Chapter 16: Redha

14.9K 432 2
                                    



Setelah tamat kolej pada hari itu, Putri membuat keputusan untuk pergi mengikut kawan-kawannya pulang ke rumah mereka. Dia tak rasa yang dia bersedia untuk pulang ke rumah berjumpa dengan kedua orang tuanya. Mereka semua menaiki kereta Honda Civic yang dimiliki oleh Rafiqa. Semasa di dalam perjalanan mereka berbual-bual di dalam kereta.

"Let's go back home gang and the bride to be." usik Aina.

"Yeah! Bride-to-be. Argh, aku pulak yang tak sabar nak tunggu kau kahwin Putri. Make sure kitorang yang jadi kau punya bridemaids okay." kata Rafiqa. Tergelak kecil Putri mendengar celoteh gadis-gadis itu.

Perasaan dia sudah stabil. Tidaklah begitu sedih lagi. Tetapi kemarahan terhadap kedua orang tuanya masih bersisa. Dia tahu mungkin apa yang kedua orang tuanya buat ada sebab ataupun hikmah disebaliknya. Tetapi tidak tahulah apa yang dia rasa sekarang. Sama ada hendak teruskan dengan permintaan mereka atau membantah. Jika, dia menerima permintaan itu pasti masa depannya tidak begitu terjamin. Dia akan grad tak lama lagi tetapi dia masih lagi muda. Masih mahu untuk meneruskan pelajarannya.

Manakala, jika dia nak membantah. Tak baik pula. Seperti menderhaka. Kedua orang tuanya sudah menjaga dia dari bayi yang tidak pandai apa-apa sehinggalah dia sudah dewasa. Mereka telah melimpahkan dia dengan kasih sayang, kemewahan untuk keselesaan bagi dirinya. Jadi, mungkin inilah masanya untuk dia membalas jasa mereka.

"Haah! Kan manis ketawa begitu! Tadi aku tengok monyok je. Kenapa? Kau tak suka ke nak kahwin?" soal Farhana mengambil berat tentang Putri yang sejak pagi tadi tengah moody. Memang Putri ada juga tersenyum tapi dia tahu senyuman yang diukirkan hanyalah senyuman palsu. Sudah bertahun-tahun dia berkawan dengan Putri jadi memang dia tahulah.

Putri tersenyum apabila Farhana bertanya begitu. Yelah! Farhana ini memang agak susah jugak untuk menunjukkan kerisauan dia terhadap Putri ataupun orang lain. Karakter Farhana ini lebihkan kepada pendiam dan beku. Tetapi itu dulu masa dorang belum rapat sekarang bila dah sangat rapat memang kecoh jugaklah.

"Aku okay jer. Kalau nak tahu nanti sampai di rumah korang aku cerita. Okay, wahai bestfriend-bestfriend ku sekalian." senyuman dihadiahkan buat empat orang gadis itu.

"Alright, anyway aku suka though cara kau balas kata-kata pada Adiba tadi. Fuh! Berapi sial." kata Mimi memang sangat menyokong perbuatan Putri tadi. Bangga sangat.

Selepas kata-kata itu keluar dari mulut Mimi. Farhana yang duduk di sebelah kiri Mimi itu terus menampar mulut Mimi tanda marah lalu berkata.

"Aku tahu kau suka apa yang Putri kata pada Adiba tadi takpi tak payahlah sampai nak mencarut." Farhana memberi amaran kepada Mimi.

"Aaahh sakit lah. Kesian bibir aku tau. Uhuks nak merajuklah." muncung mulut Mimi lalu memeluk Putri yang berada di sebelah kanannya.

"Kesah pulak aku dengan kau!" sinis Farhana membalas.

Setelah sampai di rumah. Mimi pergi membancuh air untuk mereka semua. Manakala Rafiqa pula menggunakan telefon pintarnya untuk menelefon dan memesan Pizza untuk mereka semua. Selepas itu, mereka semua berkumpul di ruangan tamu rumah.

"Soooo? Apa yang kau nak bagitahu kitaorang mengenai kau dengan Mr Syed tu?" soal Aina tak sabar nak dengar.

"Okay, sebenarnya..." Putri ingin memulakan cerita tetapi di potong Mimi.

"Sebenarnya?"

"Shhhhh kau ni! Boleh diam tak. Putri baru nak cerita. Hish." marah Farhana lalu tangannya memukul bahu gadis itu.

"Yelah yelah! Aku diam. Jangan lah pukul-pukul." kata Mimi lalu meneriakkan bibirnya yang tebal ala-ala Angelina Jolie.

"Putri, you may continue." ujar Rafiqa.

That Mr Arrogant Is My Husband!  ✅Where stories live. Discover now