Chapter 96

12.7K 411 16
                                    



"Kalau takde apa-apa, saya balik dululah. Saya minta maaf sekali lagi bagi pihak Melissa." Megat Aiman bangun dari kerusi yang didudukinya.

"Okay, takpelah. Benda dah nak jadi, nak marah pun dah tak guna. Balik elok-elok." Putri tersenyum kepada lelaki tersebut.

"Tadi, saya ada pergi jenguk Syed tapi dia tengah tidur. Sebabkan tak nak ganggu dia, saya duduk sekejap je. Putri tolong kirim salam saya pada dia."

Putri mengangguk. "Ya, InshaAllah. Saya bagitahu dia."

"Okay, saya pergi dulu. Semoga cepat sembuh. Putri dengar cakap doktor tau, jangan buat kerja yang berat-berat. Make sure, rehat sepenuhnya. Makan makanan yang healthy." pesan Megat Aiman sebelum beredar.

"Ya, baiklah doktor Megat Aiman!" Putri menggulingkan matanya. Geram dengan bebelan Megat Aiman. Sudahlah doktor dekat sini garang-garang, dia janji tak nak jatuh sakit dah. Tak nak duduk hospital dah.

Megat Aiman ketawa perlahan lalu dia mengucapkan salam dan dibalas oleh Putri lembut. Figura Megat Aiman hilang dari pandangan Putri apabila lelaki itu keluar dari bilik yang didudukinya.

Putri mengambil telefon pintarnya dan mendail satu nombor. Dia menunggu panggilannya untuk dijawab. Tapi, malangnya tak dijawab pun.

"Hish, mana papa ni?"

Putri menatal skrin telefon pintarnya dan mendail nombor Puan Maria pula. Harap-harap dijawablah. Kalau tak, nak merajuk sampai tahun depan. Panggilannya dijawab oleh Puan Maria.

"Hello?" sapa Puan Maria dari talian.

"Hello, Mama! I miss you. Mama tak datang ke? Dah bosan ke teman Putri dekat hospital ni sepanjang tiga hari? Sampai hati mama. Tak nak kawan, nak merajuk." rengek Putri manja.

"Ala-ala budak manja ni. Nak jadi mak budak dah tak lama lagi, pun masih nak manja. Mama nak datanglah ni, kejaplah. Papa tu sibuk cari kertas kerja dia kejap, hilang katanya. Kami sampai lewat sikit ya."

"Oh, yeke? Okaylah kalau macamtu. Putri nak gi tengok suami Putri jap. Tapi, Ma. Nanti jangan lupa belikan Putri ais krim eah." pinta Putri. Itulah tujuan sebenar dia menelefon orang tuanya.

"Ish, tengok tu. Doktor cakap suruh makan makanan sihat, nak jugak makanan yang tak sihat. Kelmarin dah sneak out makan ayam MacD dengan burger sedangkan doktor kata tak boleh lagi." marah Puan Maria dihujung talian. Anaknya ni degil sungguh. Kalau bab makanan, memang nak ikut perut dia sahaja. Kalau tak bagi, alasannya mesti 'ala, baby dalam perut yang nak, please?'

"Ayam MacD dengan burger tu Putri memang craving dari dekat Langkawi haritu tau. Tapi, sebab masuk hospital Syed tak dapat tunaikan permintaan Putri and that's why Putri minta tolong Mama hehe. Sekarang ni nak ais krim, Ma. Please? This time je eah? Kesian dekat baby Putri, dia teringin nak makan manis-manis ni." pujuk Putri lagi.

"Ada-ada jelah. Yelah, nanti Mama singgah belikan ais krim. Tapi, Putri janji jangan makan banyak sangat. Putri pun bukannya sihat sepenuhnya lagi. Badan tu lemah lagi."

"Okay, Mama. Beli tau! Buy a neapolitan ice cream. Bye, Ma. Datang cepat-cepat tau, muah. I love you so much."

"Yelah. Bye, pergi bilik Syed hati-hati. I love you too, princess."

Putri tersenyum kepuasan. Talian dimatikan, telefon pintar miliknya dimasukkan ke dalam poket baju hospital. Baju ni besar kut, dia sudahlah kecil je. Hospital ni cubalah sediakan baju yang saiz kecil untuk orang yang comel molek seperti dia ni. Ini tak, baju siaz berapa entah.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now