Chapter 97

12.3K 382 32
                                    



"Ma, letak ayam masak merah tu dalam pinggan Putri satu. Nak bahagian wing." Putri menghulurkan pinggannya ke arah Puan Maria.

Puan Maria mencedok ayam masak merah tersebut dan dimasukkan ke dalam pinggan anak tunggalnya itu.

"Nak kuah tak?" soal Puan Maria.

"Boleh jugak. Tapi, jangan banyak sangat. Nanti pedas." kata Putri, Puan Maria turutkan saja.

"Abang nak tambah nasi lagi?" soal Putri memandang pinggan suaminya yang sudah hampir kosong.

"Tak nak. Abang dah kenyang." balas Syed.

"If you say so." Putri mula sambung makan.

"Syed dapat MC berapa hari?" soal Encik Hazran sebelum meneguk air oren yang dibancuh oleh isterinya sebentar tadi.

"Tak lama, lima hari je Papa. Luka Syed dah makin pulih. Kalau gerak-gerak pun dah tak terasa pedih. Cuma, doktor cakap still kena hati-hatilah." jawab Syed memandang Encik Hazran lalu memberikan sekilas senyuman.

"Hmm, betul tu. Syed hati-hatilah. Rehat betul-betul sepanjang lima hari ni." balas Encik Hazran.

"InshaAllah." Syed mengangguk kecil.

Selesai makan malam, Encik Hazran dan Syed meninggalkan ruangan dapur ke ruang tamu. Puan Maria dan Putri mula mengemas dapur bersama-sama.

"Tinggal dekat Mamalah Putri. Putri pergi pack barang Putri. Nanti lambat pula Putri dengan Syed nak balik. Kesian Syed, mesti penat."

"Alah, pinggan tinggal sikit je ni. Habis Putri basuh ni, Putri pergi pack okay." kata Putri kepada Puan Maria dengan tangannya yang ligat membersihkan pinggan-pinggan yang telah diguna.

"Ish, tak berubah langsung. Masih berdegil kan sampai sekarang? Cubalah sekali Mama cakap, patuh." Puan Maria mengelap meja makan dengan kain putih.

"Degil sikit je, Ma." selesai membasuh pinggan. Putri mengambil tisu dan lap tangannya hingga kering.

"Now, dah siap barulah Putri boleh pergi pack." Putri berjalan keluar dari ruangan dapur terus memanjat anak tangga ke biliknya untuk mengemaskan beberapa helai baju yang dibawanya. Seperti yang diminta oleh suaminya, Putri sudah tiga hari tinggal di rumah orang tuanya ketika Syed berada di hospital.

"Syed tak nak tidur sini dulu ke malamni?" soal Puan Maria yang baru sahaja keluar dari ruangan dapur. Dia mengambil tempat duduk disebelah Encik Hazran.

"Maaflah, Mama. Syed datang sini sehelai sepinggang. Langsung tak bawa baju. Mungkin nanti-nanti Syed dengan Putri datang tidur dekat sini ya Mama." sehabis lembut Syed cuba utarkan. Tak mahu menyinggungkan perasaan ibu mertuanya.

"Hmmm, takpelah." Puan Maria mengeluh kecil.

"Biarlah dorang balik. Syed pun tak lega sepenuhnya lagi, mesti dia nak tinggal dekat rumah dia. Lagi selesa." Encik Hazran menyampuk. Dia tak nak Syed terasa beban pula melihat Puan Maria mengeluh sebegitu.

"Jom, abang! Putri dah siap." Putri mendekati mereka semua di ruang tamu. Tudung bawal berwarna biru laut sudah elok berbalut di kepalanya.

"Jom." Syed bangun berhati-hati dan mula menyalami Encik Hazran dan Puan Maria.

Putri juga mula menyalami Encik Hazran dan Puan Maria. Tubuh Puan Maria kemudian dipeluk erat oleh Putri, pipi mereka dilaga-lagakan.

"Bye, Ma Pa. Nanti kitorang datang lagi." kata Putri tersenyum.

"Terima kasih jagakan Putri sepanjang tiga hari ni ya Papa Mama." Syed pula berkata kepada orang tua tersebut.

"Takde yang nak diterima kasihnya pun. Budak ni pun anak Mama." Puan Maria mencubit kecil pipi Putri.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now