Chapter 1: Teksi

26.6K 755 7
                                    



"Hello." seorang pramugari perempuan itu tegur Putri saat dia menaiki pesawat.

Putri tersenyum manis dan kembali membalas teguran pramugari tersebut. "Hi."

Putri mengatur langkah untuk mengambil tempat duduknya. Dia berjalan dan duduk di sebelah seorang lelaki yang sedang tidur menghadap tingkap. Aik, kapal terbang berlepas pun belum, takkan dah nyenyak tidur. Dia melihat lelaki itu dengan teliti dan kemudian dia tertanya-tanya kepada dirinya sendiri.

"Siapa mamat ni?" soalnya dengan suara kecil.

Putri kemudian mendekatkan wajahnya dan cuba untuk memerhatikan wajah lelaki itu tetapi agak susah kerana wajah lelaki itu menghala ke arah tingkap.

Sewaktu tengah memerhatikan lelaki itu, Putri tiba-tiba tersedar sesuatu dan mula teringat akan lelaki yang berbaju kemeja warna hitam di lapangan terbang sebentar tadi. Lelaki tak guna dan belagak yang langgarnya itu, arrogant goat!

"Ohh, Mr Arrogant ni yang langgar aku tadi. Tch, jumpa lagi rupanya. Baru aku berharap tak nak jumpa kau." kata Putri dengan perlahan kerana tidak mahu mengganggu penumpang lain. Dia masih lagi memerhatikan lelaki itu dengan jarak yang dekat.

Semasa lelaki itu diperhatikan oleh Putri, lelaki tersebut tiba-tiba mengerakkan wajah ke arahnya sehingga menyebabkan hidung mereka bersentuhan sekilas. Sekali gus, Putri boleh merasakan kehangatan nafas lelaki itu diwajahnya. Terkejut beruk kejap.

Argh, dekatnya! Mama, tolong.

Tersedar sahaja dari lamunan, Putri bingkas bangun dari tempat duduknya menuju terus ke tandas tetapi lagi sekali dia terlanggar dengan seorang gadis. Seorang gadis yang mempunyai tubuh badan yang langsing, tinggi lagi menawan dengan pakaiannya yang agak terdedah. Haih, berapa kali nak langgar orang da, hari ini. Sebentar tadi dengan Mr Arrogant yang memang tak tahu minta maaf, kali ini minah mana pula?

"I'm so sorry Miss. It's my fault." ujar Putri lembut walaupun tak adalah berapa nak ikhlas. Malas.

"What the hell, you freaking ruin my clothes. Ugh, clearly it is your fault." jerit gadis itu sambil menggosok bajunya yang sedikit kedut.

Ey, geram pula Putri dengan minah gila ni, orang dah mintak maaf tu terima jelah. Tampar muka tu baru tahu. Nasib dia ni seorang yang penyabar. Aishewah, puji diri sendiri sikit je.

"Like I said, I'm sorry." kata Putri dengan nada yang malas dengan jelingan yang tajam sempat diberikan kepada gadis tersebut. Lalu dia meneruskan hasratnya ingin ke tandas yang terbatal akibat kejadian bersama gadis gila itu.

Dari jauh Putri boleh mendengar gadis itu sedang mencarut dan menyumpah ranahnya tetapi dihiraukan sahaja kerana tidak mahu melayan perangai kanak-kanak gadis itu. Kira baiklah dia minta maaf juga. Kalau nak ikutkan hati, nak je Putri tolak gadis itu biar jatuh terus.

Masuk sahaja ke dalam tandas dia menutup dan mengunci pintu kemudian melihat wajahnya di dalam cermin. Sudah terang, lagi bersuluh wajahnya yang merah padam kerana kejadian yang berlaku dengan lelaki tersebut sebentar tadi. Tangan kanannya naik dan mengusap hidungnya perlahan-lahan.

"OMG, cute pulak dia bila tido, heheh." kata Putri sambil tersenyum manis di hadapan cermin tandas.

"Kejap, asal aku senyum-senyum nih?" soal Putri kepada diri sendiri, lalu senyumannya laju sahaja dimatikan.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now