Chapter 9: Punishment

19.1K 537 6
                                    



Pada pukul 3.00 p.m. semua kelas Putri pada hari itu sudah berakhir. "Finally, home time!" jerit Putri bahagia.

"Home time kepala otak kau Putri! Mr Syed nak jumpa kau kan lepas semua kelas kau habis? Sooo good luck Putri!" kata Farhana sambil ketawa di dalam ayatnya.

"Hahahahahahaha Good luck girlzzz." kata empat orang gadis di sekelilingnya berjemaah dengan ketawa dalam ayat mereka.

"Argh, betullah mamat tu nak jumpa aku pulak. " degus Putri. Terlupa. Atau buat-buat terlupa tak nak pergi.

"Haah! Kau ingat pun. Kau jangan nak buat kerja gila nak lari lagi eah kali ni. Aku smack down kau nanti. Aku tak tolong back-up kau dah kali ni k." pesan Rafiqa sudah masak dengan perangai gadis disebelahnya itu.

"Hehehehe kau macam tahu-tahu je." balas Putri sambil mengukir senyuman nakal untuk Rafiqa.

"Kau jangan Putri!" Rafiqa memberi amaran.

"Ye, aku tak buat aku nak pergilah ni bye". habis sahaja ayatnya dia terus beredar dari situ terus ke bilik Syed.

                             🌹🌹🌹

Putri mengetuk pintu bilik pensyarahnya dengan malas. Malas? Yelah dari pagi datang kolej sekarang dah petang pukul 3.00 mestilah nak pulang ke rumah kan? Rehat. Makan.

"Come in."

Putri mendengar suara lelaki itu dari dalam yang memaklumkan dia untuk masuk ke dalam jadi dia terus buka pintu. Matanya dialihkan ke arah Syed yang sedang sibuk dengan kertas-kertas kerja yang berselerak di atas meja. Nampak sibuk sangat sampai tali leher pun dah longgar. Tapi still nampak kacak dengan rambutnya yang masih lagi rapi itu.

"Dah puas usya aku ke?" tiba-tiba Syed bersuara mengejutkan gadis itu dari lamunan.

"Huh? Belum? Ehh tak saya mana ada usya Mr Syed pun tak payah nak perasan okay." cepat-cepat Putri mengaturkan ayat sebaik mungkin supaya tak kantoi yang mata dia memang tengah melekat memperhatikan gerak-geri Syed. Tapi macam dah kantoi je pun. Haih! Malulah.

"Yelah tu! Kau tak payah nak panggil aku Mr Syed lah bila kita berdua. Panggil aku Syed je."

"Baiklah." balas Putri perlahan sahaja.

"Anyway, kenapa kau datang bilik aku? Nak jumpa aku? Rindu aku ke?" selamba je Syed tanya.

"Boleh saya tahu umur awak?" soal Putri tiba-tiba membuatkan Syed keliru.

Apa pasal budak ni tiba-tiba tanya umur aku. Pelik, desisnya.

"24 tahun." balas Syed ringkas tanpa menunjukkan apa-apa reaksi.

"Alahai, muda lagi. Ingatkan dah 50 tahun tadi. Pelupa. Awak yang suruh saya jumpa awak sebab saya lewat tadi so saya datang lah jumpa awak. Takda masa lah saya nak rindu dekat awak." balas Putri lalu menjeling matanya kepada Syed.

Tergelak kecil Syed melihat perangai Putri. Padahal, dia gurau je. Dia memang ingat yang Putri kena datang jumpa dia. Tapi saja gatal nak usik. Dia ingatkan gadis itu takkan datang jumpa dia tapi sekarang dah ada depan mata. Tak pasal-pasal kena fikir satu idea hukuman untuk Putri akibat datang lewat. Hukuman apa ya yang sesuai?

"Bak fon kau!" minta Syed.

"Huh? Nak buat apa?" keliru Putri tiba-tiba je minta telefon pintarnya dia.

"It is one of your punishment. Give it to me." kata Syed tiba-tiba pula bersuara tegas.

Malas nak bertengkar Putri pun pasrah dan serta-merta memberikan telefon pintarnya kepada Syed dengan hati yang berat.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now