Chapter 69

12.9K 434 16
                                    


Syed mengetuk bilik Putri dua kali lalu memulas tombol pintu apabila mendengar suara gadis itu menyuruhnya masuk.

Sepasang matanya hinggap ke arah isterinya yang sibuk solekkan muka dengan alat-alat solek yang memang berselerak. Ish ish complicated sungguh jadi perempuan. Lelaki senang. Mandi, pakai baju dan buat rambut. Boom dah siap.

Syed mengambil tempat duduk di atas katil Putri. Nasib katil kemas. Kalau tak naknya Syed mula nak membebel kepada isterinya.

"Jap eah awak. Kejap je lagi." kata Putri dengan matanya tak lepas dari melihat cermin. Sibuk make-up.

Syed memandang dress Putri yang berwarna peach ala-ala pink lembut dan agak labuh itu. Cantik je terletak di tubuh isterinya. Sesekali dia melihat baju kemeja yang tersarung di tubuhnya pula, juga warna yang sama macam dress Putri. Siapa lagi kalau bukan Putri yang nak matchy-matchy.

Syed kalau boleh memang tak naklah berbaju kemeja warna peach ala-ala pink ni. Habis kelakiannya. Tapi apakan daya jika bini sudah kata itu, itulah jawabnya. Kalau tak Putri ugut taknak masak selama dua minggu. Fuh! Takkan hari-hari makan kedai. Botak.

Syed bangun dari birai katil dan mendekati isterinya. Dia melihat Putri yang sibuk menyapu sesuatu ke muka.

"Kau pakai apa tu?" soal Syed.

"Awak rasa?" soalan berbalas soalan.

"Entah. Tepung kut. Tapi tepung warna putih, yang kau pakai tu warna koko. Kopi lah kut." Syed dengan selambanya menjawab.

Muka seposen ditayang oleh Putri. Tepung? Kopi? Seriously suami aku ni? Dahlah jawab dengan muka tak bersalah.

"Kopi abah awak! Ini nama dia foundation. Faham?" jawab Putri menerangkan kepada suaminya sambil menunjukkan botol foudation tersebut.

"Foundation? Foudation tu bukan yang masuk universiti belajar setahun tu ke? Ummm apatah dalam bahasa melayu dia. Wait.... ummm. Haaa asasi! Haaa apa perbezaan dia?" soal Syed lagi dengan keningnya terangkat sebelah.

"Ishh pandai-pandai awaklah google sendiri. Payah berbeno ada suami yang bergelar lecturer ni pun. Semua nak dikaitkan dengan kolej, universiti. Shhhhhh diam nanti kita lewat. Biar saya make up bagi habis dulu baru soal." Putri meneruskan solekkannya.

Syed menghiraukan Putri dan mengambil satu alat solek Putri. Dia membuka penutup alat tersebut. Fuhh! Macam-macam warna bhai. Apa benda pulak ni? Selalu tengok banyak warna macamni perwarna makanan je. Takkan benda alah ni pewarna makanan? Takkanlah pulak Putri nak letak perwarna makanan dalam bilik dia kan? Takkan Putri nak pakai perwarna makanan kan?

"Oit, Putri. Ni apa benda pulak?" Syed menunjukkan alat solek itu kepada isterinya.

"Awak rasa tu benda apa?"

"Dalam fikiran aku, aku rasa ni perwarna makanan tapi aku tahu bukan. Apa ni?"

Putri tergelak kecil mendengar jawapan Syed. Apa ke bangang sangat suami aku ni ya allah?

"Itu eye shadow palette." jawab Putri.

Syed membuat bentuk 'O' tanda faham.

"Tu kau pakai apa pulak?" tanya Syed lagi.

"Ish awak ni banyak tanyalah!" naik senoktah suara Putri.

"Alaa aku nak tahu je." kata Syed mula berjauh dari Putri. Marah kita pula! Kita tanya je. Salah ke?

"Takpalah aku tunggu dekat ruang tamu." kata Syed terus melangkah keluar dari bilik Putri dan menunggu gadis itu di ruang tamu.

Setelah dua puluh minit berlalu, Putri sudahpun siap make-up. Setiap anak tangga dituruni dengan hati-hati. Dia melihat suaminya yang sibuk dengan telefon bimbit.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now