Bab 17 - Dinner

9.5K 663 16
                                    

Bab 17

ROBIN menghabiskan kerja yang terakhir dengan menyusun semula fail di rak kecil yang sudah tersedia ada dan mengasingkan proposal yang dibuat bersama Mr Philip untuk menghantar semula kepada Stuart bagi dapat membuat semakan semula dan melihat data-data yang tidak tepat.

Jam ditangan dibelek, sudah masuk pukul sembilam malam. Dengan itu dia perlu bergegas balik ke rumah agar keluarganya tidak kelaparan daripada menunggu kehadiran dirinya. Selepas solat isyak tadi, dia sedar Stuart masih tekun bekerja di dalam bilik pejabag ketika menghantar secawan kopi O.

Beg tangan dicapai lalu fail hitam itu diambil dan dibawa masuk ke dalam pejabat setelah mendapat kebenaran untuk masuk. Stuart mengangkat wajahnya memandang Robin. Robin menghadiahkan senyuman nipis.

"Mr Kim, ini failnya." Fail hitam yang tadi dipegang erat ke dada terus bertukar tangan. Stuart mengambil fail yang diberi dan diletakkan ke tepi. Jaket sut yang tersangkut di penyangkut diambil dan disarung ke tubuh semula.

"Bos betul ke nak makan dengan keluarga saya?" Robin bertanya buat sedemikian kali untuk memastikan Stuart tidak menyesal makan malam bersama keluarganya. Stuart yang sudah habis mengemas kertas kerja di atas meja itu, berkerut dahinya.

"." Gadis itu mengangguk faham. Stuart terus berjalan keluar dari pejabatnya sambil menjeling sekilas wajah gelisah Robin. (Yes)

Melihat gadis itu masih tidak bergerak lagi, Stuart berhenti seketika lalu dipusing menghadap Robin.

"What's wrong?" Pantas Robin menggeleng.

"Then let's go. What are you waiting for?" Terus Robin berjalan mengekori langkah lelaki tersebut bersama senyuman lebar.





KERETA berwarna hitam yang mewah dipakirkan di luar pagar rumah banglo milik gadis itu. Kedua-dua manusia tersebut membuka tali pinggang keledar lalu keluar daripada kereta. Robin dengan laju berdiri di hadapan pagar dan membuka mangga dan rantai yang berbelit di pagar. Sebelum mereka masuk melepasi pagar dia memusing kebelakang, menghadap Stuart dan menyekat laluan.

Terhenti Stuart untuk masuk melepasi pagar, wajah gadis itu ditenung lama.

"Really Robin? Do I look likes a robber to you?" Dia menggeleng laju.

"Then what?" Tiada jawapan yang dikeluar dari bibir gadis itu.

"You don't like me being here?" Soalan Stuart itu tidak pernah terlintas langsung di dalam kepala Robin. Dia memang suka juga kalau tetamu hadir ke rumahnya.

Cuma..

"Alright if you say so. Bye, Robin." Lelaki itu seperti kecewa dengannya dan apabila lelaki itu mahu menapak pergi, cepat-cepat ditahan dengan memegang sut lelaki itu. Stuart tersenyum kecil lalu dipusing semula menghadap gadis itu. Serta merta, tangan dia jatuh daripada memegang selamanya sut lelaki itu.

"Bukan saya tak suka dengan kehadiran bos. Cuma betul ke bos nak makan dengan keluarga saya?" Stuart mengangguk laju bersama mukanya yang selamba. Robin tersenyum penuh makna.

"Then, Mr Kim you better be prepared." Stuart hanya mengangguk sekali.

Robin menjemput Stuart melepasi pagar lalu ditutup semula pagar itu. Puan Khadijah yang mendengar enjin kenderaan diluar tadi, terus membuka pintu utama rumah untuk menjemput tetamu bersama senyuman. Robin telah memberi tahu Puan Khadijah terlebih dahulu bahawa dia akan membawa tetamu untuk makan malam bersama mereka.

"Good Evening, Aunty." Stuart berkata ketika dia dijemput masuk ke dalam rumah dan sebaik sahaja dia mahu memeluk Puan Khadijah, terus dia terasa ditolak perlahan daripada mendekati si ibu. Stuart memandang siapa yang telah menolak dirinya daripada membuat greeting meet. Lelaki itu menunduk ke bawah kerana terasa tolakannya di perut.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now