengukir senyuman kecil. Hatinya gembira juga melihat gadis itu turut gembira kerana malam ini mereka perlu meneroka banyak tempat, setakat yang mampulah kerana tidak mahu balik ke hotel lewat malas. Stuart risau akan keselamatan si gadis.

"Robin." Stuart memanggil Robin. Ribu terus memandang Stuart. Muka tanda tanyanya terpamer diwajah.

"Let's ride the ferris wheel." Ajak Stuart yang nampak begitu sedikit murung? Robin mengangguk laju mendengar ayat tersebut. London Eye mesti kena naik sebab nak tengok pemandangan dekat situ. Mesti cantik kan?

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now