Bab 31 - My Nurse

7.8K 520 35
                                    

Bab 31

           BEG kertas yang penuh dengan makanan itu Robin ambil lalu dibawa ke atas ribanya. Mula-mula dia keluarkan burger Big Mac terlebih dahulu lalu dia letakkan bungkusan burger itu disisi peha kirinya diikuti dua belas ketul nugget, bubur ayam dan secawan aiskrim coklat.

Setelah makanan tersebut disusun sebaris, Robin mengetuk jari telunjuk tangan kirinya ke dagu beberapa kali sambil memerhati makanan yang disusun rapi itu manakala Stuart hanya memandang gelagatnya memilih makanan.

"Inale watelu watele watelu kedangse watelu kecapuk." Tangan Robin terhenti pada bubur ayam. Dia mengambil bubur ayam dengan ceria apabila matanya bersatu dengan mata Stuart, dia memberi senyuman lebar lalu perhatiannya beralih pada bubur ayam semula.

"What's that, Robin?" Jawapannya yang Robin bagi ialah mengangkat bahu sekali apabila memahami soalan Stuart. Bibir lelaki itu terhias dengan senyuman kecil.

"Saya tak tahu tapi.. " Disuap sesudu bubur ayam masuk ke dalam mulutnya dengan menggunakan sudu yang disediakan di dalam beg kertas. Wajah kosong Stuart itu dipandang lalu dia memberi senyuman mata, senyuman manis bersama mata turut terkatup.

"Masa zaman saya kecil dahulu, kami selalu main baling selipar. Setiap kali nak bahagikan dua kumpulan, selalunya kami guna cara yang inale tu tapi kadang-kadang orang lain gunakan lat talilat tali tamploi untuk bahagikan dua kumpulan dengan cepat iaitu menggunakan belakang telapak tangan dan tapak tangan secara serentak." Robin menunjukkan tapak tangannya dan belakang telapak tangannya dihadapan muka Stuart. Berkerut dahi lelaki itu memahami apa yang Robin terangkan.

"Tapi kadang kadang yang lat talilat tu kena buat banyak kali kalau pemain terlalu ramai sebab akan terjadi sebilangan kumpulan A akan ramai dan sebilangan kumpulan B akan sedikit." Sesudu yang penuh dengan bubur itu disuap ke dalam mulut.

"Kesimpulannya, saya guna cara inale untuk menentukan makanan yang saya nak makan dulu." Sekali lagi senyuman diberikan kepada Stuart.

"Macam menarik." Robin mengangguk.

"Memang menarik pun. Kalau dekat kampung saya, selalunya semua kawan saya akan berkumpul di halaman depan rumah atuk saya untuk bermain apa-apa permainan." Stuart menongkat lengannya pada palang besi sisi katil Robin.

Lelaki itu mengeluarkan sesuatu dipoket seluarnya. Sapu tangan. Robin menjungkit kening kanannya. Tatkala Stuart mula mendekatinya, Robin gelabah. Bubur ayam yang berada dipegang itu bergigil.

"S-saya.. A-awak bua-" Tergamam dia saat sapu tangan itu mengelap hujung bibirnya tetapi lebih pada kawasan pipi.

"Clumsy." Bisik Stuart dihadapan wajah kaku Robin dan senyuman nipis dihiasi dibibirnya lalu kembali ke posisi biasa di kerusi tadi.

Mati kutu Robin dikatilnya. Speechless.

Melihat tiada pergerakan pada gadis itu, Stuart memetik jarinya sekali dihadapan wajah Robin dan disebabkan menghasilkan bunyi yang kuat maka Robin tersedar. Pegangan bekas bubur ayam dikemaskan agar tidaj terjatuh namun menggigil sedikit masih ada.

Keadaan mereka menjadi kekok bagi Robin kerana dia langsung tak memandang Stuart malah dia hanya fokus makan bubur ayam dengan laju. Disumbat bubur itu kedalam mulutnya dengan laju supaya dia boleh keluar untuk mengambil udara yang lebih segar.

MY IDEAL ITALIAN GUYWhere stories live. Discover now