Chapter 30: Gathering

14K 406 8
                                    


"PUTRI! Putri!!!" panggil Syed ketika masuk ke dalam rumah selepas memberikan salam. Kasut yang ditanggal, diletakkan di atas rak kasut.

"Syed dah balik." tegur Puan Sri Siti Aisyah. Dia melihat anak lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.

"Ya, mummy. Putri mana? Kitorang nak pindah hari ini." beritahu Syed kepada wanita tua itu lalu menyalami Puan Sri Siti Aisyah dan tangan wanita tua itu dicium lembut.

"Putri ada di atas. Ya, mummy dah tahu. Putri beritahu pada mummy tadi." kata Puan Sri Siti Aisyah.

"Ah, okay. Syed naik atas dulu lah ye." Syed meminta diri.

"Baiklah." Puan Sri Siti Aisyah keluar dari rumah untuk ke mini garden dibelakang rumahnya. Nak kemas apa yang patut.

Di bilik, Putri berbaring di atas katil yang bersaiz king itu. Nyenyak tidurnya. Penat sangat dia mengemaskan barang-barangnya dan Syed ke dalam bagasi. Sudah tiga jam dia tidur.

Syed membuka pintu perlahan-lahan. Awalnya, niat nak sergah Putri tetapi gadis itu sedang tidur pula. Terus hilang niat nak mengusik gadis itu. Syed mendekati katil yang bersaiz king itu lalu duduk di sebelah figura gadis yang sedang tidur itu. Senyuman mula terukir melihat wajah gadis itu. Tidur pun comel. Dia ketepikan helaian rambut Putri satu per satu yang menghalangnya untuk melihat wajah gadis itu.

'Hmmm, cantik isteri aku ni sebenarnya ya. Kulit putih gebu. Satu jerawat pun tiada.' bisik Syed di dalam hati. Sebelum dia bangun untuk mandi, tanpa dia sendiri sedari dia melabuhkan ciuman di atas dahi Putri.

Setelah dua puluh lima minit berlalu, Syed keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala. Dia mengambil baju t-shirt polo berkolar yang berwarna kuning dengan seluar koko kekuningan lalu disarungkan ke tubuhnya. Usai itu, matanya mendarat pada gadis yang masih lagi di buai mimpi. Dia mendekati gadis itu lalu mengejutkan gadis itu dengan panggilan nama gadis itu.

"Putri.... Putri...." lembut sahaja suaranya memanggil nama gadis itu. Perlahan-lahan gadis itu membuka mata bila terdengar namanya diseru.

"Eh, awak... bila awak balik?" soal Putri sebelum menguap sambil mengusap-usap matanya.

"Tadi. Kau menguap lagi. Haih, kalau kau penat sangat kita pindah esoklah. Sorry aku dera kau sikit kemaskan baju." tiba-tiba rasa kesian pula pada gadis yang masih lagi sedang berbaring itu.

"Eh, takpa. Jap saya pergi mandi eah. Kesian, awak dah bersiap." kata Putri. Dia bangun dari katil lalu mencapai tuala untuk pergi mandi.

"Yelah, aku tunggu dekat bawah." beritahu Syed sebelum Putri sempat masuk ke dalam bilik mandi.

Syed mengambil tiga bagasi yang semuanya berisi barang mereka. Memang banyak sangat. Luggage tu pun memang besar dan berat. Macam nak pergi Mesir tak nak balik dah pun ada. Semua sekali Putri packed. Nasib katil pun tidak disumbatnya di dalam bagasi tersebut.

"Woah, bapak berat sia." kata Syed selepas dia mengangkat dua bagasi itu ke tingkat bawah. Kemudian, dia kembali ke bilik dan mengambil lagi satu bagasi.

"Putri mana? Belum siap lagi?" tanya Tan Sri Syed Amran yang baru sahaja turun ke ruangan tamu.

"Belum. Dia baru tengah mandi." balas Syed kemudian mengambil tempat duduk di sebelah wanita tua yang disayanginya itu. Dipeluknya wanita tua itu berserta ciuman di pipi wanita itu.

"Ish, ish, dah ada isteri pun masih lagi manja dengan mummy. Anak lelaki ke perempuan ni?" kata Tan Sri Syed Amran yang juga mengambil tempat duduk di sebelah Puan Sri Siti Aisyah.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now