Chapter 82

12.3K 374 16
                                    


"Melissa." panggil Syed lembut. Takut juga kalau rancangannya tak berjaya. Dia sudah tak tahan nak berlakon lagi dah jadi dia buat keputusan untuk mula bertanya kepada Melissa. Harap-harap menjadilah. Kalau tak, sampai ke mati pun tak dapat tahu kebenaran.

"Hmmmm?" Melissa langsung tak memandang wajah Syed malah fokus dengan telefon pintarnya.

"Kalau I nak tanya something boleh?" soal Syed masih lagi dalam ton lembut. Secara sembunyi dia menekan butang di telefon pintarnya untuk merakam suara mereka berdua. Lagi senang kerjanya apabila hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam pejabatnya sekarang. In shaa allah boleh dengar dengan jelas suara mereka berdua.

"Tanya apa?" soal Melissa. Kali ini barulah dia memandang Syed dengan senyuman berserta wajah yang agak keliru. Keliru dengan wajah Syed yang nampak agak serius.

"Janji tak marah?" kata Syed lagi berhati-hati. Bukan senang minah ni. Naknya dia mengamuk hancur lebur rancangan ni.

"Kenapa? You nak tanya apa?" soal Melissa mula rasa pelik.

"Something serious about our past." kata Syed memandang wajah Melissa dengan teliti untuk mencari kerisauaan atau keresahan dalam wajah gadis itu. Tetapi tiada. Kosong. Susah nak membaca riak muka gadis ini.

"Our past? Which one would you like to know? Tapi kenapa? Bukan ke you cakap you nak lupakan kisah silam kita dan mula hidup baru dengan I?" soal Melissa.

"Yes, I know. Tapi kalau nak mulakan hidup baru pun. I perlu tahu kan? I perlu tahu kebenaran. Melissa, dulu you pernah cakap dekat I something. Kunci yang paling penting adalah.."

"Kejujuran." kata Syed dan Melissa serentak. Melissa tersenyum manis mendengar kata-kata itu. Tak sangka Syed masih ingat kata-katanya yang satu itu. Arwah kepada ibu dan bapanya yang berkata kepada dirinya dahulu. Setiap hubungan yang dibina perlukan kejujuran tidak kira hubungan kekeluargaan mahupun hubungan percintaan.

"I still remember. Tanyalah. Kalau I rasa I ada jawapan. I jawab dengan jujur."

"Alright. Here goes nothing." kata Syed, mula menarik nafas sedikit.

"Janganlah nervous. I don't bite, Syed." gurau Melissa tersenyum kecil melihat Syed yang agak gementar.

"I sebenarnya nak tahu tentang abang Aniq. I nak tahu semuanya Melissa. Please. I tak nak you rahsiakan apa-apa pun dari I lagi. I dah penat kena tipu." kata Syed tetapi suaranya masih lagi maintain, takut-takut juga kalau dia tertinggikan suara. Tak pasal-pasal minah ni takda mood.

"Aniq? I boleh bagitahu. Tapi are you sure Syed? Because I'm super sure you will hate me after you heard all of this." kata Melissa dengan riak wajahnya yang mula berubah sedikit.

"In shaa allah. I boleh terima. Macam I cakap, I want a honesty, Melissa Shahira."

"I don't know about this." kata Melissa agak serabut.

"Come on, please. I want to know about every little thing. Even about Daniel. What did you do behind me when I'm not with you Melissa?" kata Syed. Walaupun hati dia memang bukan milik Melissa lagi, tapi luka yang pernah dilalui itu masih ada. Pedihnya percintaan. Mungkin kita boleh memaafkan tapi kita tak boleh tipu hati kita yang masih sakit serta minda kita yang masih mengingati. Forgive, yes. Forget? Never.

Melissa mula rasa takut, dia sebenarnya takut Syed akan hilang dan tak percayakannya lagi. Tapi bila fikir kejujuran yang Syed inginkan membuatkan dia keliru sama ada hendak berterus terang ataupun tidak. Melissa menarik nafas dalam-dalam dan Melissa melihat wajah lelaki yang pernah dia sayang dan masih lagi sayang sampai sekarang.

"Fine. I tell you every part of it. Dengar betul-betul Syed. I takkan ulang, sebab ini kisah yang paling gelap I pernah lalui. I tahu I pergunakan abang you."

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now