Bab 44 - He's back

7.5K 517 198
                                    

Bab 44

               ROBIN ke hulur ke hilir dibiliknya dengan perasaan gundah bersama ibu jari digigit. Selepas enam hari berlalu, Amran tidak henti-henti datang kerumahnya dengan berniat untuk mengambil hatinya. Selain itu, kaki itu juga semakin pulih semuanya angkara dia berdoa kepada Allah agar cepat pulih dan berkat tangan Makcik Salwah.

Namun yang dirisaukannya sekarang, Amran telah beritahunya bahawa tempoh dia boleh berfikir hanyalah selama seminggu, selepas mereka berbincang sekali lagi di pondok. Masa itu dipendekkan kerana dia terlupa bahawa dia mempunyai selama satu minggu sahaja cuti.

Esok adalah hari terakhir untuk dia memberi keputusan kepada Amran Shah. Dia gugup kerana tidak tahu membuatkan keputusan apa. Setelah beberapa kali dia menunaikan solat istikharah untuk meminta petunjuk, dia asyik mimpi kenangannya bersama Stuart di hospital di London.

Dia keliru. Stuart bukan Islam tapi bagaimana?

"Robin." Tersentak dirinya apabila menerima ketukan dipintu bersama dengan suara Benard memanggilnya. Dia menggigit bibir bawah perlahan tidak mahu menyahut memandangkan sekarang sudah pukul sepuluh malam.

"Robin aku tahu kau tak tidur lagi." Terkaku Robin ditempatnya. Nafas panjang ditarik lalu dia menghembus perlahan. Mata dipejam seketika lalu dibuka semula dan perlahan-lahan dia mendekati pintu biliknya.

Pintu bilik itu dikuak besar lalu dia memandang Benard dengan pandangan hairan. Lelaki itu pula dengan muka seriusnya dimaklumkan malam begini. Kedengaran bunyi televisyen dari ruang tamu membuatkan dia rasa lega sedikit, pasti Puan Khadijah dan Alisya sedang menonton tv.

"Kenapa awak panggil saya?" Soal Robin.

"Aku nak bercakap dengan kau sedikit dekat pondok boleh?" Soalnya pula. Lama Robin berfikir sebelum dia bersetuju.

Robin keluar dari biliknya dengan perlahan-lahan kerana dia tidak lagi perlukan tongkat dan kerusi roda kerana kakinya hampir pulih. Benard mendekati Robin, mengambil langkah berjaga-jaga jikalau gadis itu hilang keseimbangan.

Mereka berdua berjalan mendekati ruang tamu untuk menuju ke pintu utama rumah dan pondok yang berada di luar rumah. Tatkala mereka bertembung dengan Puan Khadijah dan Alisya, Robin tersengih lalu dia berjalan laju sedikit mendekati uminya.

"Ni along nak pergi mana malam-malam ni?" Soal Puan Khadijah prihatin.

"Along nak pergi pondok sekejap nak berbincang dengan Benard." Puan Khadijah memanggil perlahan bersama senyuman hairan.

"Nanti sebelum nak keluar tu buka lampu luar yang paling terang supaya kawasan pondok tak gelap. Lagi satu, Alisya akan teman sekali. Bukan umi tak percaya dengan Beni, umi cuma risau aje. Bisikan syaitan mereka tidak henti, umi risau." Benard tersengih lalu dia mengangguk setuju begitu juga dengan Robin.

"Beni fahamlah umi. Jangan risau, Beni cuma nak cakap dengan Robin fasal Stuart." Serentak itu terasa bahu kanannya dipukul dengan benda nipis. Apabila dia menoleh ketepi, terlihat gadis itu memberi isyarat agar tidak menyentuh nama Stuart dihadapan umi.

"Lisya nak ikut!" Alisya mengangkat kepalanya dari terus baring di riba Puan Khadijah. Pantas gadis kecil itu berdiri dan berlari anak membuka suis lampu besar dan keluar dari pintu utama rumah.

Robin tersenyum nipis lalu dia meminta izin untuk keluar dan Benard mengikuti jejak langkah si gadis. Tiba sahaja mereka di pondok, Robin terlebih dahulu mengambil tempat kerja tidak boleh lama berdiri manakala Benard mengambil tempat di hadapan Robin. Alisya pula pasti menjenguk tanahnya di tepi pondok.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now